Thursday, August 12, 2010

Tiada Yang Kedua


Buku ini aku dah lama dah abis baca.. tapi tak sempat nak share kat sini.. lepas pada buku nie ada lagi yang aku dah selesaikan pun..nanti dalam next N3 plak yer.. Jalan cerita dia pun best.. nie ada sinopsis tentang novel ini...

NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?



10 comments:

  1. salam ramadhan

    kak rinna suka baca novel yer..oooo bagus2 teruskan membaca ye

    ReplyDelete
  2. mesti banyak dah koleksi novel akak kan?? :)

    ReplyDelete
  3. dh lama x beli novel..sbb 10 novel sediaada masih belum dibaca..hahaha..

    ReplyDelete
  4. mcm besh je citer nie,
    nak kena pi carik satu,
    huhuhuhu...

    x bole larik dr membaca novel:)

    ReplyDelete
  5. Angah/Hajar ~ mmg akak minat baca novel.. kira dah lama akak tinggalkan..nie baru aktif balik.. membaca..bukan apa kalau tak de apa nak buat..kalau tv tak de citer best layan novel ler.. :)

    Wanie/Posh ~ mmg best citer.. nie

    MDT ~ tak de laa byk sgt koleksi.. ada laa sikit.. kalau dah byk nanti nak kena jual laa tuh..kang bersawang plak..

    Dee ~ amboi sampai 10 ekk novel.. ish.. byk tuh.. napa di beli kalau tak baaca..sayang laa..

    ReplyDelete
  6. salam rinna..akak pun minat baca novel..terutama cinta cintun..

    tapi jarang beli...pinjam kat library ajer..selamat bersahur

    ReplyDelete
  7. mcm best je jalan citer novel dia..hehe.
    dh lama tak gi kedai buku..hoho

    ReplyDelete
  8. kita belum baca yg ni rasenye...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss