Tuesday, May 11, 2010

19 Keistimewaan Wanita...


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
 penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya 
kepada Rasullullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda, 
'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang 
penyayang tidak akan sia-sia


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 
lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, 
darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan 
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku 
 (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari 
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya 
seperti melakukan amalan  bersedekah.Hendakla h mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa 
yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga 
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua 
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan 
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
 serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, 
maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.'Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu 
daripada anak-anak perempuannya
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka 
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah 
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. 
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia 
 kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua 
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya 
selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang 
lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah SAW 'Suaminya.' 
' Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah SAW, 'Ibunya.' 

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, memelihara kehormatannya 
serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana 
sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan 
agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga \
terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin 
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya Allah SWT 
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, 
maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, 
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu 
setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur 
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, 
yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini 
yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.'

- Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat
memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

- Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit terhadap 
suami. Wanita ini sering menyatakan, 
'Aku membuat  itu keranamu'.

- Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya 
yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau 
kepada anaknya dari suami yang lain.

- Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya 
pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk 
memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.

- Wanita Baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari
mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika 
makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan 
diasingkannya bahagianya.

- Wanita Syadaqah : banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.


6 comments:

  1. alhamdulillah semoga kita didalam golongan wanita yg bertuah dan yg baik itu dan dijauhkan dari golongan wanita yg malang .. huhuh

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak jadi wanita solehah...bagus info ni...kekadang terbabas gak huhu

    ReplyDelete
  3. jauhilah diriku dari golongan wanita malang itu, Amin

    ReplyDelete
  4. bnyk jugak keistimewaan wanita dari buruknya wanita.

    thanx 4 ur info sis.

    ReplyDelete
  5. beruntunglah kerna kita wanita;)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss