Thursday, December 31, 2009

♥♥ Selamat Tahun Baru 2010 ♥♥




Diam tak diam hari ini 31 Disember adalah hari terakhir dalam tahun 2009. Terasa cepat sangat masa berlalu. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Moga tahun yang akan datang ini akan memberi kebahagiaan , kesejahteraan kepada kita dan juga apa jua hajat yang tidak tercapai akan diperolehi pada tahun 2010 nanti.. Insyallah..

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan aku Prof. Dr. Hashim Abdul Razak kerana hari ini adalah hari terakhir beliau di Jabatan ini. Beliau akan meneruskan khidmat beliau sebagai pensyarah sepenuh masa di Jabatan Kejuruteraan Awam. Terima Kasih Prof.. Jasa anda di Jabatan ini amatlah dihargai..

Wednesday, December 30, 2009

♥♥ Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58 ♥♥


Email yang diterima..ku kongsikan pada semua..

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58
surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin
Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan
mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya
didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman
kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.


Tuesday, December 29, 2009

♥♥ Digi Broadband ♥♥

Hari tuh aku ada bagi tau yang aku dan hubby ada 2 broadband line celcom kan. Jadi entah macam mana pada masa PC fair hari tuh, weols nie saje laa nak try guna Digi Broadband plak. Masa tuh tengah offer RM48 hengget sebulan kalau kita guna modem sendiri. Lagi pun Digi tak de kontrak² so kalau tak suka boleh laa terminate line kan. Bila promoter tu check kawasan rumah, kira line kat situ dah 3g.. jadi weols pun sign ler.. Bayar RM58 kira bayar advance dulu laa.. 10 hengget pendaftaran dan 48 hengget bulanan.

Compare laa guna Digi dgn Celcom, memang berbaloi laa guna Digi sebab full bar.. laju jerk.. download dan upload. Tengok youtube pun tak de sangkut². Kalau aku tak on9, hubby siap nak guna Digi lagik dari Celcom.

Jadi skrg nie Celcom line yang aku punya tuh dah terminate.. So aku guna Digi skrg ini.. Harap² tak de masalah laa broadband ini... Iye laa mungkin laju sebab tak ramai lagik yang guna..tak macam celcom dah ramai penggunanya..kan.


Tengok tuh full bar.. lagik..


Modem aku sendiri.. ngan sim kad Digi..




PO yang belum di cop..adess..penatnya..

Aduhai.. dah 2 hari aku dok mengecop PO sebabnya boss aku kena tanggungtugas jadi PO ini boss aku yang sain.. jadi bila dia yang sain kena la cop kan.. naik lenguh tangan aku.. Nasib baik boss yang satu lagi tuh cutinya tak lama kalau tak..adess..

Selalunya kalau utk Bahagian aku aje tak laa byk sangat..nie kena kaver bahagian lain plak..tuh yang longoh tangan den nie haa.. Sabo je laa..


Sunday, December 27, 2009

~~Aktiviti Cuti~~

25 Disember 2009 (Jummat)

Hari nie org dah mula cuti sempena Krismas.
Lepas solat Asar, weols ke Care4, BTHO Cheras.
Tujuan utamanya..nak cari barangan dapur yg hampir kehabisan,
kasut sekolah dan alat tulis... tapi kasut tak dapat nak beli..
sebab stok size utk anak aku plak yang
tak ade..jadi kena laa carik tempat lain.

Dah complete beli barang2 dapur dan alat tulis,
singgah ke KFC utk tapau aje sebab masa tuh..
dah kul 7.45 iye karang takut terlepas Maghrib plak.
Malamnya plak tgk citer Alvin & The Chipmunks..
best gak..layan citer..nie.. :)


26 Disember 2009 (Sabtu)

Aku kena kuar lagik hari nie.. Ke kedai dekat Bt9..
Ada kedai kasut disitu. Aku pergi ngan hubby jer..
berdua naik motor sebab semalam dah tau size
kasut jadi senang laa nak cari size.. Dapat
laa beli 2 pasang kasut.

Dah dpt kasut tuh..balik ke rumah...suruh anak
aku cuba takut2 tak kena size le pulak. Alhamdullillah sesuai
le. Pas tuh aku kuar balik ngan hubby. Kali ni nak cari bag.
Iye laa 2 bag yang hubby aku ada hari tuh kan dah rosak..
Weols ke Mydin Cahaya Suria..kat sini beli seluar
sukan utk anak aku dpat laa 2 pasang dan
beberapa barang keperluan diri.

Lepas itu, weols ke PS Butik... hmm jalan2
dpat laa beli bag utk hubby aku nak guna utk
ke outstation nanti. Dah penat berjalan
weols balik ler..dlm pukul 3.30 dah sampai rumah.

Malamnya pulak layan laa
Sehati Berdansa.. Tahniah laa pada
Sein dan Nana..


27 Disember 2009 (Ahad)

Hari ni pepagi lagi aku dah bangun..sebab
hubby aku ke Genting ada workshop ke sana.
Dia cuma pergi 2 hari 1 mlm.
Esok tengahari dia balik laa..

Hari nie..tak de ke mana2 hanya di rumah saja...
jadi sempat laa jugak hapdet blog malam nie..
tapi tak de gambar laa yer.. rasa malas laa
pulak nak capture gambar.. :)


Thursday, December 24, 2009

♥♥ Perkahwinan Azah & Fasudin ♥♥

Tarikh : 19 Disember 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Palong 5, Gemas, N9


Abah aku telefon aku pada masa aku di Penang. Dia bagi tau.. yang Azah@Dik Nor akan melangsungkan perkahwinan. Pada masa tu aku cuma bagi tau insyallah aje laa..kan sebab tak pasti lagik dapat pegi atau tak..

Jadi pada hari jumaat masa aku on the way ke Keramat, Abah talipon lagik.. aku cuma kata kat Abah insyallah sebab hubby aku pun tak berapa nak sihat kalau nak travel jauh.. ke N9. Jadi aku pun ingat mmg tak dpt pegi laa rasanyaa.

Pagi Sabtu tuh.. aku tanya hubby balik.. camna nak pegi ke tak..?? Iye laa aku sebenarnya tak penah lagik sampai umah Abah kat Palong tuh... maklum laa aku dan Abah tak berapa nak rapat sebelum nie.. tapi sejak Abah jatuh sakit.. dan masuk hospital.. baru laa aku mula nak rapat ngan Abah sekeluarga. Bila hubby kata badan dia ok dan fit.. aku pun siap² ler. Weols bertolak dalam pukul 10 lebih sebelum tuh singgah sarapan sekejap..

On the way, hujan turun.. dan jalan jem dari Nilai ke Seremban.. Rupa-rupanya ada kereta eksiden.. eeii sabo je.. kalau tak jem sure leh sampai awal. Sebelum bertolak tuh sempat laa weols goolge map tgk jalan² yang perlu dilalui untuk sampai.

Alhamdullillah dalam pukul 2.20, weols sampai ke rumah Abah.. tapi biasa laa kalau kat kampung majlis cepat abis.. masa tuh banyak tetamu dah balik.. Nasib baik laa pengantin belum tukar baju lagik.. sempat laa bergambar bersama di pelamin. Masa kat umah Abah tuh, Pak Andak (adik Abah) dan keluarga yang tak penah aku kenal..datang jugak.. jadi ada laa sesi perkenalan.

Pukul 5 petang weols pun ingat nak balik dah.. tapi Pak Andak ajak saing dan singgah ke rumah dia.. Kat situ sempat laa lagi makan² dan solat maghrib sekali. Dia sempat plak gi beli bakso dan keuyteow kerang.. sedap plak tuh.. Dalam pukul 8.50 weols bertolak balik ke KL.. dan sampai rumah dlm pukul 10.00 malam..




Jalan yang jem giler..babass..punyaa.. sikit ler..
punya panjanggg.. slow jer..gerakk..



Dari kiri hubby, makcik, abah, aku, din, anakku, azah..



Pengantik lelaki..nya.. Fasudin..



Pengantin perempuannyaa.. Azah..



Abah baru je menimang sorang lagi cucu.. Nurzareen Aqeela..



Selamat Pengantin Baru..
Azah & Fasudin
Moga kekal bahagia hingga akhir hayat



Weols sempat laa bergambar bersama pengantin..
sebelum pengantin tukar baju utk cuci periokk...



Aku dan Azah..ada iras tak?



Sempat lagik tu bergambar kat banner.. hehehe..



Ahakss..kat signboard nie pun nak bergambar jugak..



Bergambar dekat depan masjid lepas solat.. anak aku tolong capture kan..





Abah dan anakku..



Hantaran dari kedua belah pihak..
Hantaran utk pihak lelaki akan dibawa pada majlis
sebelah lelaki esok harinya..



Tuesday, December 22, 2009

♥♥ Cucu Baru ♥♥

Tarikh : 18 Disember 2009
Hari : Jumaat

Hari Rabu, 16 Disember 2009 yang lepas hubby aku bagi tau yang Angah dah selamat bersalin. Jadi woels pun pergi laa ke rumah Kak Yang di Keramat pada hari Jumaat tuh nak tengok cucu baru. Angah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama UMAR RAZIQ. Hmm tembam pipinya.. Beratnya 3kg kiranya berat sikit dari abangnya Ahmad Razin masa Razin dilahirkan dulu.

Sebelum ke Keramat sempat laa singgah kat TESCO Ampang cari hadiah..









♥♥ UniKL-BMI Family Day - Prt 3♥♥

Hari : Sabtu
Tarikh : 12 Disember 2009

Hmm..lepas telematch pagi tuh.. anak² pergi mandi kolam pulak.. lepas itu weols makan tengahari... Lepas makan tengahari.. balik ke bilik.. sebab sebelah petangnya tak de apa² aktiviti.. Weols apa lagik..layan tido ler...hehehe..

Pada pukul 8 malam pulak.. kira 'grand BBQ dinner' laa pulak.. Byk makanan yang disediakan. Ada jugak laa lucky draw.. Setiap staf dapat voucher RM70 sebagai 'door-gift'. Kira ok laa nanti boleh beli barang kan Jaya Jusco. Masa makan malam tuh tak byk gambar yang diambil sebab anak aku buat perangai plak.. Eeeii sabor je laaa..



Bergambar sebelum makannn....



Posing jgn tak posinggg...hehehe




Hari : Ahad
Tarikh : 13 Disember 2009


Pagi tuh weols turun sarapan lebih kurang pukul 8.30 pagi dan lepas itu balik semula ke bilik utk berkemas pakaian dan weols check-out dalam pukul 11 pagi. Iye laa sebab perjalan jauhkan. Balik tuh weols naik feri untuk ke Butterworth sebab masa datang weols dah melalui jambatan.

Weols singgah solat kat R & R Sg Perak dan sempat laa membeli buah Jambu Merah dan Jambu Batu.. Mula² ingat nak makan aje kat situ tapi teringatkan mee kari kat Hentian Ulu Bernam tak jadi makan kat situ.. Jadi weols berhenti lagik kat Ulu Bernam dapat laa makan Mee Kari.. :)... Sampai di rumah pada pukul 8 malam... dan hari Isnin tuh pulak aku cutiii....dapat laa berehat sehari...




Sempat lagi bergambar depan pintu bilik...



Bergambar di atas feri...



Hmm..seronok sungguh hari keluarga di Penang.. kiranya ini adalah kali ke 2 aku sampai di Penang.. Insyallah kalau ada rezeki dan kesempatan akan ke sana lagik...



Monday, December 21, 2009

♥♥ UniKL-BMI Family Day - Prt 2♥♥


Hari : Jummat
Tarikh : 11 Disember 2009
Masa : 8 malam


Lepas mandi².. weols turun plak gi dinner kat Coffee House. Actually Urusetia ada bagi tema Bollywood.. jadi ada gak laa yang ikut tema. Ada yang pakai macam Kajol dan Shah Rukh Khan. Tak sempat lak ambik gambar dia orang.. Malam tuh makanan pun ala² makanan India laa.. Kari Ikan, Ayam dan byk lagik laa.. Pada yang pakai pakaian ikut tema nie kira sapa yang cantik dpt ler hadiah.. Weols tak de laa ikut tema pun.. pakai je apa yang ada.. so layan je laa gambar² kat bawah ini yer..


Sebelum makan tuh wajib laa posing dulu..



Nie makanan yg aku ambik..



Lepas makan posing kat lobby dia pulak..



Aku dan Kak Yong



Hubby ngan ofismatenya..


Lepas makan malam.. weols pergi laa ke 'nite market' saje cuci² mata.. sempat lah aku sambar sepasang cermin mata hitam..ahakss.. iye laa esoknya nak ke pantai plak kan.. panas tuh..hehehe..



Hari : Sabtu
Tarikh : 12 Disember 2009

Pada pagi hari ini selepas sarapan pagi, ada acara sukaneka dan beberapa kumpulan telah dibahagikan. Ada kumpulan CharKuey Teow, Nasi Kandaq, Pasemboq dan ala lupa plak satu lagi nama kumpulan. Hubby aku dalam kumpulan Pasemboq.. so dia dpt topi warna merah..

Aku tak de laa masuk apa² bahagian sebab staf perempuan nya pun dah ramai..so aku bagi support je laa..kat dia orang..



Bersarapan pagi..



Acara sukaneka yang anak aku dan mizan masuk..



Acara.. perah span berair ke dalam botol dan bawak telor
dalam sudu ngan mulut



Hubby aku dalam acara lari dlm guni bawa belon...
Amboi.. semangatnye banggg.. baik² bawak belon tuh..hehehe


Yeahhh menang dapat tempat pertama...



Hubby aku masuk acara tolak tali..dapat laa tempat kedua.. jadi ler..

Ada lagi.. next N3 yer.. tunggu...

 

Wednesday, December 16, 2009

♥♥ UniKL-BMI Family Day - Prt 1♥♥

Hari : Jumaat
Tarikh: 11 Disember 2009
Lokasi : Holiday Inn, Batu Feringgi, Pulau Pinang


Pada hari ini aku cuti laa beb.. iyelah KL mana ada cutikan hari ini.. Hubby aku cuti laa sebab dia keje kat Gombak.. Sebenarnya aku cuti sebab ikut hubby aku ke Penang. UniKL BMI wat Family Day dia orang kat sana. Weols menginap di Holiday Inn, Batu Feringgi.

Weols bertolak dari rumah dalam pukul 9.00 pagi dengan kereta. Ada gak ofismate hubby yang naik bas. Ada 3 bijik bas semuanya dan lebih kurang 500 orang yang menyertai Family Day kali ini. Pada yang tak naik bas dapat laa RM100 utk duit minyak. Aku ada jugak tanya hubby napa tak nak naik bas.. katanya dah penuh..abis cam no.. naik laa keta kan... Jauh tu.. sebab weols sampai di Penang lebih kurang pukul 4 petang. Sampai je..ada laa welcome drink.. air oren jo .....jadi laa..basahkan tekak..hehehe...pas tuh gi kat Urusetia gi ambik kunci bilik.. Nasib laa.. Cik Roy bagi weols pilih.. bilik.. dapat laa satu floor ngan Kak Yong & family.. tingkat 6.. dan no bilik 634..

Lepas solat.. weols turun ke pantai sebab ada acara bina istana pasir... Weols tak de laa join masuk contest tuh.. cuma Kak Yong & family jerk yang join.. saja suka2 katanya... Anak aku bila dan jumpa Mizan.. apa lagik makin seronok laa...main pasir tepi pantai.. Ombak kuat sungguh.. iye laa petang tuh air tengah pasang tak de laa bagi dia orang mandi laut cuma main² tepi pantai jerk.. Lepas acara wat istana.. budak² nie gi mandi lak kat kolam.. teman kan dia orang sampai kul 7 malam. Lepas tuh.. weols balik bilik.. mandi² untuk makan malam ler pulak...




Gambar yang cam wajib jerk..kalau gi mana2
mesti ada gambar dlm keta..gini..ahakss..





Sempat ambik gambar..dlam perjalanan..



GPS yang dipinjam dari Kak Yong... berguna gak..
bila nak carik jalan ke Holiday Inn



Bilik kami.. selesa..jugak..laaa 2 katil queen



Anak aku dapat jek remote terus..carik canel Disney..



Sempat gak nak enterpremm..jap....



Adess.. dalam bilik air pun sempat lagik bergambar..
sebab cerminnya bosaaa..laa..



Kat pantai ada banyak kuda.. cuma dapat bergambar jek laa..
kalau nak naik..kena bayor RM30 beb.....



Alaa tomey..dak Aina.. aku kalau jumpa diaa..asik laa nak ciom2
pp dak gebu nie..


Hmm.... seronok tul anak aku ngan mizan dan anis.. main2 tepi pantai...




Nie acara bina istana pasir... Kak Yong dan Hisham



Lepass.. aktiviti pantai terus ke kolam renang plak...


Okey next N3 aku citer lagik yer...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss