Monday, February 22, 2010

Balik Kampung


13 Februari 2010, Sabtu

Sempena cuti Tahun Baru Cina, aku sekeluarga balik ke kampung hubby aku di Perak.

Pukul 10.30 aku keluar dari rumah dan ke Keramat untuk mengambil Kak Yang yang balik bersama aku. Dalam pukul 11.30 pagi weols pun gerak dari Keramat ke Gombak utk makan tengahari dulu. Hubby bawak weols makan kat satu gerai di Taman Melati.

Hubby order nasi putih, ikan masin dan sup daging. Aku plak order nasi putih ngan ayam masak merah share sup daging ngan hubby aku dan Kak Yang oder KueyTeow Sup. Kat gerai nie memang ramai orang sebab famous ngan bermacam2 jenis sup. Memang sedap giler.. Nie kira 1st taim ler hubby bawak makan kat sini.. Dia dah biasa sebab selalu lunch kat sini.. Landmark dia berdekatan ngan padang dan flat langkawi Taman Melati.

Lepas makan, weols pun bertolak balik.. sempat laa singgah kat Hentian untuk berehat kejap sebab hubby ngantuk plak.. so bagi dia tido kejap..ada laa setengah jam.. baru bertolak gerak semula. Seperti biasa jalan highway jem.. so weols masuk ikut Trolak..ikut jalan dalam. Alhamdullillah jalan tak jem.. Weols sampai di kampung dalam pukul 6 petang dan singgah di pasar malam pekan Teluk Intan. Adalah beli barang buah² sikit sebagai buah tangan dan lepas tuh terus ke rumah Kak Imah dulu. Lepas solat Maghrib baru weols gerak ke rumah Apak. Iye la tak nak menyusahkan Apak dan Makcik sebenarnya.. Apak plak terkejut tengok weols balik.. tapi dia happy jerk iye laaa tengok anak menantu dan cucu balik kan. Apak pun tak berapa nak sihat.. sakit pinggang katanya.. Weols bermalam di rumah Apak semalam ajek.

Esok paginya Ahad lepas bersarapan, weols gi balik ke rumah Kak Imah. Kat rumah Kak Imah, siap plak masak nasi lemak.. hehehe makan lagik.. tgk sambal ikan bilis tuh terliur plak. Weols plan nak ke Lumut sebab Kak Nyah ada disana rumah anaknya. Iye laa saja nak melawat dia sambil berjalan2 ke sana.

Gerak ke Lumut dalam pukul 10.30 pagi. Pergi 2 kereta jerk.. satu kereta lagik Along anak Kak Imah yang bawa dan Kak Idah tumpang dlm kereta Kak Imah. Sampai di rumah anak Kak Nyah..dalam pukul 12 tengahari... Kak Nyah plak tengah sibuk masak kat dapur. Tengahari tuh weols dihidangkan dengan lauk kari ayam, sambal belacan, salad, ikan masin.. Hmm.sungguh menyelerakan.. iye laa makan ramai² kan.

Dalam pukul 5 lebih weols pergi ke Lumut plak.. nak gi carik ATM nak keluarkan duit. Dah pusing town.. weols ke Teluk Batik. Jalan punya laa jem.. Jalan masuk dan jalan keluar berderet² kereta.. Weols tak sangka plak.. sejem begini.. Lain kali tau laa..jangan laa pergi ke Teluk Batik masa² cuti perayaan gini..

Ingatkan nak bagi laa anak mandi.. tapi bila tengok keadaan air dan ramai nye orang² tengah mandi.. tak jadi nak bagi anak aku mandi.. so tengok² aje laa sambil jalan² kat pantai dan ke gerai² berdekatan.

Lepas maghrib baru laa beransur balik tuh pun beratur punya laa panjang..nak kuar ke jalan besar. Weols singgah makan dulu.. pas tuh baru laa balik ke rumah dan sampai dalam pukul 12.30 malam.

Esok pagi..nya.. aku ngan Kak Yang ke pasar Langkap beli sayur dan ikan utk masak tengahari plak.. Juadah weols tengahari tuh.. Asam Pedas, Ikan Rebus Goreng, Ikan Masin, Sayur Campur.. hmm..memang berselera.. Lepas solat Asar tuh.. siap² berkemas kain baju.. Weols ke rumah Kak Idah.. singgah umah dia kejap.. borak² dengan Abg Hadi.. dan weols solat Maghrib/Isyak dulu.. iye laa nanti senang tak payah laa.. nak berenti solat kat highway..

Bertolak dari kampung dalam pukul 8 malam.. singgah di Hentian Ulu Bernam beli ayo panas.. dan hantar Kak Yang balik ke Keramat. Weols selamat sampai di rumah dalam pukul 11 malam..


Pemandangan rumah Apak..


Aku ngan anak tersayang.. sempat laa bergambar
di pintu rumah Kak Imah


Hubby aku tengah makan buah teratai..
aku pun 1st taim gak rasa...


Tengok tuh.. nasik lemak..dan lauk²nya dihidangkan...

Nana, Along dan hubbyku

Antara hidangan makan tengahari..


Kak Yang & Kak Imah... dua orang akak ipar ku..


Kak Idah.. tengah rilex jerk kat belakang tuh..


Haiqal (pak cik) & Haziq (anak buah).. lebih kurang jerk umur..


Aku dan kakak² ipar aku.. dan hubby


Bersama anakku dan cucu² ku


Pekan Lumut.. masa nie.. banyak betul kereta parking.. iyelaa
ramai yg ke Pulau Pangkor..


Hmm.. perjalanan yang jem ke Teluk Batik...beratur panjang..


Muka boring sempat lagik posingg.. cuaca sungguh panas petang itu..


Berposinggg...di tepi pantai..


Ramai sungguh orangg...penuh ngan orang² yang berkelah..
dan berehat..




Memerhati.. keadaan sekeliling dan tengok ke laut.. masa ni anak
aku sibuk nak mandi laut tapi tak boleh sebab air pun tak bersih...


Sempat lagik aku capture buah limau kasturi ngan limau nipis yang
Kak Idah bagi sebab aku suka leh buat air masa
cuaca panas² nie..Hmm..sedapppp


p/s : Lambat nak keluarkan N3.. nie.. iye laa ada citer tapi malas hehehe.. so layan je laa yer.. nie baru ada idea.. nak mengarang citer.. hehehe

4 comments:

  1. wow bessnyer ni baru betul2 cuti2 mesia...suka teluk batik pantai dia cantik...hehe

    ReplyDelete
  2. kampung rina bestlah .hijau mata memandang.

    ReplyDelete
  3. oo..hubby org telok anson?? sekapal ler ngan mak dara terdiva, ye?? hehe

    Skang ni kan..gi ler mana2 tempat best kat m;sia time cuti2 peak season ni..mesti jem, sesak, parking susah nak cari..
    Kalo masa cengitu..rasa dok umah jer lagi baik, haha..

    ReplyDelete
  4. dasat nyer cuti cuti mesia .
    Buah teratai.. dah lama tak makan buah tu. dodulu masa ayah sihat dia selalu belikan.. sekarang tak der sapa nak belikan.. hubby pun tak nak belikan jugak

    waaaa!!!!

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss