Friday, April 02, 2010

Salam Takziah Din Beramboi


Petikan dari Berita Harian Online....

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

llahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

p/s :

Salam Takziah buat keluarga Din Beramboi.. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang² yang beriman...

Aku suka sangat dengan celoteh Abg Din.. selamba jerkk.. suka dengar masa dia jadi DJ kat THR dulu² dan skrg bersama dengan Aznil di Riuh Pagi ERA. Memang dia sorang yang kreatif dan sponton dengan lawak beliau.. Hilang laa sebutir lagi bintang dari persada seni.. negara..

Moga keluarga Abg Din Beramboi akan tabah menghadapi dugaan yang menimpa ini.. Al-Fatihah


7 comments:

  1. Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..

    ReplyDelete
  3. akak minat gila ngan arwah daripada dia kat THR lagi.sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. perginya seorang pelawak negara..

    alfatihah

    ReplyDelete
  5. Al fatihah asal tngk muka arwah mesti sedey sgt..sukar di cari ganti
    paling bess punyer lawak

    ReplyDelete
  6. AL-FATIHAH...

    SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT & DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN...

    ReplyDelete
  7. skrg ni pun masih menegok citer2 arwah kt youtube.. mmg x sangka kn sis, bergitu cpt arwah pergi..

    al-fatihah tuk arwah.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss