Monday, October 11, 2010

Aqasha Selamat Akhiri Zaman Bujang

Selamat Pengantin Baru Aqasha & Baizura
Kredit Murai.com


KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2010: Dalam usianya mencecah 28 tahun, pelakon dan penyanyi popular, Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha tentunya boleh berbangga apabila telah mengakhiri zaman bujangnya sebagai selebriti tanpa sebarang kontroversi.

Gadis pilihan hati Noor Baizura Mohd Sabri, 26 secara sah telah menjadi isteri kepada pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu itu, selepas selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis serba sederhana di kediaman pengantin perempuan di Sungai Besi sekitar jam 3 petang tadi.  Dengan hanya sekali lafas, Aqasha menarik nafas lega sebaik saja dinikahkan oleh Penolong Pendaftar, Nikah Cerai Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan, Haji Moh Pauzi Iliyas dengan diwalikan bapa mempelai perempuan, Mohd Sabri Awang.  Aqasha menghulurkan mas kahwin secara tunai berjumlah RM80 yang turut diserikan dengan kalung rantai emas putih bertakhtakan berlian sebagai lambang ikatan cinta murni mereka.

Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Aqasha berkata keperibadian Noor Baizura yang sangat memahami kerjayanya sebagai selebriti telah menarik perhatiannya untuk memperisterikan wanita berkenaan.  "Mungkin saya adalah antara artis yang tidak banyak terdedah dalam mana-mana media. Oleh kerana itu kisah percintaan saya tidak banyak diceritakan dalam majalah mahupun akhbar.  "Demi enghormati permintaan pihak mertua agar majlis ini tidak digembar-gemburkan, saya bersyukur kerana majlis hari ini berjalan dengan lancar. Inilah satu-satunya peluang untuk saya dan isteri bertemu dengan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat dalam sebuah majlis meraikan pernikahan kami hari ini.

"Syukur tak terhingga juga, bila akhirnya impian saya untuk mengahwini Noor Baizura iaitu satu-satunya wanita yang bukan saja cantik tetapi sentiasa memahami kerja saya akhirnya terlaksana," katanya yang memilih rona kuning diraja sebagai persalinan mereka berdua.  Aqasha anak sulung daripada 3 beradik itu telah memilih Noor Baizura iaitu anak kelima daripada 7 beradik setelah sama-sama menjalinkan percintaan selama hampir 3 tahun.
Selain keluarga terdekat, majlis turut diserikan dengan kemunculan beberapa rakan artis antaranya Adlin Aman Ramli bersama isteri Emelda, Tony Eusof dan Jihan Miskin Aqasha berkata, meskipun sedar majlis hari ini anya ditujukan khas buat keluarga kedua-dua belah mempelai, dia berkata sebuah majlis risepsi besar-besaran bagaimanapun akan dilangsungkan di Shah Alam pada 25 Disember nanti.  Bercakap mengenai perancangan masa depan mereka sebagai suami isteri, Aqasha menjelaskan dia merelakan isterinya itu untuk terus bertugas stesen TV Astro, manakala dia memilih untuk terus aktif sebagai pelakon dan penyanyi.

"InsyaAllah pada 21 November ini saya akan melancarkan album peribadi sulung pertama saya yang bertajuk Qashanova.  "Inilah hadiah peribadi pertama saya untuk semua peminat menghayati karya muzik tulisan dan terbitan saya sendiri. Dalam masa yang sama juga saya akan kekal berlakon," jelasnya.


p/s : Minat dan suka dengan lakonan Aqasha.. lebih² lagi masa dia berlakun dengan Rita Rudani dalam citer Janji Kekasih.. best sangat.. :).. dan Selamat Pengantin Baru buat Datuk Shiekh Dr. Muzafar & Dr. Halina. ....Moga kedua2 pengantin ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.,.. Amin.

12 comments:

  1. ramai betol yg kawin semalam kann.. harap2 mereka semua berkekalan.. aminn.. :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah kawen gak ...I minat sgt dgn dia sebab chinese look hehe

    ReplyDelete
  3. dah kawin gak aqasha nie...lieya minat die..sebab die hensem ala2 cina + jepun heheeheheh....

    ramai tol pilih tarikh cun ni kan kak...

    ReplyDelete
  4. wah ada gak artis len kawen ghopenye..ehehe..cbok tgk sheikh muzzaffar je..best! =)

    ReplyDelete
  5. Aqasha cam muka pakwe anak akak.seiras je.chiness looklah dia ni.semoga berkekelanlah hendaknya perkahwinan dorang ni.

    ReplyDelete
  6. kena je kan warna kuning ngan dia..nmpk berseri-seri..

    ReplyDelete
  7. owhhhh...dh kawin ke...x tau la plak..hehe..

    tahniah..slmt pgntin baru...

    ReplyDelete
  8. asyik2 cite cinta...akhirnya kahwin gak mamat ni...

    ReplyDelete
  9. salam...

    selamat pengantin barujuga...wah!!! ramai naw owang kawen skunk nie kan..alamat kenyang dengan nasi minyak je la..

    jemput ke sinar raudah ye..

    ReplyDelete
  10. kak rinna semoga kekal hingga ke anak cucu amin...

    eee lambat lak ke sini internet nie low gilerrrrrr

    ReplyDelete
  11. semoga dorang terus kekal hingga akhir hayat.. aminn

    ReplyDelete
  12. uish senyap2 jerk aqasha nie kawin bebbbb .. huhuh tahniah2 .. :))

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss