Monday, September 20, 2010

Citer Hari Raya Part 1

Huish.. dah bersawang blog aku ni.. Seminggu lebih aku tak update blog.. iye laa bila dah bercuti raya.. mood untuk update blog pun dah ilang jugak.. Ramai jugak laa blogger dah mula citer pasal raya.. aku plak baru laa nak terhegeh² nak citer..hehehe.. nie pun cam tak de idea jek.. Aku pun baru je mula bekerja hari ni.. Plan² nak bina mood bekerja semula laa nie..  

Khamis, 9 September 2010
Hari ini aku masih lagi bekerja... tapi kerja separuh hari jek.  Kul 1.30 dah dapat pelepasan untuk balik.  Hubby aku dah mula cuti dari semalam lagi..iye laa kiranya staf BMI UniKL nie kena paksa cuti awal laa.  Malam sebelum tuh aku dah kemas dah kain baju nak bawa balik kampung.

Lebih kurang pukul 5.30 petang weols gerak dari rumah nak pergi amik Kak Nyah (kak ipar aku) dia nak ikut balik sekali.. Dia sebenarnya..dah lama tak balik beraya ke kampung dengan weols.. tahun ini kira dia nak plak ikut weols sekali.. Dah ambik Kak Nyah, weols ke Keramat plak.. nak ambik Kak Yang.  Tahun ni anak² Kak Yang, Angah dan Yong sekeluarga beraya ke rumah mertua masing².  Jadi cuma weols satu kereta je laa yang balik..

Weols berbuka pose dalam kereta jerk..Kak Yang sempat belikan roti john.. Hmm..sedap plak tuh.. Sampai di Rawang berhenti solat dan makan malam.  Nasib baik malam tuh perjalanan ke kampung tak jem macam tahun² lepas.  Weols selamat sampai di rumah Apak (bapa mertuaku) dalam pukul 11 malam.  Tengok² dah terbentang tilam & bantal tunggu weols je lagi nak beradu..hehehe..

Jumaat, 10 September 2010
1 Syawal 1431 Hijrah... Hari ini semua umat Islam meraikan kemenangan dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri kerana selama sebulan menahan lapar dan dahaga.  

Selepas mandi sunat Aidil Fitri dan solat subuh.. siap² untuk menyediakan sarapan pagi.  Kiranya kita nie disunatkan makan dahulu sebelum pergi menunaikan solat Aidil Fitri.

Ini laa hidangan weols di pagi Hari Raya.. simple jerk..


Masjid betul² terletak di hadapan umah Apak.. so jalan kaki tak laa jauh sangat. Tapi tu laa bila aku dan kak ipar ku ke Masjid.. tengok dah penuh sampai ke balkoni.  Ramai gak laa jemaah nak bersembahyang raya.  Tapi alhamdullillah ada tempat untuk weols bersolat.  Lepas aje solat.. hujan rahmat pagi tuh turun mencurah² membasahi bumi.  Jadi plan weols untuk ke Bukit Pekan pada hari tuh terpaksa di batalkan.  Iye laa hujan turun sampai ke tengahari.  Lagi pun tengahari yang lelaki nak pergi bersembahyang Jumaat plak.

Kak Sal sekeluarga dan Kak Faridah sekeluarga pun datang jugak ke rumah Apak.  Kiranya meriah laa sikit.. bila dia orang sampai.

Bermaaf-maafan..antara keluarga.. Hubby & Ayahanda tercinta..

Kak Sal & Family


Kak Faridah & family

My Family

Me & Mr Hubby..

Aku & Hubby bersama² dengan kakak² iparku..

Adess tengoklaa cara hubby aku bergambar
 alahaii..cam pengantin plak.. hehehe

Aku di apit oleh Yana & Ellie.. 

Lepas sesi bergambar di rumah Apak.. weols bergerak ngan beg² weols ke rumah Kak Imah, kiranya weols semua akan bermalam di sana plak laa.. Sampai di rumah Kak Imah.. weols dijamu dengan Meehoon Tomyam. Lemang,Nasi Impit, Kuah Kacang dan Rendang.. Hmmm sedapp.. meehoon tomyam Kak Imah.. :)

Tengok anak aku makan berselera..tak ingat dah kat ibu dia nie.. 

Sempat laa posingg.. depan hidangan nie haa..

Okey nie citer hari pertama beraya.. yer.. nanti aku sambung next N3.. tahun nie gambar tak banyak sangat laa.. sebab.. tukang nak ambik gambar tuh tak de.. hehehe.. so layan je laa gambar yang ada nie yer.. :)

12 comments:

  1. seronotnyerrrrr..

    tp raya kali ni anak2 saya sume demam..oh sedih!

    ReplyDelete
  2. haaa...meriah betoi kak rinna, selamat hari raya kak :)

    ReplyDelete
  3. MDT ~ Hmm..betul laa.. musim raya nie ramai yg jatuh sakit..

    Ieda ~ Selamat Hari Raya Ieda..

    ReplyDelete
  4. meriahnya ye....mknan tu x leh thn...lpr la plak..hehe

    ReplyDelete
  5. sakan ko beraya eh rinna..baju pun cantik sedondon..hehehe..

    ReplyDelete
  6. heheheh simple2 punn x per .. janji dpt berkumpul bersama tuu yg lebih penting beb ...

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya maksu.maaf zahir dan batin.sedap betul nampak tomyam tu ye..tangkap leleh..hihi.

    ReplyDelete
  8. bessnyer dapat beramah mesra ramai2cam gini kan hehe

    Masa raya ni la nak feeling2 penganten hehe

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya.maaf zahir batin.family ramai meriah ye.

    ReplyDelete
  10. uittt lamanyer beraya tak update lagi new n3

    ReplyDelete
  11. amboi sakan no makan2 je..terliur yani tgk=P

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss