Tuesday, January 05, 2010

Persekolahan Anak Ku

Tarikh : 4 Januari 2010
Hari : Isnin

Hari ini aku dan hubby cuti sebab menguruskan hal persekolahan anak aku. Tahun ini anak aku, Haiqal memasuki darjah 3. Sebelah paginya.. aku dan hubby ke sekolah agama rakyat kat bt9 sebab tiba² jek dia nak bersekolah plak kat situ dan sebabnya dia kata ramai kawan²nya yang bersekolah jugak kat situ. Jadi weols ikutkan aje laa.. kehendaknya. Oleh sebab tak daftar lagik.. kena laa gi daftar dulu.. nasib baik laa ada tempat lagik kalau tak kena laa ke sekolah agamanya yang lama..

Urusan pendaftaran dan beli bulu segala..lepas tuh baru ke kelas. Haiqal masuk ke kelas 3 Ma'wa kat tingkat 3.. jenuh ler nak memanjat tangga sekolah tuh..heheh.. Dalam kelas jugak bayarkan yuran sebanyak RM123 setahun. Kira murah laa kan dari weols bayar masa kat sekolah lama Haiqal dulu RM45 sebulan. Sekolah agama lama dia pun bagus jugak tapi dah Haiqal nak tukar sekolah karang takut dia tak gi sekolah lagik laaa haru..

Dia abis sekolah agama pukul 10.50 pagi.. sebelum balik tuh.. carikkan van utk ambik dia dari sekolah esok..dah setel urusan van.. baru laa balik umah sebab nak siap² plak nanti nak ke sekolah kebangsaan...


Di depan pintu masuk kelas.. sempat lagik posing..


Dah duduk dalam kelas..


Lencana sekolah agama


Urusan bayaran yuran


Hubby dan anakku


Pukul 12.30 plak hantar dia ke sekolah kebangsaan. Setelkan pembelian buku sebab ada yang tak cukup hari tuh.. Yuran lain belum lagik di kutip mungkin akan bayar pada hari yang lain..


Lencana sekolah BTHO


Telah bersedia hendak ke sekolah


Ramai ibubapa yang datang hantar anak masing-masing


Haiqal dan kawannya..Hazwan..


Beratur sebelum masuk kelas..


Sedang berjalan menuju ke kelas kat tingkat 3..


Ambik Haiqal lepas..abis sekolah...


8 comments:

  1. selamat kembali ke sekolah..
    belajar rajin2 tau.. :)

    ReplyDelete
  2. Haiqal sebaya Adam ek...selamat belajar :-)

    ReplyDelete
  3. jgn naughty2 taw...belajar rajin2...hehe

    ReplyDelete
  4. senang ati dah selesai uruskan sekolah anak2

    ReplyDelete
  5. betul la yang saya nmpak tu akak masa di sekolah agama..anak saya darjah satu jugak..saya nak tegur tp tgh asyik breakfast masa hari pertama..kakak anak kita sekolah sama la..pagi petang..kalau jumpa tegur tau..sayapun akak tegur akak klu jumpa..

    ReplyDelete
  6. wahh kemainn sematnyer adik Haikal ngan songkok dan baju sekolah agamanya. Semoga tahun ini bakan menjanjikan pelajaran serta kejayaan yang lebih cemerlang

    ReplyDelete
  7. haiqal..belajar elok2 dannnn...jgn nakal2 ek..hehe..

    Dahhh sampai masa anak2 kita pulak sekolah ek...hmm..Sekolah zaman skang dh tak sama mcm zaman kita dulu2.

    ReplyDelete
  8. seronok nmpk nyer anak bujang sis g sekolah. x mcm ank zana.. aysik nangis je..kuikuikui.

    ansem la dia pki baju sekolah agama.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss