Friday, October 16, 2009

♥♥ Jamuan Raya 2009 ♥♥

Hmm..dah lama jugak aku tak update citer tentang diri aku nie. Sebenarnya ada banyak citer... tapi.. tak tau cam na nak citer...hehehe.. Malas pun iye jugak.. Lagi pun aku sibuk dari minggu lepas lagik.

Aku telah dilantik menjadi AJK untuk menguruskan makanan bagi Jamuan Hari Raya untuk Jabatan aku. Iyelah last minit punya program.. Nak carik catering sana sini bukannya senang kalau tak de contact kan.

Kebetulan sebelum aku dilantik menjadi AJK nie, unit aku bercadang nak buat sendiri majlis hari raya kerana tiap² tahun memang kewajipan laa weols wat sambutan sendiri. Yang Jabatan pun buat jugak. So aku adalah laaa wat survey untuk cari caterer yg boleh supply makanan untuk majlis unit aku tuh. Bila aku dilantik jadi AJK makanan.. aku tak boleh laa lagik nak organise untuk majlis unit aku. Kiranya tahun ini tak de laa majlis hari raya kat unit aku.. abis.. orang kuatnya..(aku le sapa lagik) dah kena wat keje lebih besar ..so yg unit aku kena laa kansel.

Caterer yang aku dapat adalah Zarinah's Catering Sdn Bhd.. Not bad jugak laa..makanan yang dia org offer. Ada nasi beriani, ayam masak merah, dalca,nasi impit, masak lodeh, kuah kacang, laksa johor, air oren, buah²an, teh tarik. Harga sekepala RM11.90. So aku order untuk 200 orang makan.

Majlis Hari Raya tuh berlangsung hari ini. Majlisnya simple aje laa.. ada ucapan sikit dari TNC weols.. pas tuh baca doa.. Dah abis doaaa.. apa lagi.. makan laaa..



Persiapan yang dibuat sebelum majlis bermula


Antara kakitangan yang hadir


Antara makanan yang dihidangkan


TNC sedang memberi sedikit ucapan


Aku dan AJK .. Siti (baju biru) & Maziah (baju oren)




Molly, Aku, Cik Asura & Meli


Posing jap... sambil menikmati hidangan






KaK Salim, Kak Asmah.. & Aku...









8 comments:

  1. wah.. org kuat rupa nyer sis ni.. mesti penatkan.. jadi AJK.

    cantik la baju raya sis...

    ReplyDelete
  2. Fullamak, bergaya sakan ler org raya pose sunat syawal ni.

    Seronok ler ada open house ni. Bukan ler sebab nak lepas dendam pose dulu tapi sebab tak nak lepaskan peluang menikmati hidangan cenggitu ler, hehe..

    ReplyDelete
  3. Zana.. jadi AJK memang penat.. iyelah nak memenuhi keperluan dan kehendak org2 atas nie ler.. itu nak ini nak..kang tak pasal2 abis majlis nak komplen plak.. tapi alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.. kekurangan tuh ada laa sana sini..tapi nak perfect pun susah jugak.. :)

    Alona.. dah kebetulan plak abis pose 6 semalam kiranya raya sekali lagi ler nampaknya.. :)

    ReplyDelete
  4. dah nampak selim sikit...diet ke?

    ReplyDelete
  5. syokkk nya kalau dapat join mcm ini kan.......patut lah akak selalu pening,banyak benda arus diuruskan

    ReplyDelete
  6. bessnyer makan2 lagi....pastu sedap2 lak tu....

    bestnyer jadi AJK kan...

    i like ut baju raya...santek...hehe

    ReplyDelete
  7. Sue - Mana ada slim.. makin bulat ada ler.. hehehe

    Posh - Alahai..cantik ke..adess... baju murah jer..tuh.. :)

    ReplyDelete
  8. wah..meriah sungguh jamuan raya nyer,...sampai berkhemah2 bagai....

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss