Friday, April 23, 2010

"Saya Nak Pergi KangKang"

Jom kita layan...

"Saya nak pergi kangkang .. Kamu nak ikut?"
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
"Hah? kamu nak pergi apa????"
Dengan slumber pula dia menjawab,
"Itu... Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~" sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata...
"Astarghfirullah'alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah... kesianlah dekat mak ayah kamu tu... dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?"
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
"Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?"
Aduh, bertambah 'panas' hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
"Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?"
"Kah~kah~kah~" Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.
"Sah lah... memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental..." kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut...

*
*
*
*
*
*
*
*
*

"Hah, inilah Kang Kang nya... Kamu fikir saya nak buat apa???" Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab...

"Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG ... nak pergi KANGKANG ... Haishhh!!!~"


************************************************************************************


p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Sebelah dengan kedai baju yang saya jaga waktu bulan puasa yang lepas. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut... huhu~

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata~ Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun~ hehe~




6 comments:

  1. hoho...mmg ler. Nama2 kedai cina ni (selalunya ler dari nama dorang ler) selalu leh dijadikan bahan usikan masyarakat. hmm..nak wat camno??

    ReplyDelete
  2. nak sebut pun segan ingat citer nasi kangkang huhu

    ReplyDelete
  3. sy pn ada dpt emel psl ni..
    rasa mcm xsbr nk gi muar tgk kedai ni..huhu~

    ReplyDelete
  4. sabo jer la... huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. hiskkk, memang laaa.. lucah pulah nama kedai nih. Hhehehehe...kompius.

    ReplyDelete
  6. kelakar sungguh sis.. x de nama lain ker kedai tu nak taruk.. hehehe

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss