Tuesday, June 30, 2015

#Throwback ~ Majlis Perkahwinan Yazid dan Noraihan

Assalamualaikum..

N3 #throwback laaa.. yer..

29 Mei 2015#

Aku half day hari nie.. hubby datang ambik aku dan terus ke Shah Alam plak untuk ambil anak aku.  Weols akan bertolak ke Kuala Kurau Perak untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak Abang Uda. Kak Yong dan Angah sekeluarga telah bertolak awal. Alhamdullillah weols sampai di Kuala Kurau dalam pukul 10 lebih.  Weols bermalam di Homestay yang telah dibooking oleh Yazid. Cantik gak laa homestay tuh. Rumah semi-D ada 3 bilik.

Esoknya plak weols sempat plak gi jalan ke pasar Kemboja di Parit Buntar. Macam² ada di situ.. memang rambang mata betul..

Dalam tenghari weols check-out dan bertolak ke rumah pengantin perempuan. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.  Lepas majlis di rumah pengantin perempuan, weols bertolak ke Cameron Highland dan bermalam di sana selama 2 malam.

Kak Yong ngan Angah baru balik dari membeli sarapan pagi.. 



Tu dia macam² air ada.. 

Sempat weols berjalan dan cuci² mata di Pasar Kemboja.. di Parit Buntar 

Sesapa cari Homestay boleh laa cuba hubungi no ini.. 




Selamat Pengantin Baru Yazid dan Noraihan.. 
Moga kekal bahagia hingga ke Jannah.. Aaammiin 

 Sedap makanan kat meja weols.. kenyang perut 
 Pak Su dan Mak Su pengantin pun nak enterprem jugak


Monday, June 29, 2015

Sambutan Birthday Aina

Assalamualaikum..

Wow lama sungguh blog aku tak de N3 baru.. Tah kenapa nak update mood ke laut je memanjang.. Meh laa aku update plan² citer yang lepas² yer..

16 Mei 2015

Aku sekeluarga ke rumah Kak Yang kerana ada jamuan makan tengahari sekali dengan nak sambut birthday Aina sekali.. Alhamdullillah sedapnya lauk pauk yang disediakan oleh Angah.. terutama kari kepala ikannya tuh.. :))









Lauk pauk yang disediakan.. Kari Kepala Ikan, Ikan Bakar, Sotong Goreng Tepung, Sambal Udang, Sayur Campur dan ulaman serta sambal belacan..


Tuesday, June 16, 2015

Novel ~ Officially Milik Dia

Assalamualaikum..



Yaya nie mmg dah crush ngan Fariq sejak U lagi.. tetiba plak boleh tersatu ofis ngan Fariq. 
Cam na dia org kawin korang kena baca laa.. 

Citer nie best jugak sampai boleh bergenang laa air mata aku..nie bila Yaya nie sanggup cari semula kekasih lama Fariq Hatta dan sanggup plak bagi Fariq nie kawin ngan bekas kekasihnya.. Oleh kerana dalam keluarga Fariq tidak boleh bermadu jadi Yaya mengundur diri. Mmg sedih laa masa nie.. 

Citer mmg happy ending laa.. kalau nak tau korang kena laa baca.. :)

Kredit ~ Aku beri 4.9 bintang

Sinopsis ~

Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah@Yaya tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya. 

Suatu ketika dulu, dia pernah sukakan Fariq Hatta. Malah sehingga kini, rasa suka itu masih banyak di hatinya. Cumanya, Fariq Hatta itu tak pernah pun perasan akan kewujudannya.
Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik. 

Rupanya, ada udang di sebalik batu. Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu.

Namun, taktik Fariq Hatta berjaya juga memerangkap Yaya dalam menjayakan misinya. Ada ijab dan kabul. Ada sayang di hati Yaya untuk suami dan ada rindu di hati Fariq untuk si isteri. 

“Yaya?” Diseru lagi namaku. Kedengaran nafas berat dihela.
“Hmm…” Kenapa dia cakap sepatah-sepatah? Itu yang terdetik di hatiku saat ini. 
“Saya rindu.” Sebaris pengakuan itu buat aku tidak terkata. Kelu lidah untuk memberikan sebarang reaksi.
“Rindukan Yaya.”

Pengakuan kali kedua itu buat darah berderau menyerbu ke muka. Terasa diri melayang entah ke mana. 

Aduhai Yaya, jangan lupa berpijak kembali ke bumi, sudahlah.

Apa sebenarnya misi penting Fariq Hatta? Dan mampukah mereka bertahan hidup begitu di bawah satu bumbung sedang di hati mereka sudah wujud satu rasa bernama cinta?

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss