Friday, June 12, 2009

~~Menara Taming Sari & Naik Bot~~

Ahad, 7 Jun 2009

Setelah dijanjikan masa weols meeting di umah org betunang tu..weols pun sampai kat Hentian Nilai lebih kurang pukul 9.10 pagi.. Masa tuh Hisham dan KakYong anak beranak dah sampai awal.. Angah, CD dan Kak Yang tak sampai lagik masa tuh. Hubbyku pun telefonlah dia orang,...masa tu dia orang masih lagik di rumah..aduiyaai..

Sementara nak tunggu Angah sekeluarga, weols pun gi ler sarapan dulu. Aku ngan Hubby makan nasik lemak dan anakku makan meehon goreng ngan ayam goreng. Selesai jer weols abis makan, Angah pun sampai..hehehe.. Jadi mana sempat dia orang nak sarapan kat sana..so dia orang tapau je air ngan kuih kalau tak silap..


Di Hentian Nilai untuk sarapan pagi

Dalam pada tuh, sempat lagik kaum bapa² nie dok diskus, plan nak pegi mana dulu. So, Hisham bagi cadangan kita orang pergi ke Pusat Bandar Melaka terus.. sebab weols plan nak naik Menara Taming Sari.. dan nak naik bot menyusuri sungai Melaka.



Weols suma gerak dari Hentian Nilai lebih kurang pukul 10.15 pagi.. Hisham mengetuai konvoi sebab dia guna GPS..(senang sih guna alat nie..sebab kita org nie mana reti sgt..jalan2 kat Melaka tuh).


Pemandangan sekitar Bandar Melaka yang jem ketika weols sampai

Sampai di Tol Ayer Keroh lebih kurang pukul 12 lebih. Nak menyampaikan pekan Melaka..maakk aiihh punya laa lama sebab rasa²nya ada dekat 10 lampu isyarat. Kita orang pun tak ingatkan yang hari tuh hari Ahad so jalan pun punya laa jem ngan cuaca..yang amat laa panas..


Berehat sebentar sementara menunggu Hisham dan CD parking kereta

Sampai je di Dataran Taming Sari....dekat pukul 1.30, punya laa ramai orang..nasib baik dapat parking sebab kebetulan ada plak keta yang kuar. Bila suma dah dpt tempat parking.. weols pun plan nak gi makan tengahari dulu. Aku dan Kak Yong selesai makan nasik dulu..so weols pun jalan2 ler..dalam bangunan sambil² cuci² mata.

Tempat weols nak menjamu selera

Dalam pukul 2.30.. weols pun gerak untuk menaiki bot.. untuk menyusuri bandar Melaka dan melihat banyak umah² melayu di tepi sungai itu yang telah dicat cantik.. Rasanya dalam 45 minit gak laa weols dalam bot..itu. Kebetulan malam tu kat tepi sungai melaka itu akan diadakan bot berhias.. jadi banyak laa bot² yang dihias cantik.

Dalam bot sempat lagi berposing²

Lepas je naik bot.. weols pun pergi laa semula ke Dataran. Hisham pergi beli tiket tapi dikenakan syarat le pulak.. kena dapatkan IC.. makk aih banyak plak cikadaknya..nak IC² le plak..So suma kena bagi IC kat Hisham untuk dapatkan tiket². Oleh sebab ramai orang yang telah beratur awal.. weols kena tunggu lebih kurang dekat 20 minit..untuk sampai ke giliran weols plak.

Tibalaa giliran weols suma naik ke Menara Taming Sari.. memang best.. Sapa² yang belum naik lagik tuh pegi laa.. Dapat menikmati pemandangan dari udara.. Tgk bawah kecik² jer..suma.. Rasanya duk kat atas tuh lebih kurang 15 minit sambil berpusing slow² jer.. Ala cam restoren berpusing kat Menara KL..tuh lerr.

Beratur nak tunggu giliran nak naik Menara Taming Sari


Di atas Menara Taming Sari berposing sakan

Pemandangan Dari Menara Taming Sari


Dah abis kat Menara Taming Sari..weols pun bertolak nak pergi ke tempat penginapan weols.. sebelum sampai tuh weols singgah di Hentian Ayer Keroh untuk solat..jamak..

Citer selanjutnya di next N3 yer...




10 comments:

  1. bestnyer jalan2 kat melaka...& best gak biler konvoi camtu...

    ReplyDelete
  2. Posh

    Memang bes kalau dpt pergi jalan2 ramai2 nie..berkonvoi kan..kira meriah ler sikit.. :)

    ReplyDelete
  3. berapa ringgit naik menara tu kak?

    ReplyDelete
  4. Ieda,

    Untuk dewasa RM10.00 dan RM5.00 untuk kanak2.

    ReplyDelete
  5. kak...best tak jalan melaka!!!hee.heee..kampung saya tuuu!!!!sy pun sendiri bosan gak,melaka nie kaya ngan trafic light.......ha..haaaa

    ReplyDelete
  6. ibu umairah..

    Tu ler pasal.. nak nyampai ke pekan melaka..tuh maakk aihh..punya laa byk trafic light.. :)

    ReplyDelete
  7. rinna...pekan melaka ek wakakakakak anyways selamat datang ke negeri kelahiran aku tu...heheheheh

    ReplyDelete
  8. heheheh Jebat durhaka masih diterima ker..di Melaka..nie.. :))

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss