Thursday, April 30, 2009

Seronoknya

Seronoknya...semalam petang hubby selamat sampai umah dan aku sampai depan umah Indok dlm pukul 6.30. Indok mintak aku gi ambik anak aku kat sekolah sebab selalu nye Indok yang ambik anak aku.

Hari ini hubby aku cuti dan dia anta aku ke opis dan anak aku ke sekolah agama. Sempat lagi singgah kedai belikan anak aku coklat dan bekas pensil. Sampai di opis clock-in dulu dan terus pegi sarapan kat API dan terjumpa plak ngan Abg Rahman, abg ipar Zah. Abg Rahman nie seorg agen Insuran ETIQA Maybank. Ingat nak suruh hubby ambik insuran. Dia kata nanti laa dia fikirkan.

Hari nie ngantuk betul mata nie.. so.. masa lunch aku.. zzzz.. bessnyaa dapat tido..hehehehe..

Yeeeeyyyyy..esok Jumaat cuti.... Kepada semua yang bekerja.. selamat menyambut Hari Pekerja.. moga selepas ini menjadi seorang pekerja yang berdedikasi... Amin....

Wednesday, April 29, 2009

Tutorial Dowload Lagu Dari IMEEM

1. g kat imeem - search song
2. sampai kat page tue - click dekat share



3. then choose - link or embed this song - copy url




4. pegi website nie: http://www.file2hd.com/

5. letak url dlm ruang kosong tue - click kat segala yang ditandakan merah




6. kalau nak convert ke mp3 or etc....masuk website nie: http://media-convert.com/convert/

7. yeaaa...siap!! leh dengar lagu tue...


Kredit cinta_ungu dari Cari.com



Lewat

Hari nie seperti biasa antar anak aku ke sekolah dan terus pegi keje. Aduiyaii..jalan jem giler laa pulak kat NPE... beratur kereta.. Aku masuk je lalu pintu gerbang tuh dah kul 8.30.. sah laa aku lewat. Aku clok- in dah jadi 8.35..pagii... Tah napa laa hari Rabu selalu jer jalan mesti jem...



Tuesday, April 28, 2009

Apa-apa Aje laa..

Pagi tadi bangun dalam pukul 6 pagi. Selesai solat, aku pun siapkan diri le pulak, simple jer.. dah siapkan diri, aku kejutkan anak aku.. suruh mandi. Anak aku nie kalau nak mandi mesti nak kena teman.. kalau tak susah nya laa nak suruh dia mandi. Dah siap pakaikan baju sekolah agama dia, bagi plak laa duit belanja dia.

Panaskan engin kereta dan pas tu.. anto anak gi sekolah dan terus ke ofis. Nasib baik laa tak teruk sangat jem pagi ni. Sampai di ofis dalam pukul 8.15 pagi...

Malam tadi hubby ada call dalam pukul 11 malam.. katanya baru je abis kelas dia. Dia nginap di Regency PD. So dia tanya laa pasal air cond keta. Rupanya dia ada baca blog aku petang semalam..heheheh..

Petang semalam aku singgah laa kat worksop keta... suruh mekanik tuh cek ngapa plak tiba-tiba jer aircon keta nie jadi tak sejuk.. Rupa-rupanya aircond beltnya putus.. Patutlaa masa drive semalam cam terasa ada bunyi macam ccreett-creeettt jer..hehehe..ganas sungguh aku bawak keta sampai aircon belt boleh putus plak. So kena laa pasangkan belt yang baru. Mekanik tuh suggest letak aircond cooling, aku kata oke laa..kan. Pas tuh tgk plak wiper pung cam dah hauus je.. tukar laa sepasang. So semalam semua sekali aku kena dlm RM72.00

Mekanik tengah isi gas aircond


Monday, April 27, 2009

Hubby Outstation

Uwwaaaa.. Hari ni aku kena pegi keja bawak keta.. adess tuh yang maleh tuh.. sebab selalu nya pi keje hubbyku tersayang yang anto dan ambik. Hari ni sampai hari rabu dia ada kursus kat PD.

So pagi nie aku kena hantar anak aku ke sekolah agama pas tu baru aku ke opis. Dalam perjalanan ke opis plak.. aduiyaaii.. aircon kereta plak abih gas..adesss.. panehnye plak dlm keta. Aircon ni plak satu hal apasal semalam dia tak kong tiba2 hari ni le plak dia nak kongg..EEEiiii gerammnya..


My Hubby masa kursus di PD




Beli Laptop

Pepagi Ahad bawak mak aku pegi berubat kejap kat Kajang Prima Saujana. Sementara menunggu tu aku, hubby and son pegi laa ke Giant yang berhampiran. Bila ke sana je.. aku terus menuju ke kedai jual baju blouse muslimah ni. Dalam belek punya belek.. aku pun beli laa dua helai satu warna merah menyala dan satu lagi corak batik. Semua sekali yang aku bayar RM75++. Lepas itu aku ambik mak dan terus balik ke rumah.

Dalam kul 12pm tuh, aku dan hubby naik motor je, kami ke Plaza Lowyat kat Jalan Bukit Bintang. Pergi sana sebenarnya nak cari mp3 player (yang lama dah rosak..) utk kereta dan nak beli bateri walkie talkie utk anak aku guna. Senang nak panggil balik kalau dia pegi main kat umah orang. Masa kat Lowyat, jalan pun jalan singgah laa kat kedai pakistan nie. Dia pun citer laa pasal offer laptopnya..hubby apa lagik..memang dia ada citer nak beli laptop tapi tak de laa..nak beli skrg... entah macam mana cara pakistan tuk dok citer pasal offer dia..ngan free gift terus tergudaaa... Apa lagi kira2 punya kira beli laa jugak. Kita orang beli brand Compaq HP CQ40..RM1800.. (cerrreeett kredit card aku laaa apa lagi). Nanti hubby bayar ler bulan-bulan..heheheh. Jangan tak bayar udah ler cayang abg oooi..


Laptop Compaq baru


Pas tu pi plak cari Celcom Broadband utk aku sebab laptop hubby yang lama tuh boleh laa aku guna plak..heheheh.. senang ler nak berchit chat.. So beli brand AT&T..hubby sponsor bayar modem tuh berharga RM333 dan aku bayar RM68 tuk 1st month advance bil...semua sekali RM401.00.. Fuyiooo sopping sakan hari ni... Sebelum balik umah singgah kat Jalan pasar beli bateri walkie talkie..sebab kat lowyat tak de jual.. On the way balik hujan le pulak.. sib baik tak lebat....


Macam-Macam Hal

Okey.. cam nak citer ekk.. Aku citer aktiviti aku hari sabtu lepas. Pepagi bangun kemas-kemas umah dan buat bekfes tuk my hubby and my son. Goreng nuget dan masak roti canai instant yang aku beli dari member ofis, ada 5 keping RM4. Nasib baik my hubby ada beli satu tin sambal ikan bilis instant masa Open Day UniKL tempoh hari. Panaskan sambal tuh haa cicah ler.. ngan roti canai.. Perghh boleh tahan gak ler.. Pas tu aku basuh kasut my son. Nasib baik cuaca hari ni panas sungguh.. at least kering la jugak kasut anak aku tuh. Bila dah petang sikit, we all gi laa beli barang-barang dapur kat Giant Cheras. At the same time, aku ke Cosway beli bedak Miyami 2way 4 kotak, 2 utk kawan aku Yati, Mascara..etc. My hubby and son gi kedai Allen tempat jual cd game utk ps2 dan psp.

Bedak Miyami dan One Drop Perfume odered by Yati (x ofismate)


Dah selesai kat situ, masuk le pulak ke Giant beli barang-barang dapur. Lepas beli-belah.. singgah makan kat tempat biasa.. Aku dan hubby oder nasi goreng paprik ayam, tomyam campur. My son nasi goreng ikan masin. Air pulak air carrot susu utk hubby, air epal utk aku dan sirap badung utk my son. Dah selesai makan, we all pun balik ke rumah dan aktiviti seterusnya..tgk AF le apa lagi..hehehe. Aku memang peminat setia AF sejak dari AF1 lagi hingga laa sekarang.

Untuk musim Af7 ni, aku penyokong Hafiz..Malam tuh keputusannya Aril tersingkir. Pada aku, walaupun aku bukan penyokong Aril tapi sedey laa jugak sebab Aril nie laa yang menjadi penyeri Diari AF dan antara yang suka menyakat budak-budak dalam AF tuh. Persembahan Hafiz pada malam itu sangat menarik ngan cara dia rap.. Moga Hafiz dapat meneruskan hingga ke final.

Hafiz dengan gaya rappersnya..


Selamat Tinggal Aril... Moga Akan Success Di Luar Sana..


Friday, April 24, 2009

Masalah Henpon Selesai ...Horreyyy

Dlm pukul 11.10 gitu hubby call..tanya samada nak pi Maxis ke tak..sebab masalah nak setting henpon aku tuh tak selesai lagi. So aku cakap ok laa.. so dia kata dlm pukul 11.45 tuh dia sampai kat ofis aku. Sebelum tuh aku search kat internet kat mana Maxis yang terdekat. Jadi yg dekat ngan ofis aku kat TTDI. So kita org pun pegi laa naik motor dan sampai kat sana.. dlm pukul 12.10 gitu, ambik no dan tunggu le customer service dia org panggil.. Aduiyai..lama jugak dia org nak settingkan henpon aku tuh sebab manually setting. Henpon aku sebelum ni aku ada bagitau yang model yang aku pakai nie masih baru di pasaran dan belum ada lagi di website Maxis/hotlink. Jadi dekat 45 minit gak laa dia org dok godek2 hepon aku tuh.. Sekarang dah succes untuk aku browse Internet, MMS, Video Call...horreeyy..happynya..

E-Filing / Cukai Pendapatan

Petang semalam hubby aku wat e-filing utk income tax kat ofis..aku sebab takut kalau balik umah guna broadband takut ada masalah pulak. Mula tuh hubby aku dia pi buat taksiran bersama..haa kau..kena bayar income-tax dekat RM3k lebih.. Bila dia dtg ke ofis aku.. aku tanya dia..buat akaun bersama atau berasingan sebab tahun lepas kita wat taksiran berasingan .. So kita org wat le taksiran berasingan.. so kira punya kira..isi punya isi..part aku punya tak de kena income tax..fuhhh legaaaa.. so part hubby plak dia kena lam RM139.00 je lebih kurang laa.. sebab dia semalam tak masukkan bayaran insuran. so .legaaa.la dia. Nasib baik, kalau tak kena bayar aduiyaai.. RM3k tuh.. Tuh laa pada sapa yang terbaca blog aku ni..korang wat le akaun taksiran berasingan baru laa..tak kena banyak...

Thursday, April 23, 2009

Gambar Anak Kesayanganku

Sekitar Majlis Perkahwinan Firus Hanum


Gambar ini adalah semasa majlis perkahwinan Firus Hanum (anak Pak Teh ku)....dan sekarang baru sahaja menimang cahayamata yang pertama...

Wednesday, April 22, 2009

Cutenya Haiqal Masa Berumur 4 Tahun

Pening Kepala...

Adus.. boring betul laa 2/3 hari ni.. bukan apa..aku try nak setting henpon aku untuk 'browse' internet dan sebagainya.. tapi kat hotlink masih tak de lagik 'phone setting' untuk henpon aku ni... Malam tadi talipon ler..kat 'customer service' dia orang pun cakap tak de lagik yg auto 'configure' untuk henpon aku ni... Kalau nak 'configure' henpon aku nie kena laa gi ke Maxis..Alahaii leceh tul laaa... Ikss.. tu lerr..sapa suruh tukar henpon baru.. haaa kan dah susah.. org pakai 3G kita pun nak pakai 3G tapi ingatkan takde laa masalah apa2..

Satu lagi yang aku tensen sgt..nie.. batuk aku tak baik2 gak.. Antibiotik dah abih dah..aku makan.. Pas tu member ofis..siap pomot lak Madu kat aku.. katanya elok utk sembuhkan batuk.. Madu yang aku beli..tuh MADU UNGGUL.. katanya madu tulen lagik.. Kat opis nie tadi..siap dia org test laa..sama ada.. Madu nie asli ke idak..

Madu Unggul - RM29.90

Tuesday, April 21, 2009

Untuk Pengetahuan Kita Bersama

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu..


5.
Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
.


9.
Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai....orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi engan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Renungan


Tatacara Tidur :
* Dr Fadzilah Kamsah juga pesan kepada sang suami-suami: sebelum tidor tiap malam, maafkanlah isteri (isteri-isteri) anda, kerana jika anda mati, maka isteri anda akan berada dalam keadaan telah dimaafi suami, dan dengan itu maka mudahlah baginya memasuki syurga. (Isteri tidak dapat memasuki syurga jika suaminya tidak memaafkannya)
* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Tatacara Makan :
* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air :
* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang
* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak :
* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangatwaja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri :
* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc.

Ada 3 kategori manusia :
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understandhis words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa....


Kredit Macam-Macam Ade Blog

Perkahwinan Zaid & Ninie

Sekitar Majlis Persandingan Zaid dan Ninie, Disember 2008 (anak saudara pada hubbyku)

Kenanganku

Gambar Semasa Majlis Persandinganku yang lalu.

Bergambar dengan abah dan adik beradik di IJN sebelum abah buat pembedahan jantung pada bulan Mac yang lalu.


Bergambar di rumah Kak Lah, Bukit Rokan, N9. Dari kiri Nyah, Yang, Kak Lah, Kak Saadiah, Abg Ali, Atikah, Rinna, Hubby & Haiqal

Gambar-gambar di atas adalah semasa aku dan ofismate ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan Mohd Hafeez di Sebarang Takir, Terengganu pada bulan Mac hari tuh. Sebab aku baru je create blog ini aku letak laa jugak..untuk tatapanku pada masa akan datang. Semasa di Trg, sempatlah shopping sikit keropok lekor dan keropok kering. Ingatkan dapat ler singgah di Tamadun Islam tapi amat laaa sedeynyaa...sebab sepanjang hari berada di sana.. asikk laaa ujaann aje..boring betul...

Monday, April 20, 2009

Panduan Khusyuk Dalam Sembahyang

Kredit untuk iLuvislam.com
  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
  15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

Keluarga Ku

Hari ini aku mula belajar sendiri cara-cara untuk buat blog... dan ianya berjaya laa jugak sikit hehehe... beri tepukan untuk diri sendiri...yeyeyeyeyeye...sukanya hati.. :)

Gambar Hari Raya 2008

Wednesday, April 08, 2009

Hari Pertama

Hari ni adalah hari pertama aku memulakan blog ini. Belum ada apa lagi yang boleh difikirkan lagi... kalau ada nanti..di upate kan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss