Wednesday, September 09, 2009

♥♥ Shopping Raya ♥♥

Dah beberapa hari aku tak update aktiviti aku... maklum laa.. kemalasan telah melanda. Lagi pun tak banyak sangat aktiviti aku so tuh yang tak de menda sangat citer...

Hari Isnin lepas, hubby dan anak aku cuti sempena Nuzul Quran tapi aku keje kat KL kena laa bekerja. Jadi kita orang dah plan nak gi beli baju raya utk anak aku. Petang tuh hubby aku ambik kat pejabat dan terus ke jalan TAR.

Tau aje laa taim petang, around kul 5.30 jalan memang jem giler. Kita orang park keta kat tempat parking bersebelahan dengan tempat org belajar memandu. Kat situ murah sikit RM4 je sekali masuk berbanding parking yang kat depan Kompleks Campbell tuh RM7.. cekik darah betul dia orang ambik kesempatan masa2 perayan ini.

Masa kita orang lalu kat bazar jualan tuh orang tak de laa bersesak² sangat kira boleh laa melihat² barang² kat situ. Ingatkan hendaklaa beli jugak untuk barang aku sendiri tapi hubby kata carik barang untuk anak dulu sebab anak aku nie.. jenis tak boleh nak duk diam pas tuh kalau ada benda² yang dia nak tak dapat mula laa buat hal. Tu pasal kalau nak beli barang apa² selalunya pergi berdua jek.. tak boleh bawak anak.

Dalam jalan² tuh dah nak dekat ngan waktu berbuka. Oleh sebab tak sempat nak cari tempat berbuka.. kita orang just beli air dan makanan ringan je..sekadar nak isi perut. Bila masuk waktu jek.. kita orang behenti le kejap minum dan makan sikit.

Songkok yang sempat dibeli untuk anak aku..

Dalam operasi mencari baju raya.. dapat laa.. 4 helai Tshirt dan 2 helai seluar jeans untuk anak aku. Aku carik baju anak tak de laa nak berjenama sangat.. janji nampak cantik dan kalau murah boleh beli banyak sikit. Kasut dah beli sebelum ini dan tinggal nak carik baju melayu jek untuk dia. Dah selesai tu apa lagik balik ler.. kaki dan badan pun dah penat.


Antara baju² yang telah dibeli..


Sebelum balik tuh singgah le makan kat Kedai Tomyam dekat batu 9. Aku oder Nasi Goreng Kampung ngan air mangga dan hubby plak nasi paprik ayam dan tomyam campur. Anak aku plak tak nak makan merajuk..tah apa plak angin dia..hari tuh .. so aku suapkan laa dia makan sikit.

TomYam Campur... kegemaran weols..


Nasi Goreng Kampung.. yang aku order


Budak nie tengah merajuk..tak nak duduk semeja ngan
kita orang.. sabo je laaa..


Mungkin petang ini kalau tak ujan.. ingat nak gi jalan TAR.. tengok apa² yang berkenan untuk diri sendiri dan hubby plak.. so nanti aku citer laa next n3 ek...



5 comments:

  1. best nya tom yam..menyentap urat sarap perut saya ni kak..!!hehehe

    ReplyDelete
  2. Dah dapat baju raya takkan merajuk lagi kot .. ala cayang

    ReplyDelete
  3. Ala merajuk la pulak hensem boy ni...hehe

    bestnyer soping tp nak parking & jem yg tak taham tu...hehe

    ReplyDelete
  4. ololo tomeynyeee ank akk majuk..klaka pn ada..hehe..sabo je la kn, bln2 pose ni..hehe ^_^

    ReplyDelete
  5. dah siap sopink abis ke lom kak..

    mcm nk mkn nasik goreng kg lak

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss