Tuesday, June 30, 2009

~~Kenduri Kendara Hari Ahad~~

Pada hari Ahad, 28 Jun 2009... Aku sendiri mendapat 2 undangan ke Majlis Perkahwinan dan hubbyku ada 1 undangan. Jadi aku pun plan laa ngan hubby nak pergi mana dulu. Setelah kata sepakat di ambil.. weols plan pergi yang jauh dahulu.. hehe tak laa jauh sgt.. tapi Klang rumah Kak Noraizan, anak sulung dia yang kawin. Aku dan Hubby kiranya jarang sgt laa ke Klang..yang aku ingat aku ke Pulau Indah masa kawan aku kawin 5 tahun lepas..pas tuh tak pegi² lagik le ke Klang.

Jadi weols gerak dalam pukul 11.45 pagi. Tengok pada Map yang senang ikut Kesas Highway. Jadi folo je laa map tuh..teruss je laa.. jalan sampai le ke penghujung Kesas Highway.. awat tak jumpa² lagik Jusco.. dalam pala nie sure Jusco tuh leh nampak tepi highway dah boleh exit di situ.. Rupa²nya weols nie dah kira jauh ke hadapan dah nak sampai ke Pulau Indah.. adess.. Aku pun tak sedap hati..aku pun call laa Kak Noraizan.. rupanya weols kena exit kat Klang/Banting. Patutnya dalam Map kena laa letak exit point..ni tak der.. sapa laa yang buat plan map nie..

Map yang tak menyatakan Exit di mana.??? adess.. sabo je laa..


Jadi weols patah balik ke belakang 18km..aduiiyaaii.. cari laa exit Klang/Banting.. Bila dan masuk exit tuh baru laa nampak Jusco Bukit Tinggi ..adess sabo je laa.. Bila dah lalu situ senang je laa sampai ke rumah Kak Noraizan. Sampai kat rumah Kak Noraizan dah nak dekat pukul 1.00. Memang pewut tengah lapar, apa lagik tuju tempat makanan ajelaa.. Jumpa plak Kak Minah, Kak Jami ngan anak² dia. Makanan yang disajikan Nasi Beriani, Acar Buah, Pecal, Ayam Goreng Berempah, Dalca, Air Cendol, Air Sirap Limau. Tak lama sangat kat rumah Kak Noraizan dalam pukul 1.40 tak sempat tengok pengantin pun weols gerak plak ke Kerinci.


Aku, Kak Jami, Kak Minah (ofismate aku)

Meli jadi mak andam pengantin pada hari itu.. tuh dia nak pegi ke Zoo plak lepas tu ada gath Akim FC.. orang kuat tuhh..


Ini laa Pengantinnya.. Fadhli dan Azlina (gambar ini semasa majlis di Pulau Pinang)


Aku dan Kak Noraizan..

Lepas dari rumah Kak Noraizan... weols plak menuju ke rumah Kak Faridah di Pangsapuri Desa Aman.. di Kerinci. Yang ini pulak anak perempuan Kak Faridah yang kawin. Aku tak sempat jumpa pengantin jugak..sebab aku sampai di situ pengantinnye dah naik ke atas...rasanya dalam 2.15 pm kut weols sampai rumah Kak Faridah tak tau plak tingkat berapa malas plak nak naik.. Weols cuma makan je.. kat khemah yang di sediakan.. Hidangannya pun sama gak cam kat umah Kak Noraizan..tadi.. Kali ini aku ambil sikit jer nasi.. iyelah nak hormat tuan rumah kena laa makan sikit.. hehehe..


Bergambar ngan Kak Faridah sebelum beredar..


Ahakss sempat lagik berposing tuh..ikss..

Lepas aje makan, salam² ngan Kak Faridah.. weols gerak plak ke Sri Kembangan, rumah Faizal kawan hubby aku. Sebenarnya.. weols nie kira gamble jer cuma berpandukan pada alamat yang Kak Yong sms kat hubbyku ..sebab kad kahwin Faizal nie dah tertinggal kat ofis.

Hubby aku kalau area serdang boleh agak lagik sebab umah abg saudara hubby aku ada di area serdang.. so weols pun.. jalan jer laa..tempuh Taman Equine...jalan lagi.. sampai laa ke Taman Pinggiran Putra.. so dah sampai situ nampak ler.. papan tanda pengantin tuh.. ikut je laa..arrow tuh dan sampai ler..weols sampai di rumah pengantin tepat pukul 3 ptg. Weols ingat, weols yang lewat rupanya ada lagik member hubby aku yang baru sampai.. kira.. time bagus gak laa kan.. Aku kat situ makan nasi putih laa pulak.. sebab dah tak lalu dah..kenyang sgt..le pewut.... Hidangan lain sama jer.. hehehe..

Dah makan² tuh masuk dalam rumah bergambar dengan pengantin..plak.. kali ini sempat laa jumpa pengantin..hehehe..



Bergambar bersama pengantin

Penutupnya aku pun nak gak..bergambar kat pintu gerbang ini...:)

Goodie Bag aku dapat Majlis Kak Faridah

Goodie Bag aku dapat dari Majlis Kak Noraizan


Bunga Telur dari Majlis Faizal


Adessss..penatnya badan.. sampai di rumah pada pukul 4.30 petang.....Malam tak de kemana2..

Monday, June 29, 2009

~~Di Sekolah Anakku~~

Pada hari Sabtu lepas semua sekolah wat sekolah ganti untuk Hari Raya. Itu termasuklah sekolah anak aku. Jadi tengahari tuh hubby aku hantar laa anak aku pergi sekolah. Dia masuk sekolah hari tuh pukul 12.15.


Report Card Anak ku

Hubby cakap tak ramai pun budak² yang datang ke sekolah pada hari tuh. Sempat laa hubby aku ambil gambar anak aku ngan kawan² dia dalam bilik darjah. Lepas antar anak aku masuk kelas dia pergi ambil Report Kad kat cikgu kelas sebab masa Report Kad Day hari tuh.. tak dapat nak pegi..sebab hubby ada meeting.


Anakku di dalam bilik darjah :)

Anakku bersama teman2 sekelasnya..


Petang pukul 4.30, aku ikut hubby ambik anak aku kat sekolah. Pada petang itu ujan turun lebat sgt.. Sempat singgah beli Jambu Pakcu ngan airnya..

Lepas Maghrib, aku ke Setapak nak ambil emak aku dan bawa dia balik umah Makcik aku kat Taman Megah..Rasanya sampai dlm pukul 9.30 malam. Malam tuh plak layan Cerekarama Belaian Kasih.. best gak laa citer tuh.

Next N3 aku citer pasal kenduri kahwin pada hari Ahad.

~~Jawab Tag Dari Posh76~~

Ni aku nak jawab Tag dari POSH76....


Ni aku dah tapek


The rules:

1• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

a- Seorang yang very simple person

b- Seorang yang happy go lucky

c- Seorang yang suka shopping

d- Minat akan kecantikan

e- Suka akan muzik evergreen dan berkaraoke


2• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.

a. Suka baca novel cinta atau cerpen

b. Suka berkaraoke

c. Suka shopping dan window shopping

d. Suka pergi jalan makan angin atau bercuti dengan keluarga

e. Suka jalan-jalan cari makan dan cari tempat baru untuk makan

f. Suka berchit chat..

g. Suka berjalan-jalan baca blog kawan-kawan

h. Suka tengok TV citer seperti CSI, Grey Anotomy, Teleflim

i- Cepat marah kalau ada perkara yang tak kena tapi cepat cool..

j- Pantang pada orang yang suka menipu dan tidak menepati masa.


3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.


1. Cik Aina ~ Seorang yang sweet girl dan bercita-cita tinggi

b- Keyone~ Seorang yang happy go lucky, suka wat lawak dan sayangkan keluarganya

c- Hajarus ~ Seorang yang simple, menyayangi suami, suka kanak² dan seorang yang sensitive

d- Syahadah ~ Seorang suri rumahtangga.. ibu kepada 2 orang puteri.. suka sgt menulis blog

e- Suhaila ~ Seorang yang sweet, kelakar dan happy go lucky


Hmm..sapa lagik yer...rasanya dah ramai kut yang buat Tag nie.. Jadi pada yang belum buat tuh silaa laa buat yer..


4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged....
Sat² lagi aku.. pergi ler..tinggalkan pesanan..buat dia orag..suma..


5• Paste the award badge in your sidebar...
Nanti aku paste kan laa kemudian..


Selesai udah Tag..semuanya..TQ pada yang sudi mengeTag aku..



Sunday, June 28, 2009

~~Jawab Tag Simple Dari Yana~~

Aku telah di Tag lagi. Kali ini di Tag oleh Cik Yana.. Oleh kerana Tag nye senang jer..aku leh laa buat hehe sebab tak payah fikir2 sgt.....

Peraturannya:


Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:



1) Copy gambar amal Islam di bawah.



2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon yang terpilih:

::Siap kate 'WAJIB' lg...so calon2 yg bertuah, sile settlekn tag ni...hahaha..::-



Pada mana2 follower yang rasa nak buat silakan laa..yer.. :)

Friday, June 26, 2009

~~Jawab Tag Dari Ina~~

Ahaks aku telah di Tag lagi. Kali ini Aku telah di Tag oleh Ina. Tagnya adalah seperti berikut :-


1~5 nama timangan-nickname
~Ina (Mak panggil)
~ Rin (Kawan² di Internet panggil)
~Ayang (Hubby panggil)
~Rinna (Kt mane2 forum )
~Zaza (kdg² dak ofis suka suki jer panggil)

2~5 sifat/tabiat buruk-bad habits
~tak gemo lipat kain sebenarnya tapi dah terpaksa lipat le jugak
~senang terpengaruh kalau org jual barang
~kalau masak ikut mood laa..
~cepat marah kalau sedang tension
~suka baring² kalau tengok tv

3~5 makanan kegemaran-favourite foods
~MeeHoon Soto
~KFC
~Kerang Rebus
~Nasi Goreng Ikan Masin
~Masak Gulai Lomak Cili Api (nie semestinye wajib)

4~5 subjek pelajaran paling suka-favourite subjek
~Bahasa Malaysia
~Lukisan
~Sains Rumah Tangga (sebab lepas masak leh bawak balik)
~ Sejarah
~ Sains

5~5 benda wajib dlm purse-5 items in my purse
~Kad Pengenalan
~Lessen
~Duit
~Kad Kredit (emergency je guna)
~Real Rewards, Kad Cosway, Kad Tesco.. byk lagik ler..

6~5 topik yg biasa di bual bersama pasangan/teman-5 favourite ramblings with mates
~ Aktiviti hari ini
~Holiday
~Anak
~Keluarga
~Life seharian

7~5 mangsa tag....I have to tag 5 people

Sesiapa saja yang dok folo blog aku nie.. dan korang rasa nak buat. Rasanya cam ramai yang dah buat kut Tag nie..



~~Semalam Gi Survey.....~~

Semalam petang aku dan hubby tak makan kat umah jadi plan makan kat luar. Jadi sebelum pegi makan tuh aku cadang kita org ke Harvey Normen kat Mid Valley. Sebenarnya aku nak gi survey untuk beli Aircond. Aircond kat umah aku tuh dah uzur sgt.. Nak service balik rasanya tak berbaloi le pulak.. baik tukar baru je.

Bila dah sampai kat tempat display, byk laa aircond kat situ. Berkenan nak beli brand Panasonic sebabnya ia ada 50% Energy Saving.. Brand Aircond lain tak de energy saver. Tengok2 plak harganya boleh laa tahan dan mampu le untuk dibayar. Tu ler memula ingat nak survey je.. tapi bila dah tgk aircond tuh.. weols tanya laa kat SA kat situ mintak dia cek kan stok. Rupa-rupanya stok utk aircond brand Panasonic dah tak de le pulak.. adusss.. hampa nya.. SA kat situ suruh tgk brand lain tapi tak de plak yang berkenan.. Brand Sharp ada Energy Saver tapi cuma 34% jer. Dalam hati nakkkk jugak brand Panasonic..so hubby cakap tangguh ler dulu adesss sedey nye.. Kalau korang ada idea atau cadangan yang lain brand apa yang bagus.. bagi laa tau yer..

Aircond Panasonic Envio

Jadinya... tak jadi le nak beli aircond semalam... postpone le nampaknya.. Lepas kuar dari Harvey Normen.. weols menuju plak ke Farmasi. Hubby kata dia dia nak beli Multivitamin Blackmores. Mula² ingat nak ambik yang 30 tablets harganya RM30. Pas tu ternampak plak yang 120 tablets RM66.00 dengan 1 botol 30 tablet free. Kira untug laa jugak boleh makan sampai 5 bulan..bayangkan brapa hengget dah save..kan.


Multivitamin yang woels beli..tapi botol beso 120 tablet


Ingatkan nak makan je kat Mid Valley tapi hubby kata dia nak makan nasi. So, weols gerak le ke tempat makan yg weols regular pegi tuh.. Rina Tomyam. Menu weols malam tadi Nasi Goreng Ikan Masin, Telur Bungkus, Tomyam Campur, Air Mangga dan Air Tembikai... (gambar tak de laa... kang terliur plak tengok). Selesai makan gerak balik, gi ambik anak aku pas tu sampai umah dekat kul 9.30pm..

P/s : Takziah di atas kematian Micheal Jackson @ Mikaeel

Thursday, June 25, 2009

~~Jawab Tag Ommy Fairuz~~

Alahai aku kena Tag plak ngan Ommy Fairuz.. TQ.. sebab sudi Tag akak nie.. So oleh sebab tengah free nie..aku try le jugak jawab tag ini..

Syaratnya kena tepek gambo nie so aku tepek ler jugak kat sini..ekk..



Q : pengertian kecantikan pada anda ??
A : Cantik dari segi luaran dan dalaman. Selain itu juga mental & fizikal pun mesti gak laa cantik

Q : bila hari terakhir anda bermekap??

A : Semestinya pagi tadi.. sebelum aku pegi keje..kalau tak mekap karang muka pucat lesi je nanti cam org sakit le pulak

Q : bila kali terakhir anda membeli shopping sakan membeli make up dan yang sewaktu dengannya??
A : Aku beli 2 lipstik Maybeline kat Guardian

Q : bila kali terakhir anda syampu rambut ??
A : Malam tadi..mesti laa cuci rambut selalu

Q : adakah anda seorang yang kemas dan teratur dalam penjagaan bilik??
A : Semestinya laa nak bersihkan... Kalau kotor tak lalu ler pulak nak duduk dalam bilik..itu..

Q : barangan make-up anda ??
A: Pelembab aku pakai Olay Total Efect, Foundation aku Maybeline/Kryolan, Bedak Miyami Light, Lipstik In2It/Maybeline, Eyeliner/Eyebrow Avon..ikss apa yer lupa laa pulak cukup laa tuh yer..

Q : senarai kan 5 actress tercantik di mata anda ??
A : 1) Nasha aziz
2) Rita rudaini
3) Lisdawati
4) Erra Fazira
5) Fazura



Q : last Question : are u Hot?
A : Ahaks kalau org wat aku marah sure laa aku Hot!

tag sape???
Sesiapa saja yang nak buat.... iye laa kalau free² tu atau tak de idea nak tulis/update N3 cam aku ler tu silakan ler buat..yer..



~~Award dan Award~~

Seronoknya.. aku.. bila wat blogwalking ke blog kawan² dapat lagik Award² yang cantik dan boleh aku gantung di sini..


Award ini pula aku dapat dari Eryn. TQ very much yer..



Award ini aku dapat dari Cik Aina yang cantik manis. Terima kasih.



Award ini adalah Award yang Kedua aku dapat dari PakCikDotCom
Terima kasih yer..



Wednesday, June 24, 2009

~~Nok Ujang~~

Jom kita bergelak ketawa lak petang-petang yer..



Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas dan Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara.. " Amer.. nok ujang.." "Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer. "Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa. " Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hanglaa!" panas sikit Amer. "Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras. "Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??" Amer dah naik angin.. siap turun dari jer katil dia dah. "Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.

wakakakakkakakak kelakar..


p/s : Ini cuma lawak semata-mata tiada kena mengena ngan sesapa yer.. heheheh



~~Economic Ambi Pur~~


Sesapa yang rasa2 Ambi Pur korang dah nak abis ker..leh ler..cuba2 guna kaedah nie..hehehe


Bahan : 1 lemon (limau purut pon bole), 3 tangkai cungkil gigi (toothpicks)

Cara : Kupas kulit lemon mcm dlm gambar, gunakan cungkil gigi utk
menyengkang
kulit lemon. Bravo!!


Rasanya idea nie tak de laa mengarut sgt kan.. Wangi jugak kereta kita..kan..





Tuesday, June 23, 2009

~~Melawat Abang Uda Di Gombak~~

Apabila aku balik dan sampai dirumah pada hari Sabtu lepas, hubby aku beritahu yang Kak Yang telefon dia. Kak Yang bagi tau yang Uda, abg iparku di gombak mengalami kemalangan di tempat kerjanya. Rupanya Abg Uda dah mengalaminya lebih kurang 2 minggu yang lalu semasa weols pegi ke Melaka hari tuh. Beliau tidak pulak memberitahu weols semua tentang keadaannya.. Baru² ni je Kak Yang dapat tahu.

Jadi hubbyku mengajak pergi ke Gombak untuk melawat Abg Uda. Sebelum ke Gombak weols singgah di rumah Kak Yang. Rupanya Kak Yong sekeluarga dah ada di situ dan ingin ikut serta.

Weols bertolak ke rumah Uda lebih kurang pukul 6 petang. Sebelum sampai umah Uda sempat laa beli sedikit kuih-muih. Rumah Abg Uda terletak berdekatan dengan Stesen Lrt Taman Melati. Rumah Abg Uda ini di tingkat 4.. ades.. mencungap ler nak naik ke atas..hehehe..


Wah besor TV Uda baru beli ker.. nie..heheh


Abg Uda mengalami ibu jarinya, cam tersepit..nasib baik tak putus.... dan pihak doktor kena cabut kukunya.. adusss sakit katanya..pas tuh berjahit lagik..., weols yang dengar citer pun cam terasa² sakitnya.. Abg Uda dapat MC dah 2 minggu... Dalam pukul 7 lebih .. Angah plak sampai ngan CD dan Razin yang baru je balik dari rumah Kak CD di AU, Keramat.


Seronoknya berkumpul beramai² macam nie.. - Abg Uda kanan sekali
dan baju biru Kak Saadiah



Apa laa yg sedang diceritakan itu yer..?


Eh Sham control hensem plak dia.. ekk ...heheheh

Laa awat CD dan Sham tido nie..ngantuk yerr...

Kak Yong dok citernya apa laa ngan ibunya..tuh..

Weols semua berada disitu sampai Maghrib dan Kak Sadiah dengan Ain (yang baru je balik dari kerja.. sian Ain balik² je nak kena masak) sempat plak wat meehoon goreng.. siap hidang plak ngan Nasi , Lauk Gulai Nenas Ikan Masin dan sambal belacan.. makan ramai² memang menyelerakan..


Gigi Hamizan yg sediada dah goyang..di cabut oleh neneknya (Kak Yang)

Dah kenyang perut.. borak² lagi, ingat dah nak beransur balik.... Tengok² lebih kurang pukul 9 rasanya.. YongNoina, Nabila dan Zul plak sampai. Dia katanya siang tadi pergi ke Gedangsa pas tu balik Rawang kejap tuh yang lambat balik ke Gombak.. Borak² laa pulak ngan Yong kejap.. Pas tuh weols pun bergerak balik...


Amboi² Razin dah seronok dapat duduk di kosi Nabila..


Nabila dok pk ler..agaknya napa ramai sgt..org kat umah Atok dan Uwan aku nie..


Nabila cam tak de mood jer..penat laa tuh..
>


Monday, June 22, 2009

~~Tag Dari Ieda~~

Sorri laa Ieda, Kak Rin lambat jawab tag ini..dan baru teringat nak ambil gambar keychain nie.. jgn mare aaa...


Tugasannya berbunyi begini :-

1. Ambil gambar keychain yang ada pada kunci kereta/motor/van/lori atau apa² aje kenderaan (kunci rumah/ofis tak aci ok).


Ini ler gambar keychain nya..


2. Buat ulasan lanjut mengenai keychain korang

Keychain ni...hubby aku beli.. masa sembahyang jumaat tapi tak ingat laa kat mana.. Yang menarik nya kat keychain nie.. ada kompas dan boleh menetapkan arah kiblat.


3. Nyatakan juga jika ada memori atau kenangan indah pada keychain tersebut

Rasanya tak de kenangan terindah kut..tak dapat nak fikir laa..


4. Nak tag sapa?

Sesiapa yang rasa belum penah buat tag ini dan rasa ada memori pada keychain korang laa..so sila laa buat.. yer.. :)


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss