Monday, September 28, 2009

♥♥ Kisah Sebelum Raya ♥♥

Salam semua... hari ini aku telah kembali semula ke ofis untuk bekerja semula setelah bercuti hari raya selama seminggu. Mood raya tuh masih ada lagik. Kat ofis pun ada lak yang MC rasa cam sunyi jerk... Hubby aku plak masih lagi bercuti hari raya. Esok baru dia mula kerja.


Okey aku nak citer pasal raya laa pulak.. Pada hari jumaat minggu lepas, aku keje half day kan. Hubby aku ambik aku di tempat keje pas tuh weols pegi ke jalan TAR. Beli kacang² dan juga sempat cari baju melayu untuk ayah mertua ku. Balik dari jalan TAR, weols pergi plak ke Kg Baru nak beli bubur lambuk. Satu bungkus RM2 jer. Pas tuh baru laa balik dan berbuka di rumah aje.

Malam tuh pulak aku berkemas kain baju aku plak. Hubby dan anak aku dah selesai dikemaskan. Esoknya sebelum subuh, Kak Yang dah telefon ajak balik lepas subuh. Weols gerak dari umah dalam pukul 7.30 pagi. Sampai di rumah Kak Yang di Keramat dalam pukul 8 pagi. Kebetulan pagi itu pulak hujan pagi..sejuk sedap tul kalau tido nie..heheheh... Kita orang tunggu Kak Yang dan Angah sekeluarga sebab weols balik dua kereta.

Gerak dari Keramat dalam pukul 9 pagi. Mula-mula perjalanan lancar aje. Seronok laa plak sebab tak de jem. Hmmm.. tak berapa lama perjalanan.. kereta dah mula perlahan..rupa2nya.. jalan dari 3 lane dah jadi 2 lane dan mula nak jem. So, weols plan masuk ikut simpang ke Trolak aje.. Perjalanan dari Trolak jem giler hingga ke Bidor. Kereta sloww jer.. Lepas Bidor.. pejalanan kembali lancar hingga laa ke pekan Langkap. Semasa dalam perjalanan itu, hubbyku mengadu giginya masih sakit. Dah tak tahan sakit katanya dan plan nak gi cabut gigi. Bila sampai di pekan Langkap carik laa klinik gigi.. tapi klinik gigi yang ada tuh pulak dah tutup adess sian hubby aku. Weols pun teruskan perjalanan ke rumah Kak Imah (kak ipar ku). Ajak Kak Imah tunjukkan kat mana lagik ada klinik gigi.


Jalan yang jem masa on the way nak balik kampung

Kak Imah bawa weols pergi ke pekan Langkap balik. Dia bawak weols ke kedai Tukang Gigi Israel.. dengo mula2 tuh cam tak cayo jerk.. Apek tua jek tapi redo je laa hubby aku tuh dah tak tahan katanya. Apek tuh @ tukang gigi tuh cakap..tak payah cabut. Katanya gigi hubby aku masih lagik kuat akar tunjangnya. Dia kata akan bagi ubat. Tengok ubat tuh cam tak caya je kan.. tapi memang powerrrrr beb. Lepas makan ubat tuh hubby cakap dah kurang sakitnya. Ubat tuh telah menyelamatkan gigi hubby aku dari di cabut. Kalah ubat antibiotik yang doktor gigi bagi hari tuh. Sekarang ni hubby aku kata gigi dia tak de laa rasa sakit lagik..dan dapat beraya dengan cerianyaa... Akan datang tak tau le pulak kan.. buat masa ini masih ok lagik.

Balik dari pekan Langkap hubby berehat sebentar di rumah Kak Imah. Lebih kurang pukul 4 petang, weols gerak ke rumah Ayah mertuaku di Redang Ponggor. Kak Yang, Angah sekeluarga telah pun sampai dulu. Angkat beg bawak masuk dalam umah, aku pun terus ke dapur membantu Kak Yang dan Angah memasak.

Dalam pukul 5 petang dapat panggilan dari Kak Imah, anaknya Along dalam perjalanan nak ke rumah ayah mertuaku mendapat kemalangan di simpang dan masuk ke sini. Remuk jugak laa keretanya. Belanggar dengan motosikal yang dipandu oleh seorang remaja yang hanya berumur 15 tahun. Kata si Along, budak tuh keluar simpang tak behenti terus je keluar dan Along plak tak sempat nak brek terus terlanggar budak itu. Nasib baik budak itu cuma luka sikit jerk. Hubby aku membantu hantar budak itu ke klinik. Masa tuh pulak hujan terun lebat. Anggaran untuk repair kereta itu lebih kurang RM2000. Semasa musim perayaan, kalau wat report kat Polis yang dilanggar dan kena langgar kena bayar RM600. Isk tak patut betul. Ingat nak mintak ganti rugi dari keluarga budak tuh.. tapi mak budak tuh cakap dia orang tak de duit sebab keluarga besar dan anak ramai. Jadi tak jadi ler nak mintak ganti rugi. Kesian Kak Imah.. tak dapat nak join weols beraya.. sebab kereta tak de dan mood nak beraya pun dah tak der..

Kereta Kak Imah yang rosak di bahagian hadapan

Kak Yong sekeluarga sampai di rumah FIL dalam pukul 5.30 petang. Kiranya gamat gak laa rumah FIL aku tuh..dengan anak², cucu² dan cicit²nya. Seronok rasanya dapat berkumpul beramai dan berbuka pose bersama² cam ni.


Berbuka pose beramai-ramai di rumah FIL ku

Tiga orang jejaka melayu terakhir ini sedang
melayani sms hari raya yang terima..


3 comments:

  1. ni yg tak syiok ni raya2 kene eksiden...nasib baik takde apa...kekadang kita dok ati2...org lain lak dok langgar kita...sabar yer dugaan..

    ReplyDelete
  2. bdk2x skrg nie kak,xde lesen pon depa bwk jek moto tue...kasi bsuh sket bdk tue,haishhhhh

    ReplyDelete
  3. hahhaha!!! tukang gg israel, seram tol name, hahaha!!! kesian nyer...eksiden,mmg takde mood nih kalo eksiden..pk duit..duit..adoi..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss