Friday, May 29, 2009

~~Jemputan Lagi~~

Dalam pukul 11.45 tadi.. aku dapat jemputan untuk makan2..kat Unit Pengurusan Harta. Yang ini pun majlis sebab dapat kenaikkan pangkat jugak.. Kalau tak silap ada 3 ke 4 org share untuk majlis ni.. Antara makanan yang disajikan tadi.. Nasi Beriani, Ayam Goreng Berempah, Dalca, Acar, Buah'an, Sagu Makan ngan Santan dan Gula Merah..sedappnnyaaa.. Pastu ada laksa dan meehoon sup utara. Adess kenyang pewut aku hari ni.. Alhamdullillah syukur rezeki kan..

Masa majlis ni tak de gambar laa kang korang boring plak asik2 tgk aku makan jer..heheheheheh MySpace

~~Hari-hari Yang Lalu~~

Semalam Hubby aku cuti..sebab Makcik Aku ada followup ngan doktor dan Mak Aku plak jumpa followup doktor highblood dia.. Anak aku plak kat sekolah agamanya ada sambutan Hari Guru. Jadi aku belikan kacang², coklat wafer, sebotol air sprite, gula² dan mister potato untuk makan² sama² dengan kawan² dan guru² dia...

Tak tau plak sebab apa.. tapi sekolah kebangsaan anak aku semalam tak de sekolah.. so anak aku pun tak pegi laa sekolah. Sebelah petang, hubby dan anak aku datang jemput aku kat ofis. Sebelum tu aku ada tepon mak aku yang weols akan ambil dia.. dan dia tak payah laa naik LRT sampai Bandar Tasik Selatan.

Perjalanan dari ofis aku adalah dalam setengah jam ke Setapak tapi dari Setapak setelah ambil mak aku dan nak balik ke rumah di Cheras.. maaakk aaaihhh punya laaa jem gila babas.. Start jem yang paling teruk dari Ampang Park.. all the way ke Cheras.. adess.. sabar je laa..

Dalam keta tanya laa Abang aku, malam nie nak makan apa.. Aku bagi cadangan samada makan nasi ataupun KFC. Bila anak aku dengar je KFC.. terus dah tak nak makan nasi..nak KFC jer.. Biasalaa budak² memang suka kan KFC.. Maknya dan bapaknya pun suka jugak..



Makan di KFC Balakong






Pada hari Selasa yang lepas, Hubbyku belanja makan kat tempat biasa laa di Rina Tomyam. Kiranya belanja sempena Hari Jadi aku ler..kan.. So aku kata aku nak makan sedap ler sikit..heheh demand plak tuh.. Dia kata ok jer.. Aku pun oder laa Nasi Putih, Tomyam Campur, Kangkung Belacan.... dannnnn Ikan Siakap Tiga Rasa.... Memang sedapppppp..!!!!

TQ Abang sebab belanja Ayang makan..
Murah rezeki Abang nanti..Muaahsss...






Thursday, May 28, 2009

~~Cara Mendarab Orang Cina~~

Video nie aku dapat dari dalam email aku yang aku nak share ngan uols semua....mana tau kut² ada yang nak cuba plak cara gini.. kan..


So enjoy the video okk...


video


Wednesday, May 27, 2009

~~ Makan Dan Makan~~


Pada hari Isnin yang lepas..ofis aku ada majlis makan² lagik. Makan² ini disponsor oleh Kak Asmah dan Kak Noraizan. Kebiasaannya di ofis aku nie kalau sesapa yang dapat naik pangkat atau telah dapat jawatan tetap, orang tuh kena laa belanja weols satu ofis.. hihiihih..

So Kak Asmah ni dapat naik pangkat dari Juruteknik (J17) ke Juruteknik Kanan (J22) dan Kak Noraizan nie naik pangkat dari Pembantu Teknik (J29) ke Pembantu Teknik Kanan (J36).

Weols di hidangkan dengan Roti Jala, Kuah Kari Ayam, Laksa, Kek Carrot, Air Bandung Soda (nie favoret aku), Air Teh. Boleh kata dalam bulan Mei nie ramai ler..yang membelanja makan² sebab ramai yang dapat kenaikkan pangkat.

Lupa nak citer jugak pada 19/5/09 hari tuh pun ada makan2 jugak. Yang itu disponsor oleh En. Khairul Anuar.. dia pun dapat naik pangkat dari Pembantu Teknik ke Pembantu Teknik Kanan.. Hidangan pada hari itu memang best.. Ada Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Kari Kambing, Ulaman, Sambal Belacan, Ikan Bakar.. dan Air Sirap Limau... Masa majlis nie tak sempat nak snap gambar..tak bawak kamera laa pulak..


Gambar² semasa majlis makan²

Gambar kecil sebelah kanan bawah berbaju ijau tu Kak Noraizan dan berbaju
purple tuh Kak Asmah.

Terima kasih ler..belanja weols semua. Moga leh naik pangkat lagik.. lepas ini.. ekk !! Aku jugak ler..tak naik² pangkat jugak.. Adess...


Tuesday, May 26, 2009

Majlis Kenduri Kahwin Di Gombak


Pada hari Ahad yang lepas.. Aku sekeluarga pergi ke Majlis Perkahwinan atas jemputan kawan hubbyku, En. Mahfuz. Yang berkahwin bukan En. Mahfuznya tetapi adik perempuan En. Mahfuz nie..

Pada mulanya.. rasa malas jugak laa nak pegi.. tapi bila Kak Yong telefon kata dia pun nak pergi jugak.. so aku ngan hubby pun kata OK.. Hubby cakap En. Mahfuz nie kira kawan rapat jugak laa kat tempat kerjanya dan selalu jugak tolong² hubby aku. Masa bertelefon ngan Kak Yong adalah wat janji akan ada di tempat kenduri lebih kurang pukul 1.30 ptg.

Kita orang sampai dekat Dewan Komuniti Gombak lebih kurang .140 petang. Weols pun carik laa En. Mahfuz nie..kang carik ibubapa pengantin tak kenal plak weols kan.. Bila dah jumpa salam² dan hulur laa jugak kat tuan umah..lepas itu weols dijemput untuk menjamu selera.

Weols carik tempat duduk dulu.. then aku pung pegi ambik makanan untuk aku dan anakku. Makanan yang dihidangkan memang sedap. Ada Nasi Beriani, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Dalca, Daging (tak tau masak apa.. tapi lembut sgt...), dll. Desertnya plak agar² merah , buah² an duku dan rambutan.

Selesai jer weols makan, Kak Yong satu family pun sampai.. dalam pukul 2.00 ptg.. gitu.. Lepas makan bergambar² laa sikit.. Weols tinggalkan majlis dekat pukul 3 petang...





Monday, May 25, 2009

Hari Jadi

Stikcy Mode Untuk Special Day Hari Ini.... N3 baru bawah nun.. :)




Tit Tit Tit.. Alarm handfone ku berbunyi tepat pukul 12.00am...Tertera di skrin.....????

Yeehhhhaaahhh.. its my Birthday.. Alahai..hari ni adalah hari jadi ku.. Iyer.. dah tua dah...

Aku berdoa agar..Allah panjangkan umurku.... sihatkan badanku... murahkan rezekiku......dan lindungi diri ku dan keluargaku dari malapetaka dan marabahaya...

Aku juga berdoa agar dapat menjadi isteri yang baik kepada suamiku dan ibu yang baik kepada anakku... Insyallah..



Kasut Sukan Hubbyku & Aktiviti Hari Sabtu


Pada hari Sabtu yang lalu tak de aktiviti yang menarik cuma tengahari tu wat masak lomak ayam, goreng sayur kobis, goreng ikan terubuk asin (ni ofismate bagi) dan tumbuk sambal belacan... pergghhh hingga menjilat jari.. teman makan..hehehe.. kebetulan emak aku ada dirumah masa tuh.. Gambar tak ambik laa.. malas plak nak snap..






Yeahh lebih kurang pukul 6.30 petang, hubbyku pulang dengan tambahan satu lagi beg. Hari tuh pegi bawak dua beg aje.. rupanya setiap atlit (wah glamer dipanggil atlit ekk ) dapat satu beg dengan beberapa helai t'shirt dan seluar track lagik....

Pas tuh hubby ku keluarkan kasut sukan yang di pakai masa perlawanan. Tengok2 tapaknya dah tercabut.. Ada insiden berlaku masa perlawanan tuh.. hehehe... Hubbyku kata tapak kasutnya terpelanting.. nasib baik tak terkena kepala orang..hahahahah ketawa besar aku.. mendengarnya..

So terpaksa laa beli kasut bidan terjun.. (erkk kasut pun ada bidan terjun ker...) Pakai kasut yang lama tuh ada beberapa game dia menang..tup2 bila tukar kasut baru..alahaii..terus kalahhh..hihihihi.. sabor je laa..

Keputusannya....untuk perlawanan sepak takraw.. team hubbyku mendapat No 3 ... yeyeyeyey.. kira orite ler..tuhh kann...


Haa tu dia.. sampai tercabut tapak kasut.. adussss malunyerrrr..




Friday, May 22, 2009

Award Lagi



Nie award aku dapat dari pakcikdot..
TQ kerana bagi award ni kat Rin..








Jalan Jem

Hari ini cam biasa..aku gi keje antar anak ku ke sekolah agamanya. Lepas itu terus ke ofis.. Rasanya jalanraya hari ni tak laa teruk sgt jemnya..

Aku sampai di pintu gerbang kampus tepat jam 8.05 pagi..seronok laa mula²nya.. Tak sampai berberapa meter..tiba2 jalan dalam Kampus jem. Merangkak².. giler babas punya jem. Apa kehalnya tiba² plak jem nie..

Adalah dekat 20 minit..slow² je kete gerak..rupa²nya Security wat road blok.. Sabo je laa.. Dia orang wat operasi chek 'stiker kereta' kat kereta staf...

Sapa² tak de stiker suma kena tahan.. nasib baik bas tak kena tahan..kalau tak naya jer..suma penumpang kena turun plak..hehehhe..

Aku pun bernasib baik gak.. ada stiker..so dapat ler melepasi road blok tuh..ngan jaya..nya hehehe..

Gambar tak sempat nak snap.. sebab hati tengah panas...masa tuh..


Thursday, May 21, 2009

EL Lagi

Semalam aku EL lagi.. Iye laa kan Makcik aku dalam hospital. So kena laa antar anak aku ke sekolah. Kebetulan plak Sekolah Agama plak ada ujian.

Tak de aktiviti yang menarik. Banyak rehat je..dan zzzzzz.... iyelah dah kul 2 pagi baru tido.. hehehe..

Nie haa gambar anak aku kat sekolah dia.. semalam.


Budak² sekrg beg dia org berat betul..






Tengah menunggu loceng berbunyi


Kesiannya Makcik Aku

Pada hari Selasa malam dalam pukul 10.30 cam tuh, Makcik aku (alaa yang selalu aku sebut Wan Indok) tuh ler..dia kena muntah². Tak tau le napa..tiba² je.. katanya..

So malam tuh dalam pukul 10.30, Mak Cik aku talipon, katanya dah tak tahan sgt dah.. pala pun pening berputar² katanya. So aku pun kejutkan anak aku yang sedang lena diulit mimpi tuh untuk gi umah Mak Cik aku sebab kat situ ada Mak aku. Iyelah dah hubby aku outstation lagi.

Siap² pack baju sikit takut kena 'admitted' plak nanti kan. So kita orang cadang ke KPJ Kajang. Mula² tuh fikir nak ke PPUM tapi tau je laa hospital semi goverment nie.. lama bebenor kalau nak jumpa doktor, walaupun pergi terus ke A & E.

Sampai ke KPJ Kajang, Makcik aku tak boleh jalan. Nasib baik Pak Guard kat situ tolong ambik kan kerusi roda.. siap tolong tolak lagik ke A & E. Dah daftar masuk.. kena plak tunggu doktor ada laa dalam 1/2 jam jugak laa tunggu sebab kebetulan masa tuh ada 2/3 orang pesakit jugak.


Ni haa Makcik aku tengah nak tunggu doktor

Doktor datang dan cek Makcik aku. Dia diagnose mungkin sebab banyak asid dan angin dalam perut itu yang menyebabkan muntah². Jadi dia decide nak admit Makcik aku.. memang dah agak dah.. mesti kena admit punya.. sebab muka Makcik aku dah pucat..sangat.. kesian dia.

Aku tanya laa sebab² nya napa boleh jadi gitu. So dia kata mungkin sebab makan benda masam², atau ambil byk vitamin C. Memang betul pun, Makcik aku cakap dia suka makan buah oren byk² tuh le sebabnya.. pas tuh plak suka ambik Vitamin C. Doktor advise laa suruh ambik Multi-Vitamin jer..

So sebelum naik ke wad, nurse tuh pasangkan 'drip' sebab dah tak de makan dan air dalam badankan. Sebelum tuh nurse tuh dah cucuk ubat ngan ambik darah sekali.

Biasalah hospital swasta nie kan sebelum naik ke wad kena bayar deposit dulu. Aku pun pergi laa kat tempat bayaran tuh.. Aduiyai.. kena bayar dalam RM1000 deposit.. beb.. tapi tak kisah laa kan Makcik aku punya duit.. Dah siap bayar, so kita orang pun naik laa ke wad. Tinggal laa Makcik aku kat situ. Aku balik dari hospital dan sampai di rumah lebih kurang pukul 2 pagi.

Nasib baik satu hari je. Hari Rabu semalam dia discharge. Lega katanya...



Award


Award ini diberi oleh ikiqzalia. Terima kasih diucapkan..




Tuesday, May 19, 2009

Sedeyyyynyaaa...

Huwaaaaaaaaaaaaaaaa...... Hubby outstation laa pulak.. Dia ke Kulim kerana ada sukan staf UniKL. Hubby masuk acara sepak takraw. Cam tak caya jer laa hubby aku tuh leh jadi wakil untuk sukan. Bukan apa.. dia mana penah aku tengok gi training ke.. atau saja suka² nak main sepak takraw.

Tiba-tiba minggu lepas dia cakap... "Ayang.. abang kena outsation ke Kulim. Ada sukan. Abg main sepak takraw.. hehehe aku pun ketawa laa.. biar betul.. cam tak caya je abang nie nak main sepaktakraw.. Dia kata napa tak percaya plak ker..

Dia kata dia gi Kulim dari hari Selasa hingga laa hari Sabtu. So kalau hubby tak de ni, kena laa naik keta.. Kena laa pandai² berdikari sikit..heheheh sabo je laaa...

So sebelum dia pegi..aku dah siap2kan pack baju² dia. Semalam plak lepas balik keje aku dan hubby sempat singgah kat Giant Cheras. Katanya nak beli seluar track. Jadi beli laa 2 helai semalam. Selain tuh belikan anak akunya kertas lukisan dengan cryon utk peperiksaan dia hari nie.



Hahhh tuh dia jejaka melayu terakhir ku..

Barang alatan lukisan untuk anakku

Dua helai seluar track


Selipar pun ada... gak


Soket Elektrik pung ada..


Aduh Sedapnyaa....

Aduh sedapnyaa.. sebenarnya semalam opismate aku belanja kita orang semua minum petang. Di belanja makan SATAY... Selain dari itu ada nasi impit, kuah kacang, kuih seri muka.

Oh ya lupa nak beritahu.. Nama ofismate aku nie Kak Zuraidah. Dia sebenarnya baru sahaja dinaikkan pangkat dari Juruteknik Gred J17 ke Juruteknik Kanan Gred J22. Iyelah dah bekerja di sini lebih kurang 20 tahun kiranya memang layak laa dapat kenaikkan pangkat..Itu pun setelah beberapa kali pergi interview untuk kenaikkan pangkat. Nie dah rezeki kut...

So aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih sebab belanja makan satay dan didoakan semoga dapat lagik naik pangkat di masa akan datang.. Amin..

Ni ada beberapa gambar.. korang layan laa yer..

Ni antara opismate aku yang seronok sgt..dapat makn free.. heheheh

Fuhh..berapa cucuk akuk ambik nie.. ???

Ni laa Kak Zuraidah yang telah belanja satu ofis makan satay..


Muka² kekenyangan..

Tengok tuh saja dengki tgk kita orang nak ambik gambar dengan aman saje je nak kaco
si Abg Hairon ni....



Monday, May 18, 2009

Kena Tag Dengan IKIQZALIA


Sorri laa lama gak nak jawab tag Ikiqzalia

1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda!

Cik Puan IKIQZALIA

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka...Sebanyak yang anda suka dan nyatakan umur anda di dalam foto itu.

Gambar banyak laa..tapi nie je laa yang termampu nak dikongsikan bersama...

Gambar ketika berumur 5 tahun
Dari Kiri Zurina, Anita, Aku, Zul


Gambar Ketika Berumur 12 Tahun
Aku, Zurina, Ah Leng, Amy (Adik Zurina)
Mereka adalah kawan baik masa sekolah


Perbarisan Semasa Sukan Sekolah Ketika Menjadi Ahli Bulan Sabit Merah

Bersama Adik Angkat

Gambar Ketika Di Tingkatan 3, Sekolah Menengah Convent Sentul

Kawanku Noraihan adalah orang yang pertama yang mendirikan rumahtangga.



3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)


1) Masa aku darjah 6, aku nie masa kecik dah pakai cermin mata. So taim tuh aku sekolah petang..kalau tak silap hari jumaat..iyelah kan masuk lambat.. Aku suka main konda kondi. Tah macam mana, sorang kawan nie di balingnya kayu terkena cermin mata aku.. retak ...aduiyaaii.. iye laa masa dulu2 mana ada cermin yang dibuat jenis plastik sumanya kaca.. Bila balik ngadu ler ngan mak.. kena marah le pulak.. Esoknya Sabtu kena laa ke kedai cermin mata sebab nak buat cermin mata baru...kalau tak karangg blurrr..je tgk papan itam tuh..



2) Aku nie sejak umur 6/7 tahun dah reti dah duk umah sorang2 sebab iye laa aku nie tinggal ngam mak aje.. So nak menampung hidup mak aku kuar gi keje..so aku kenalaa jaga diri sendiri.. Nasib baik masa tuh aku ada geng namanya Zurina. Dia pun maknya kuar bekerja. So lepas balik sekolah tuh samada dia datang umah aku atau aku ke umah dia..Sama-sama belajar dan bermain. Kalau tak silap dia berpindah rumah ketika kami berumur 12 tahun.



3) Masa aku dalam darjah 5, aku ke sekolah menaiki bas. Tah macam mana aku tak ingat lak pulak tertinggal bas atau bas rosak. Yang aku ingat aku kena menapak dari sekolah aku kat jalan sentul ke jalan pekeliling.. bayangkan masa tuh.. Punya laa jauh.. sampai umah berpoloh2 den.. sampai sakit2 kaki..



4) Masa aku sekolah menengah, aku masuk jadi ahli Bulan Sabit Merah. Aku telah dilantik sebagai Bendahari kira ada pangkat le jugak.. Bangga aaa masa tuh.. Iye laa dapat pakai uniform putih.. comey jer..masa tuh..



5) Teringat dolu2 masa tuh Tingkat 4..Sekolah aku semuanya perempuan. Masa tuh sibuk masing-masing kena carik laa adik angkat. So aku pun dpt le sorang. Masa Velentine’s Day dapat le sekuntum bunga ngan kad sekali dari adik angkat aku.. best juga ada adik angkat nie. Tapi bila aku abis sekolah kita org dah lost contact.. alaaa sedeynya..


4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil...
INA (srkg nie jer..tukar jadi Rinna..glamer sikit heheheh)

5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab!!!
Alamak nie yang payah, kawan kat blog ini tak ramai lagik..cam na yer..

1) Mamatiara
2) Erlyda

3) Ibu Umairah

4) Ieda
5) Ommy Firuz
6) @lona (Cintamanis)

Yang lebih tuh pada sapa2 yang nak buat pun boleh ... Kalau ada yang dah buat tuh sorri laa.. yer.. tak payah le buat lagi....





RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss