Thursday, November 26, 2009

♥♥ Salam Aidil Adha ♥♥


Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan.... kepada semua. Moga bergembira di hari raya ini. Pada yang akan pulang beraya di kampung tuh.. selamat memandu dan berhati² di jalan raya.. yer...

Aku sekeluarga tak balik kampung.. beraya di sini aje.... Selalunya memang kalau raya Aidil Adha memang weols jarang sgt balik kampung sebab raya pose dah balik kan. So aku sekeluarga akan beraya bersama ibuku dan makcik ku.. di sini plak..



Wednesday, November 25, 2009

♥♥ Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia ♥♥

Ku terima email ni dan ku kongsikan bersama² dengan teman semua......


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih.....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru, Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'...
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna..
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


Tuesday, November 24, 2009

♥♥ Tukar Baru ♥♥

Hari Sabtu lepas, Abg Uda datang ngan kawan dia ke rumah aku... kami ada tugas khas utk mereka berdua.. ini.. Nak tau tak tugas apa..hehehehhe sila scroll ke bawah..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
udah laa tu scroll letey kan.. kang uols boring plak..hehehe saje jerk..


Nie kipas yang lama dalam bilik tido..aku.. yang dah rosak lama..

Tadaaaa!!! dah tukar ke yang baru.. sejuk sikit bilik aku skrg..ini..

Sebenar.. bukan 1 je.. Abg Uda dan kawannya..kena pasang.. tapi kena pasangkan 2 buah lagi kipas.. satu kat bilik tengah dan satu kat bilik mak aku.. iye laa kalau dia datang..tak de kipas dlm bilik itu.. selalunya pakai kipas berdiri jerk..

Friday, November 20, 2009

♥♥ Sekali Harung ♥♥

Aduyaaii.. dah seminggu aku tak update blog. Sebenarnya tak de sgt aktiviti yang diceritakan... Nie.. aku citer sekali harung laa aktiviti yang lepas2 yer..

Pada 12 November 2009, hubby aku ada dinner staf kat Nelayan Titiwangsa. Oleh sebab utk staf sahaja aku tak de laa dapat ikut..hehehe.. sabo je laa..

Hubbyku bersama² teman sepejabat .. yang baju kuning tuh Kak Yong..


Ini adalah 'Door Gift' utk staf..

Sabtu, 14 November 2009, sebelah petang lepas solat Asar aku jak hubby ke Carefour di Bandar Tun Hussien Onn. C4 nie baru je buka.. dan ini adalah kali kedua aku ke sini utk membeli barang² dapor. Anak aku bila masuk je dah nampak KFC.. terus ngajak ke sana.. so weols layankan aje laa.. dah petang² gitu pewut pun lapar..




Control je hubby aku nie kalau depan kamera...

Dan selesai makan.. baru laa gi beli barang² dapor... Anak aku plak.. sibuk nak kan DVD game baru utk PS2 dia.. jadi weols pun ke kedai regular yg weols selalu gi beli. Sebab kat sini boleh laa dapat 3 CD. RM10 hengget..




Anak ngan ayahnya sibuk dok carik CD


Ahad, 15 November 2009, Makcik aku ngajak gi rumah Pak Lang aku sekali lagik.. katanya nak ngambil dokumen kejap. Pak Lang aku tak de kat rumah masa tuh.sebab balik kg wife dia kat Bentong... tapi dah ditinggalkan dokumen tuh pada bibiknya.. Aku plak..dah 2/3 hari batuk ajek..

On the way sebelum balik umah tuh.. singgah le makan kat Restoren Hj Samuri.. makan satay.. Makcik aku teringin plak nak makan... Oleh sebab pagi tuh sebelum keluar dah sarapan kenyang..jadi masa makan satay pun aku cuma makan 6 cucuk jerk.. Hubby dan anak aku tak ikut masa tuh.. jadi aku siap tapau kan utk dia orang.. 10 cucuk.










Isnin, 16 November 2009, aku tak berapa sihat hari..ini. Anak aku pun sekolah agama tak sekolah.. jadi tuk sekolah kebangsaan pun dia ikut sama tak gi sekolah.. So weols berdua dok umah aje laa.. Malam tuh aku ke klinik.. jumpa doktor..ngan ambik MC sekali. Sekarang ini pun batuk tuh masih ada lagik..tapi tak de laa teruk sgt.. pun..


Hari ini..20 November 2009, hari terakhir persekolahan.. hai kejap aje.. dah nak akhir tahun.. Anak aku pagi tadi pepagi dah buat hal malas nak gi sekolah.. Aku dan hubby pujuk² gak laa suruh gi.. sekolah.. Jadi pagi tadi sebelum dia masuk kelas agama dia..tuh.. teman kan laa dia sarapan pagi....Makan meehoon sup utara ngan air sirap bandung.. Bila tak dapat habiskan aku ler tolong tukang abiskan...




Wednesday, November 11, 2009

♥♥ Aktiviti ku ♥♥

Adess dah seminggu blog nie tak berhapdet... dah berabuk dah nie.. heheh.. Jap nak lap² dan sapu sawang² yang ada nie..

Hokey.. aku citer.. skrg..

Minggu lepas aku ada citer yang hubby aku pergi Kuantan kursus.. so lepas balik kursus hari Selasa..selalunya dia akan cuti keesokkan hari nya. Jadi aku pun ambik laa cuti sehari pada hari Rabu tuh, 4 Nov 2009.. (kena letak date sok2 senang ler tau tak yah dok pk bila baca balik hehehe) sebabnya.. nak anto mak aku ke Pesuruhjaya Sumpah sebab nak sain dan isi borang DBKL..serta pulangkan borang.


Hubby aku kat Gambang Resort City

Sabtu dan Ahad plak..tak de aktiviti yang menarik.. lagi pun cuaca asik hujan ingatkan nak gak laa kuar gi jalan² ker.. tapi terbantut..plak.. duduk je laa kat rumah..

Hari Isnin keje..seperti biasa.. pagi tuh sampai nak clock in, tgk² server kat bahagian aku nie down le pulak.. kena laa turun ke bawah bahagian Pentadbiran utk clock in.. Iye laa.. kang tak clock in ingat kita MC plak.. seharian Isnin.. tuh tak de internet.. jadi masing² kat ofis nie mati kutu ler..hehehe..

Hari Selasa 10 Nov 2009... aku cuti lagik....aku amik EL.. atas urusan nak ke pejabat peguam menguruskan pertukaran nama utk rumah mak aku dari nama bank ke nama owner.. Punya laa lama.. Aku ada pergi pejabat peguam nie.. rasanya tahun lepas.. bulan sebelas jugak dah dekat setahun.. selepas aku selesai membayar duit rumah, aku ke sana masa tuh utk bayar pertukaran strata dari developer kepada owner.. RM1115. Bayangkan dah setahun.. senyap begitu jerk.. hingga laa pada hari Isnin.. tuh aku suruh laa hubby aku call pejabat peguam nie.. minta uruskan segera..sebab ngan bank dah setel.. baru laa dia org terhegeh² nak buat.. ish agaknya kalau pembeli tak suruh agaknya dia org pun wat senyap jerk.. bila hubby call pejabat peguam hari Selasa pagi tuh bagi tau yang weols nak kesana.. dan² kata dokumen dah siap.. dan boleh datang utk sain.. haahh boleh pulak siap cepat.. sabo je laa.. So skrg ni tunggu je laa.. dokumen dan gran rumah.. Semalam untuk urusan pertukaran nama jerkk..kena bayar RM645.. adess terbang lagik duit aku.. hehehe.. tapi tak pe laa..

Sebelah petang..plak hantar scooter hubby aku utk servis tayar.. angin bila pam tak masuk plak.. Kat kedai nie byk betul motor beso ngan motobike kecik² comei2 jerk..

Cantik tgk moto beso nie..


Hubby ngan scooter yang ada dikedai itu..


Haa tgk kena bukak tayar.. lagik.. susahh..nampak je kecik


Siap jerk..lipat masuk dalam booth keta..

Hari ini..aku kembali ke ofis bertugas seperti biasa.. tapi pagi tadi nak clock in.. masih lagi server down.. dah tiga hari ofis aku tak bertenet.. masing² kat ofis nie.. sedey jer.. dan cam boring jerk.. iye laa.. internet kan sebagai teman bila boring. Bila tak de internet nie cam terputus jek ngan dunia luar..

Rupa²nya ada wayar fibre yang putus.. so kena laa org² di PTM panggil kontraktor utk tukar wayar baru.. jadi dalam pukul 1 tengahari..tadi.. baru laa dapat online semula.. tgk muka staf kat sini masing² dah berseri² jerk.. termasuk laaa aku jugak sebab dapat hapdet blog hari nie..yeeehhhhaaaaa...


Monday, November 02, 2009

♥♥ Cerita Semalam... ♥♥

Semalam hari Ahad, hubby aku ke Kuantan, outstation ada kursus. Dia menginap di Gambang Resort dan akan berada di sana dari hari Ahad hingga hari Selasa. Jadi hari nie aku drive sendiri laa ke ofis.

Sebelum hubby aku bertolak, aku dah siap pack kan baju dia dalam bag yang dia dapat dari ofis, baru bag tuh belum penah pakai lagik. So dia bertolak dari umah dalam pukul 8.30 pagi sebab dia akan naik kereta ngan ofismate dia yang tunggu dia kat ofis. Tiba² dalam pukul 9.30 aku terdengar laa alarm motor dia.. ehh biar betul tak kan laa patah balik. Rupa²nya hubby bagi tau bag yang diikat di belakang motor dah jatuh atas jalan dan terseret laa.. abis koyak bag tuh.. ngan sehelai seluar slack.. seluar raya baru beli plak tuh..sayang betul, Tshirt sehelai rosak sikit belah bawah..tuh, seluar bermuda dia.. koyak teruk jugak laa.. ish.. nasib baik hubby tak jatuh.. bag aje yang koyak.. Rasanya ini kali kedua bag dia jatuh..bila dia ikat kat belakang motor. Terpaksa laa tukar bag..pakai bag sandang belakang..tapi bag tu kecik sikit laa..muat2 jert..baju.. Tak leh laa letak lebih sikit baju. Nasib baik laa tumpang kawan kalau tak sure kena tinggal dah tuh..


Bag.. yang dah siap di pack..


Hubby yang dah siap sedia nak bertolakk..


Alahaii.. bag yang dah koyak terukk...


Abis.. koyak seluar.. baru.. dia.. beli masa raya hari tuh.. adess.. sabo je laaa


Aku plak lepas zohor .. aku ke rumah Pak Lang aku.. (abg mak aku).. kat Country Heights di Kajang. Aku tak drive tumpang makcik aku laa.. Jumpa pakcik aku (adik mak yang bongsu) dan Pak Andak aku (abg mak aku yang no 3) kat situ jugak.. Mak aku dan adik beradik yang lain ada laa berbincang hal keluarga sikit. Aku dan anak aku.. berbual² ngan sepupu aku zila dan mak lang aku. Dalam pukul.. 6 gitu ingatkan dah nak balik.. tapi sepupu aku Lina.. yang on the way baru balik dari Penang akan singgah..kat situ.. jadi weols pun tunggu le kejap.. Dapat laa jumpa baby baru dia.. Adam.. comel sangat..

Gambar Adam yang sempat dicapture.. guna hp aje..
sebab hubby bawa kamera gi Kuantan


Gambar kolam dalam rumah Pak Lang aku..


Laman umah Pak Lang aku.. rumah sebelah tuh ada kolam renang....

Semua gambar² ini di ambil guna kamera hp jerk.. tuh yang blur sikit..tuh..

♥♥ Sedapnya Makan ♥♥

Hari Sabtu lepas..pagi tuh hujan lebat.. ingatkan nak hantar laa anak aku pergi sekolah dia sebab pagi tuh kat sekolah dia ada wat lumba jalan kaki. Tapi sebab hujan tak jadi laa keluar.

Tengahari tuh lepas solat zohor, ikut laa hubby gi kedai kereta. Nak servis kereta, tukar minyak hitam dan lain-lain. Sementara tunggu kereta diservis, gi laa makan rojak ngan cendol kat sebelah kedai kereta.. tuh.

Posing ler sambil minum cendol.. hehehe


Minum cendol sambil nunggu rojaknya sampai..


Hmm..sedapnya rojak ngan sotong kering..


Manis tul cendolnya..sedappp..


Balik dari kedai kereta, aku pergi ikut makcik aku ke rumah jiran dia depan rumah. Ada wat makan² sikit. Aku makan lontong ngan nasi impit jer.. iyelah kang tak makan kata laak tak sudi.. Jiran makcik aku tuh katanya masa raya hari tuh tak sempat nak wat open house tuh yang dia buat jugak hari sabtu..tuh. Kenyang aku sampai malam. Hubby tak ikut sebab dia ada hal kat Damansara... Dekat kul 9.30 baru dia sampai rumah.


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss