Thursday, May 27, 2010

Semalam Kannnn...

Semalam kan.. macam mimpi ler plak.. adess.. sabo je laa..

Tepat pukul 12.30 tengahari.. aku, Meli dan Molly..weols pergi ke
Laundry Bar di The Curve Damansara.. Aku sebenarnya
tak de plan pun nak gi mana² tengahari tuh.. tiba² jumpa plak
Meli kat Ladies.. dia pun bagi tau nak gi The Curve..
dia tanya nak gi tak..??  Mula² tuh rasa cam tak nak pegi..tau..
tapi iye laa peluang kan nak tgk lelaki idaman malaya
yang terbaru nie..  hehehe..  sapa lagi kalau bukan 
Che Ahmad Hoi! Hoi! Hoi! tuh.. si Shahir..
Jadi aku pun ikut laa dia orang.. 

Laudry Bar, The Curve

Sampai kat The Curve dalam pukul 1 tengahari 
nasib baik jalan nak ke sana tuh tak jem sgt..
Bila weols sampai budak² AF nie sedang
sain autograph laa... Weols nie tengok dari jauh je dulu..

Kat situ sedang di adakan pelancaran Album AF8 Hits..
Aku tak beli pun album nie dah download je dari internet 
dapat gak version studio.. heheheheh
Ramai gak laa press yang datang wat sidang media..
dan juga rakaman Trek Selebriti ngan Farish..



Kredit Shahir AF8

Pompuan yang pakai jaket putih nie laa yang dok 
usung Shahir ke sana sini.. tak dapat laa peminat nak  
bergambar sangat ngan si Shahir..nie..

Weols ada kat situ pun sampai kul 2 jerk.. iye laa nak kena
laa masuk keja kan..heheh.. tapi dapat laa..tengok
Shahir secara dekat.. :))

Terubat gak laa.. tak dapat bergambar ngan 
Shahir..ngan Adira pun boleh laaa..


Aduhaii jelesnyaa..teman.. masa nie.. Shahir sedang 
di tarik oleh orang Astro.. Sempat plak Cik Meli
ngan selamba  stop Shahir.. aku pun apa lagi.. 
cepat² laa snap gambar nie.. walaupun dlm tergesa²
 sikit laa terlolap.. nie guna kamera 
handpon je nie.. tu yang gambar tak berapa 
cantik sangat.. iye laa tak plan pun
nak gi ke situ.. :)) 

Den Pun Boleh!!.. Ngan Iwan pun..jadi gak.. iye laa.. 
sebelum Shahir kan aku sokong Iwan.. 

Che Ahmad.. Shahir.. 


Shahir dan semua bintang² AF.. 

Nak tengok gambar yang lain sekitar majlis pelancaran
leh tgk kat FB....  Aku dah dengar semua lagu-lagu
baru dalam Album AF8 Hits ini..
Semua lagu²nya sedap je di pendengaran aku..
so boleh layaansss..lagu² dari KRU nie.. betuah
budak² ini dapat lagu dari KRU...

Tuesday, May 25, 2010

Hari Ini Adalah...


Today is my birthday..
happy besday to me.. hehehe..

Syukur Alhamdullillah.. Allah masih lagi memanjangkan 
umurku sehingga ke hari ini..

Sekejapnyaa.. laa masa berlalu dan umur pun 
semakin bertambah.. Adess..

Aku berdoa dan berharap Allah akan memanjangkan 
umurku..memberikan kesihatan yang baik.. dan
dimurahkan rezeki..dan jauhkan diriku
dan keluarga dari sebarang
malapetaka dan marabahaya..
 Amin


P/S :  TQ pada teman² yang telah wish aku di sini dan di FB..Moga kalian juga diberkati Allah..juga.. Amin..

Sunday, May 23, 2010

Yeehhaaa.. SHAHIR Juara AF8

Kredit foto dari Fanpage  Shahir

Tahniah Shahir.. kerana berjaya merangkul gelaran sebagai
JUARA AF8..!!!



Persembahan Shahir pun pada malam ini
tidak menghampakan..
Lagu barunya..
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
besttt gilerr..!!!

Walaupun aku tak pergi Stadium Bukit Jalil tapi aku puashati
sebabnyaaa..
aku dapat tengok Shahir dekat2 di canel HD 124..clear..gitu..

Tahniah juga pada Adira kerana menjadi
Naib Juara cantik dia malam nie dan
Daus mendapat tempat ke 3..energatik sgt..
Maulana plak di tempat ke 4..
cam tak caya Maulana leh potong line Iwan..
dan Iwan di tempat yang ke 5..kesian laa plak..dulu
masa mula2 AF8 aku sokong Iwan nie..

Fenomena AF3 telah kembali..dimana kali nie giliran Shahir plak
mendapat undian..dan sokongan cam Mawi dulu2.. 
Aku cuma berharap Shahir nie akan dapat 
maintain kan sikap rendah diri dia...
dan tidak lupa diri..bila telah berjaya.
.di dunia realiti..nanti..

All the besttt utk SHAHIR!!!..
Che Ahmad hoi! hoi! hoi!

Wednesday, May 19, 2010

Cara Menadah Tangan & Berdoa Dengan Betul


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.






Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.



DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1)    ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA 



2)   RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN 

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA  ب   TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN. 

4)  DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR. 




5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW 

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA


7)    AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN. 

WALLAHU’ALAM……..


Monday, May 17, 2010

Aduhaiii SHAHIR..


Kredit Shahir AF8 Fanpage

Tahniah Shahir kerana berjaya melangkahkan kaki ke final AF8.  Seronok tengok Shahir perform pada malam konsert ke 9.  Kiranya.. tak sia² laa peminat² mengundi untuk dia.. kerana persembahannya yang menarik pada malam tuh..  Yang aku tak leh lupa ngan gelek si Shahir nie.. adess sabo je laaa..heheheh.



Pada malam Debaran semalam Ain terpaksa meninggalkan AF.  Aku memang berharap sangat kalau dia dapat masuk final tapi nak wat cam na kan.. dah vote dia malam tadi kurang sikit jer dari Maulana...

Aku mula meminati nyayian Shahir masa dia menyanyikan lagu Anggapanmu versi Shahir sendiri.. memang sedap..dia bawa lagu tuh cam lagu tuh dia yang punya...




Aku berharap Shahir dapat buat yang lebih bagus lagi di malam konsert final nanti dan kalau boleh jadi Juara AF8 ini..kalau ada rezeki laa.. heheh sebab Adira pun pencabar dia yang terdekat dan berkemungkinan boleh juga menjadi Juara juga.. Che Ahmad Hoi! Hoi! Hoi!...


Pada yang minat Shahir boleh juga ke website ini SHAHIRFC

Tuesday, May 11, 2010

19 Keistimewaan Wanita...


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
 penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya 
kepada Rasullullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda, 
'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang 
penyayang tidak akan sia-sia


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 
lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, 
darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan 
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku 
 (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari 
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya 
seperti melakukan amalan  bersedekah.Hendakla h mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa 
yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga 
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua 
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan 
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
 serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, 
maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.'Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu 
daripada anak-anak perempuannya
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka 
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah 
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. 
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia 
 kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua 
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya 
selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang 
lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah SAW 'Suaminya.' 
' Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah SAW, 'Ibunya.' 

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, memelihara kehormatannya 
serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana 
sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan 
agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga \
terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin 
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya Allah SWT 
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, 
maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, 
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu 
setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur 
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, 
yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini 
yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.'

- Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat
memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

- Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit terhadap 
suami. Wanita ini sering menyatakan, 
'Aku membuat  itu keranamu'.

- Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya 
yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau 
kepada anaknya dari suami yang lain.

- Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya 
pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk 
memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.

- Wanita Baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari
mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika 
makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan 
diasingkannya bahagianya.

- Wanita Syadaqah : banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.


Saturday, May 08, 2010

Catatan Ku Hari Ini...

Hari ini aku cuti sebab aku nak temankan mak aku gi GHKL untuk appointment dia nak jumpa doktor darah tinggi dia.  Selalunya dia leh gi sendiri tapi oleh sebab dia.. tak berapa nak sihat jadi aku pun apply laa cuti.

Aku nie dah lama dah tak sampai ke klinik pesakit luar di GHKL tuh, maklum laa aku selalu kalau terima rawatan apa-apa sakit akan ke PPUM.  Iye laa dah aku staff UM kan so ke situ laaa senang kan...

Aku tengok sekarang ni GHKL dah cantik dan..banyak perubahan..kira dah memenuhi piawaian ISO laa pas tuh tadi cepat plak mak aku dipanggil untuk jumpa ngan doktor.  Oleh sebab mak aku ada beritahu doktor yang dia ada demam bebaru nie.. doktor suruh dia ambik darah sekali lagi.  Syukur alhamdullilah tak de penyakit yang merbahaya.. so far so good.. laa..

Lepas jumpa doktor pewut pun lapar.. singgah laa makan kat kafetaria GHKL tuh..tengok plak dah tersedia makanan tengahari so apa lagik makan nasik laaa..

Selesai makan, aku hantar mak aku ke Setapak nak bayar duit rumah... dan aku bagi tau kat mak aku yang aku nak ke jalan TAR.  Aku park keta kat  Semua House.  Sempat laa aku sopping baju sehelai dua..blouse.  Dah lama dah tak sopping blouse nie utk pakai gi jalan.-jalan.  Aku kat jalan TAR tak laa lama..iye laa tak larat ler nak jalan sangat sebab cuaca pun panas.. beli apa yang patut jer.. 

Balik sampai umah dalam pukul 3 petang.. nasib baik jalan tak jem hari nie..  dan sebelah petangnya dalam pukul 6.15 aku kuar gi ambik anak aku iye laa dah aku cuti hari nie.. aku le kena gi ambik anak aku..

Tu je laa aktiviti aku sepanjang aku cuti hari nie.. 

Wednesday, May 05, 2010

Kayo Kojap...


Ihsan dari Incek Google

Seronoknya..aku hari nie.. apa tak nya.. hari nie..
aku punya turn plak laa dapat duit kutu..
Kayo laa kojap hari nie..hehehe..
Terima kasih laa pada Cik Mell,
ibu kutu weols kat ofis nie.. 


Tuesday, May 04, 2010

Kaum Kerabat Dtg Umah..

1 May 2010
Sabtu


Aktiviti aku pada hari ini..tak de yang menarik sgt..laa hanya duduk kat umah jer.. wat apa yang patut kan.. biasa laa kalau dah cutikan.. Hubby aku plak lepas makan tengahari tuh..dia ke Pusrawi dengan anak aku melawat kawan ofisnya..yang suspect kena demam denggi.. Aku tak ikut dia orang pergi.. Balik dari Pusrawi tuh hubby aku bawak anak aku ke kedai CD laa apa lagik nak beli game laa.. dah mintak nak CD game baru. Dia orang balik sampai umah dalam pukul 4.30 petang.

Dalam pukul 7.30 malam.. Kak Yong telefon hubby aku.. Katanya nak datang umah.. dengan Angah dan Kak Yang. Dia orang sampai di rumah weols dalam pukul 8.20 malam sebab jem kat Ampang.. Dia orang semua dari rumah Fiza katanya ada majlis doa selamat.

So malam tuh hubby aku oderkan Pizza Domino. Jadi makan pizza laaa..weols semua..hehehe kenyang.. sampai tak abis.. pun. Aku siap tapaukan utk Kak Yong bawak balik lagik.. Dalam pada tuh weols sempat laa berbincang nak gi bercuti ke rumah Kak Sal kakak ipar aku yang dok kat Sungai Petani, Kedah. Aku pun sebenarnya penah sampai sekali jer ke rumah dia.. Kali nie weols plan nak gi sana langsung boleh plan nak ke Penang jugak. Itu insyallah kalau diizinkan.. baru je plan.. Plan nye nak pegi masa cuti sekolah bulan 6 nie..

Dia orang balik dalam pukul 10.30 malam.. biasa laa budak kecik Umar Razin tuh dah merengek2 nak tido dah.. Memang riuh rendah laa malam tuh kat umah aku.. iye laa bukan selalu dia orang datang umah kan...



Hehehe dak tecik nie 1st taim yer sampai umah Wan Su..
hmm makin comey dak nie



Sedapnya Sham makan Ayam BBQ... si Razin plak dapat senapang Cik Haiqal ...
seronok dia dpt senapang tuh bawak balik..hehehe


p/s : Gambar tak banyak ambik.. sibuk layan tetamu hehehehe...sampai terlupa plak..




2 Mei 2010
Ahad


Aku bawa emak aku ke Klinik Dr Jasbir kat Jln Ipoh. Dia ngadu tak sihat badan. Jumpa doktor.. memang mak akunya suhu tinggi jugak..jadi doktor bagi injection kat mak aku.. Sian dia tak lalu nak makan.. Doktor advise gak..kalau demam tak surut kena datang jumpa dia balik..iye takut kena denggi plak kan.. skrg nie kan musim.. risau gak laa.. Harap mak aku tak de laa kena penyakit itu kan minta dijauhkan..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss