Tuesday, August 25, 2009

♥♥ Berbuka Di Singgahsana ♥♥

Wahh tajuk cam yo yo ooorr...je kan..heheheh... Sebenarnya aku dan hubby berbuka di luar semalam. Anak aku tak dapat bawa sama. Kalau balik ambik dia..sure aku tak akan dapat sampai.. awal.. so terpaksa laa tinggalkan dia ngan Wannya.. Nasib baik dia tak kisah.. sangat. Weols dapat jemputan berbuka di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya. Boleh dikatakan sejak aku bekerja disini mesti aku akan mendapat jemputan ke sana.

Aku gerak dari ofis dalam pukul 6.20 petang dan sampai di Singgahsana dalam pukul 6.40 petang. Nasib baik laa jugak aku naik moto.. kiranya boleh laa cilok² sikit. Masa berhenti di trafik light dekat Amcorp Mall, aku tengok kat Federal Highway perrgghh jem giler dua² hala. Kesian plak pada mereka yang tersangkut dalam jem tuh.. iye laa nak wat cam na kan masing² nak balik cepat ke rumah untuk berbuka.

Okey berbalik pada berbuka pose tadi.. sampai je dekat Hotel Singgahsana, ramai gak yang dah sampai iye laa masing² nak sampai awal kalau tak parking pun penuh. Aku semeja ngan Kak Bitah dan Linda sekeluarga.

Dalam pukul 7pm, dah boleh ambik makanan. Fuh, punya laa ramai orang.. sampai ada yang beratur untuk mendapatkan makanan kegemaran masing². Antara makanan yang ada di sini Kambing Panggang, Koey Teow Goreng, Mee Bandung, Nasi Kerabu, Kuih muih bermacam jenis, Nasi ngan lauk² yang bermacam jenis jugak...tak terkata laa.. pilih je laa mana yang nak dimakan. Air pun ada bermacam² jenis.. ada air longan, air asam boi, air laici ijo, air batu campur dan teh tarik..

Berbuka pose.. pas tuh solat di situ.. Lepas solat leh sambung makan lagik .. ambik buah²an dan air sementara tunggu nak balik.. Selesai dan gerak dari situ dalam pukul 8.50 malam.

Hubby sempat lagi guna pc aku untuk berinternet
sementara nunggu nak gerak ke Singgahsana

Sempat lagi berposing sebelum ambil makanan ngan Kak Bitah dan Linda

Aku dan Hubby..sementara nunggu waktu berbuka...

Hidangan yang ada di atas meja..

Antara teman² ofis yang hadir sama...

Macam² aksi budak² ofis aku kalau bergambar...adess... sabo je laaa..

Aku, Bazilah dan Kak Bitah.. masing² dan kekenyangan..taim nak berposing plak laa...



13 comments:

  1. memang di tunggu2 entry buka poser kat hotel ni....hotel ni every year amik RABBANI jadi resident artiskan...hehe


    Psst: tgh skodeng mana pot buffet yg bess ni...hehe

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Inteam Records pun nak buat berbuka puasa kat sana, sambil meraikan keluarga arwah Us. Asri.. kalau sama date buleh jumpa..:)

    Rabbani ada semalam??

    ReplyDelete
  3. wah sis berbuka di singghsana lg.. meriah nyer..

    sis tahu x?? dulu zana muda2 zana keje kat situ.. hehehe..

    ketua kat situ pun zana kenal lg.. klu g sana mkn mesti dpt murah... makann pun sedap.

    ReplyDelete
  4. Posh,

    Rin cadangkan pergi laa ke Singgahsana.. Kira okey laa.. Ada beraneka jenis.. pilih je apa nak makan.. Cuma larat ngan tak larat je laa nak makan.. heheheh

    Kalau tak silap dari Ahad hingga Khamis RM52 dan Hari Jumaat dan Sabtu RM57 sebab ada persembahan Rabbani.. tgk pada phamlet yang ada kat situ.. Hari lain persembahan nasyid kumpulan lain.

    ReplyDelete
  5. Yanti,

    Semalam tak de Rabbani.. sebab dia orang kalau perform hari Jumaat dan Sabtu jer..

    ReplyDelete
  6. Zana,

    Owwh ye ker..orite leer tuh..leh laa gi buka pose kat situ nanti. Mesti teringat2 nostalgia dulu2 kan.. :).

    Kak Rin every year mesti ada majlis berbuka kat situ dan kat situ jugak selama 2 minggu makan sedap sebab hadiri kursus induksi.. best sgt..pas tuh bila nak akhiri kursus kerna wat persembahan cam etika keja laa kat atas pentas tuh..mmg byk nostalgia jugak laa utk akak.. heheh.. :)

    ReplyDelete
  7. best nya kak.....berbuka ngan offmate

    ReplyDelete
  8. waahhh..sy pn every year mesti buka kt hotel ni..food die mmmuaahhh..mabeles!! tp biasa da nk abes pose br g..huhu..
    ape spesel menu thn ni??klu thn lps kamben bakar..nyumm..nyumm..^_^

    skrg rabbani ada lg ke??mesti da xsyok sbb xde ustz asri..sob3..

    ReplyDelete
  9. Hmm..lepas2 ni ada lagi ke jemputan berbuka pose kat luar?? Seronok kan..cuma masa makan tu mesti tingatkan anak kat umah ler pulak..adoii..

    ReplyDelete
  10. Singgahsana mmg Makanan dia SUPERB... dah byk kali stay sana time Along join SBK dulu...

    ReplyDelete
  11. Meriahnyer berbuka ramai-ramai :-)

    ReplyDelete
  12. meriahnya .. Singgahsana .. teringat ustaz Asri Rabbani

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss