Wednesday, July 29, 2009

~~Bawa Pulang Jenazah Dari Luar Negara~~

Aku terima Tazkirah ini dalam email dan aku kongsikan bersama² temanku untuk renungan kita bersama

Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US , hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary) . Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!).

Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah...

Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.. Bila nak bawa balik ke Malaysia , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akandisedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground ).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US , bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..? !". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada
taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita
kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

11 comments:

  1. Yaa Allah janganlah anak bini aku angkut aku merata-rata lagi bila aku mati esok. Sakitnyerlah jasad....

    ReplyDelete
  2. I pernah dapat ingatan abt this. Di mana2 pun bumi Allah. Cuma bila kita betul2 face the situation .. hmm tak taulah. Allah maha mengetahui

    ReplyDelete
  3. ermmm,rse insaf dlm dri bile bc entry nie...

    ReplyDelete
  4. info yg bagus la sis rinna.. pengetahuan tuk kita semua...

    ReplyDelete
  5. salam sis..

    thanks cz sharing info ni..sesungguhnya mmg amat2 berguna kpada kite..:p

    ReplyDelete
  6. walaupun ramai tau pasal x baik melambat2kan pengebumian tp org buat derkk jer..konon2 bile tanam kat kg, nnti dkt nak melawat..
    wallahualam..ape2pun..mati itu sesuatu yg pasti, cuma cepat & lmbat je..

    p/s :-hari2 pegi keje lalu kubur..insaf sekejap..

    ReplyDelete
  7. salam rinna .. betul tuh .. ieda paham sgt pasal jenazah nieh .. dan kali ini punya info memang meyakinkan ..
    alhamdulillah harapan kita tidak sesat sejauh ini .. dan sesungguhnya banyak lagi yg kita umat manusia zaman skrg nieh alpa dgn perkara2 sebegini ...

    thanx for the mabelouss info cayunkkk

    ReplyDelete
  8. kak rina thanks for the info..saya betul2 rasa ada ilmu baru untuk hari ini

    ReplyDelete
  9. sy penah gak baca email pasal nih

    ReplyDelete
  10. erm sy pn pnh ada pengalaman uncle meninggal kt US..mmg truk dorg treat jenazah..xde respect langsung..
    hopefully famili kite tau psl mende2 ni..wallahualam..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss