Friday, October 30, 2009

♥♥ Gotong Royong ♥♥

Dua hari lepas terima surat dari pihak pengurusan ofis aku untuk mengadakan gotong royong setiap Jumaat hujung bulan. Jadi hari ni.. ofis aku mula laa gotong royong dari pukul 4.30 petang hingga laa 5.30 petang.

Mak aih punya laa banyak kertas yang terkumpul. Buruh kat ofis aku nie akan kumpul dan mungkin jual kertas² ini. Aku pun ambik kesempatan jugak laa membuang apa² kertas dan dokumen yang tidak diperlukan lagik. Dapat laa satu plastik beso tuh.. Masih ada lagik tapi tak pe laa tunggu bulan depan plak..laa..


Member ofis dok belek² nak buang kertas dan dokumen yang tidak diperlukan


Ni antara longgokan kertas yang telah dikumpulkan untuk dijual..



Wednesday, October 28, 2009

♥♥ Ape Je Laaaa ♥♥


Hmm..dah stat balik dah.. kemalasan melampau nak update blog nie.. Entah laa.. nak kata tak de citer.... citer tuh ada.. tapi..cam malas le pulak. Tapi aku cuba laa jugak nak update mana² yang aku rajin nak citer laa yer..

Hari Sabtu tak de laa aktiviti yang menarik sgt pun. Cuma hari tuh aku tah kenapa terlebih rajin le pulak nak masak Laksa Asam.. Kiranya 1st taim ler masak.. kira jadi laa jugak.. bertambah² anak aku makan..hehehe. Yang aku plak memang suka laksa kan.. tak makan dengan mee dia pun tak per..janji dapat hirup kuahnya..tuh.. Sorri laa terlupa plak nak ambik gambar.. lagi pun tak cukup bahan.. tak de sayur²nye pun...heheh... cuma laksa ngan kuahnya...

Ingatkan petang tuh nak laa kuar gi umah kawan hubby kat Rawang.. tup² tak jadi laa pulak..cuma lepas Maghrib tuh aku ke Setapak, jemput mak aku kat sana. On the way balik tuh singgah le makan malam kat medan selera di jalan semarak.. Oder laa makanan Nasi Goreng Kampung utk hubby, aku plak nasi goreng ikan masin, mak plak nasi ayam dan sup tulang. Anak aku plak tak nak makan nasi.. nak makan burger hotdog. Sampai kat umah dalam pukul 9.45 malam.

Hari Ahad dalam pukul 6.30 tuh, weols ke pasar malam. Beli laa Yong Taufo..dan Air Soya Panas.. utk makan malam.. dan sebelum balik tuh singgah ke kedai gunting.. Hubby dan anak aku nak gunting rambut.. iye laa..rambut dah panjang..sejak dia org gunting sebelum raya tuh hari..


Sempat lagik anakku pandang kat kemera..


Aksi anak ku selepas rambut di potong..


Tersenyum dengan simpulnya


Abgku tengah potong rambut..


Amboi. senyum..konon..macho ler..tuh..ahakss..


Monday, October 26, 2009

♥♥ Jamuan Kesyukuran ♥♥

Pada hari Jumaat yang lepas 23/10/2009, ada jamuan kesyukuran. Ada orang yang belanja makan SATAY. Alhamdullillah rezeki lagi.. Jamuan bermula pada pukul 12 tengahari iyelah dah hari jumaat so kena laa mula awal sikit. Puas jugak laa makan SATAY pada hari tuh. Apa tak puasnya.. orang yang belanja makan tuh oder 1000 cucuk..kiranya semua orang merasa laa makan.. Korang layan je laa gambar kat bawah nie yer.. hehehe asik citer pasal makan aje kan..


Meli, Aku, Kak Bitah dan Hasrol..nyibuk je nak enterprem..


Nyum-nyum.. satay...


Aku dan Bad..


Aku dan Kak Bitah


Aku dan Meli

Friday, October 23, 2009

♥♥ Beli Sim Kad ♥♥

Hari nie hubby aku cuti sebab ganti cuti dia keje masa konvokesyen UNIKL yang lalu. Jadi lepas sarapan pagi tadi dan lepas clock-in nama. Aku bagi tau member ofis aku yang aku nak ke CELCOM kejap. Tujuan asalnya nak downgradekan broadband RM98 ke RM68 yang hubby aku selalu guna. Sebabnya dia selalu guna modem aku yang RM68 tuh dan so far memuaskan hati. Yang modem RM98 tuh kdg2 slow jugak.. jadi wat pe gunakan..so lepas fikir weols downgrade aje laa.

Dalam pada tu, hubby sempat laa tanya pasal pakej family plan yg 5+1 tuh sebab ingat nak wat supplementary utk anak aku. Iyelah senang nanti kalau dia gi mana2 ada handpone senang nak contactkan. Oleh sebab hubby aku punya main line ada masalah sikit..jadi aku kena laa register nombor baru untuk jadi main line dan anak aku jadi supplementarynya.. so nanti bila call antara aku dan anak jadi percuma laa.. Setiap supplementary cuma bayar RM5 hengget jer...

Skrg nie aku sedang guna Maxis..jadi sayang pulak aku nak tukar ke CELCOM walaupun boleh maintain nombor lama tuh... tuh yang aku pikir register ler nombor baru. Dah register dapat laa 2 sim kad.. baru. 019-xxx8856 dan 013-xxx8856.. nombor terakhir tuh sama jer kan..



Thursday, October 22, 2009

♥♥ Doalah Kepada Orang Tua Kita ♥♥

Lagi ilmu yang nak dikongsi bersama...

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan

Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Insya Allah, selepas berdoa beberapa hari akan nampak rezeki datang menjelma, Aminn
Allahu Akbar !


Wednesday, October 21, 2009

♥♥ Mimpi Seorang Gadis ♥♥

Untuk Renungan Bersama.....

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya.. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"


Tuesday, October 20, 2009

♥♥ Makan dan Makan Lagi ♥♥

Hmm..sekejap aje kan dah abis bulan Syawal dan hari ini dah masuk bulan Zulkaedah. Aku nak citer lagik laa pasal makan² raya lagik. Hari Sabtu lepas 17 Oktober 2009, kat lorong umah aku nie ada jamuan hari raya. Memang kebiasaan laa tiap² tahun lorong kat umah aku nie akan buat kutipan dan buat majlis raya. Kira open house utk weols. Setiap umah akan dikutip RM25 hengget.

Pagi sabtu tuh..aku akan join laa kaum wanita untuk bantu potong² bawang, sayur laa sambil² berchit chatting. Iye laa taim nie laa dapat berkumpul dan beramah mesra antara jiran yang jarang kita bertemu muka kalau tak de majlis hari raya ini. Kaum lelaki plak akan memasang khemah.. susun meja dan biasa laa borak2 jugak antara mereka.

Oleh sebab dia orang nak masak petang, aku tak dapat laa nak turun bantu sebab petang tu aku sekeluarga ke rumah Kak Nyah kat Bandar Tun Razak.

Kat rumah Kak Nyah (kak iparku), kiranya langkah kanan ler aku.. sampai je kat umah dia.. Kak Yang dan Angah sekeluarga pun ada. Dia orang tengah makan..jadi weols pun join le sekali makan.. Makan nasi putih berlaukan masak asam pedas, pucuk paku goreng belacan, sayur kobis ngan udang, ikan goreng, sambal belacan dan sayur rebus bayam dan bendir.. Fullamak.sedap.. dan kenyanggg..


Di rumah Kak Nyah .. rilex lepas makan..
senyum simpul Razin..





Jiran² di rumah aku.. sedang seronok menikmati
makanan yang disediakan

Kak Yang dan Angah kata nak datang umah weols.. so weols pun balik ler dulu..heheh.. kemas umah mana2 yang patut laa.. Aku plak tak sempat nak prepare apa2 pun utk dia orang so on the way balik tuh singgah laa beli lemang 2 batang. Kat umah ada serunding daging dan udang kering. Dia orang sampai kat umah aku lebih kurang 6.50 petang. Hidangkan le apa yg ada tuh.. Lepas solat Maghrib..hubby aku oder Pizza untuk makan pada malam tuh. Wakil dari lorong umah aku ada laa datang ajak weols nie gi join majlis raya tuh.. tapi sebab Kak Yang dan Kak Nyah segan plak nak pegi..so aku pun tak de laa kuar cuma wakilkan hubby aku je.. apa orang kata tunjuk muka.. laa..kang kata tak nak join plak..kan. Kak Yang beransur pulang dalam pukul 10 malam.


Hubbyku bersama² teman² jiran...ku..
ikss hubby je tak tukar baju melayu..


Pizza Hutt.. hidangan makan utk weols malam tuh..
kenyang jugak beb..
ada baki bekalkan utk Kak Nyah bawa balik..


Pada hari Ahad plak aku dijemput oleh Kak Leha.. jiran depan umah aku nie ke rumah dia.. Dia ada wat makan² sikit. So aku pun ke sana..Dia masak nasi putih jer.. ada ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak, kari daging, kerabu bilis.. Selain dari itu ada Kuey Teow Sup..hmm sedap jugak lain dari yang lain.. hehehe.. Ish asik makan je laa.. kan..


Friday, October 16, 2009

♥♥ Jamuan Raya 2009 ♥♥

Hmm..dah lama jugak aku tak update citer tentang diri aku nie. Sebenarnya ada banyak citer... tapi.. tak tau cam na nak citer...hehehe.. Malas pun iye jugak.. Lagi pun aku sibuk dari minggu lepas lagik.

Aku telah dilantik menjadi AJK untuk menguruskan makanan bagi Jamuan Hari Raya untuk Jabatan aku. Iyelah last minit punya program.. Nak carik catering sana sini bukannya senang kalau tak de contact kan.

Kebetulan sebelum aku dilantik menjadi AJK nie, unit aku bercadang nak buat sendiri majlis hari raya kerana tiap² tahun memang kewajipan laa weols wat sambutan sendiri. Yang Jabatan pun buat jugak. So aku adalah laaa wat survey untuk cari caterer yg boleh supply makanan untuk majlis unit aku tuh. Bila aku dilantik jadi AJK makanan.. aku tak boleh laa lagik nak organise untuk majlis unit aku. Kiranya tahun ini tak de laa majlis hari raya kat unit aku.. abis.. orang kuatnya..(aku le sapa lagik) dah kena wat keje lebih besar ..so yg unit aku kena laa kansel.

Caterer yang aku dapat adalah Zarinah's Catering Sdn Bhd.. Not bad jugak laa..makanan yang dia org offer. Ada nasi beriani, ayam masak merah, dalca,nasi impit, masak lodeh, kuah kacang, laksa johor, air oren, buah²an, teh tarik. Harga sekepala RM11.90. So aku order untuk 200 orang makan.

Majlis Hari Raya tuh berlangsung hari ini. Majlisnya simple aje laa.. ada ucapan sikit dari TNC weols.. pas tuh baca doa.. Dah abis doaaa.. apa lagi.. makan laaa..



Persiapan yang dibuat sebelum majlis bermula


Antara kakitangan yang hadir


Antara makanan yang dihidangkan


TNC sedang memberi sedikit ucapan


Aku dan AJK .. Siti (baju biru) & Maziah (baju oren)




Molly, Aku, Cik Asura & Meli


Posing jap... sambil menikmati hidangan






KaK Salim, Kak Asmah.. & Aku...









Tuesday, October 13, 2009

♥♥ 10 Laluan Menujuk Ke Akhirat ♥♥

Untuk dikongsi dan renungan kita bersama...


10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?


LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Thursday, October 08, 2009

♥♥ Beraya ke Gombak plak..♥♥

Hmm..kita sambung lagi citer ekk...

Lepas beraya ke Keramat rumah Kak Yang, weols semua ke Gombak le pulak. Ke rumah Abg Uda..Weols sampai dalam pukul 7 lebih dekat² nak Maghrib gak laa..

Di rumah Abg Uda, isterinya Kak Saadiah hidangkan jugak menu yang sama. Nasi impit, masak lodeh, kuah kacang dan rendang daging. Hmm..nyummy sedapnya.. Kenyang perut aku..

Weols makan² sambil² tonton tayangan video yang diambil masa raya hari tuh. Iyelah Abg Uda tak balik masa raya tuh.. jadi dapat laa jugak dia..tgk video apa yang jadi masa hari raya..





Tengok laa makanan yang dihidangkan..hmmm..sedapnyaa..


Hubby ku bersama dengan Nabila..anak Yongnoina


Tengah ralit dok tengok tayangan video..




Wahh gelak sakan Kak Sadiah...

Wednesday, October 07, 2009

♥♥ Beraya ke Keramat ♥♥

Pada hari Sabtu, 26 September 2009, 7 Syawal aku sekeluarga pergi ke rumah Kak Yang. Itu pun setelah mendapat panggilan dari Angah ajak datang rumah dia orang.. katanya ada wat makan² sikit. Jadi lepas zohor weols pun pergi laa.. sebelum tuh singgah le kejap kat umah Kak Nyah ambik dia sekali. Nasib baik MRR2 tak berapa nak jem.. mungkin masa tuh orang belum ramai lagik balik ke KL.


Aku tengah khusyuk menhayati..makanan .. lagik pun masa tuh tgh lapor..


Adehss hubby aku kalau bergambar mesti..contro machonya..




Makanan yang sungguh enak...ada plak makaroni goreng ..Kak Nyah bawak..
Daun ketupat.. tu CD yang anyamm..cayalaaa CD..


Uiks CD apo terngago jer..mulut tuh.. hehehehe

Lepas..makan² kat ruma Kak Yang, weols ke Gombak plak.. nanti laa aku citer..next N3 yer...



RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss