Tuesday, September 01, 2009

♥♥ Cerita Apa Yer ♥♥

Adess sekejap jer dah abis cuti 3 hari dan hari ini kembali ke ofis semula. Pada hari jumaat lepas aku dah merasa badanku cam lain macam jer.. rasa cam nak demam dan tekak pun rasa sakit. Nie tentu nak dapat selsema. Aku pun apa lagik terus laa ambik ubat panadol ngan ubat selsema.

Hari Sabtu tuh, hubby cadang nak balik kampung sebab dah janji ngan Kak Yang dan Kak Nyah nak balik. Aku pulak cakap kat hubby yang aku tak sihat. Aku suruh hubby balik je ngan kakak²nya. Hubby aku ajak aku ke Klinik panel aku di Jalan Ipoh. Lepas aje aku kuar dari klinik dan on the way nak balik, hubby bagi tau yang tak jadi balik kampung sebab Kak Yang pun tak berapa nak sihat.. so cancel laa plan balik ke kampung.

Jadi, hari Sabtu dan Ahad cuma lepak kat umah aje laa.. iye laa badan tak sihat kan....

Cuti hari Isnin.. badan dah beransur sihat. Aku, hubby dan mak aku ke Giant Kajang. Beli barang-barang sikit untuk emak aku. Lepas beli barang-barang anta mak aku balik dan sebelah petangnya lepas solat asar aku ke Puchong.

Aku dan hubby ke sana sebab nak gi tgk umah flat emak aku yang disewakannya kepada orang dan penyewa umah itu ada komplen bumbung bocor. Sebelum itu dah buat temujanji ngan orang yang akan menguruskan untuk membaik pulih bumbung umah itu. Maklum laa umah flat mak aku tuh ditingkat 4, tingkat yang paling atas sekali, dah tentunya akan senang mendapat kebocoran di bumbung. Maklumlah rumah itu pun dah dekat 10 tahun rasanya. Oleh sebab bukan lagi dibawah pemaju.. kena laa tuan rumah membaikinya sendiri. Kira punya kira, weols kena bayar RM800.. Ades sabo je laa.. Kalau tak dibaikkan nanti kesian plak penyewa nak beraya.. ngan bumbung umah yang bocor.. Selesai bayar duit pendahuluan ngan tukang umah itu masa tuh dah dekat pukul 6.30 petang.

Oleh kerana dah nak dekat buka pose.. kita orang pun cadang berbuka dekat Rina Tomyam kat Bukit Cheras.. alaa tempat selalu weols pegi tuh. Aku dan anak aku orde Nasi Goreng USA, hubby plak Nasi Goreng Ikan Masin, Tomyan Campur dan Kang Kung Belacan, Air Tembikai, Air Mangga dan Milo Ais...

Kali nie tak de gambar² yang menarik nak ditepekkan.. hehehehe...



4 comments:

  1. alahai demam yek...siannyer...jaga diri tau..kalu leh p check up takutkan wabak tu...

    ReplyDelete
  2. Posh & Dee,

    Dah pegi dah chek doktor, ubat pun dah makan dan skrg alhamdullillah beransur sihat.. cuma ada batuk2 sikit jer lagik.. :)

    ReplyDelete
  3. sian gan sis.. harap cpt sembuh ye.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss