Tuesday, October 12, 2010

Cantiknya Bienda.. Nie..

PETALING JAYA: Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 25, masih ingin berahsia mengenai tarikh sebenar dia dan suaminya iaitu produser program Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman, dinikahkan.

Beritahu Bienda, dia merahsiakan tarikh pernikahan dan lokasi majlis akad nikah kerana memenuhi permintaan keluarga memandangkan majlis itu dibuat secara tertutup.



"Maaf kerana terpaksa merahsiakan pernikahan kami. Ini adalah untuk menjaga hati keluarga bagi kedua-dua belah pihak.

"Saya juga mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakannya daripada pihak media dan peminat. Saya mahu sedikit ruangan privasi pada majlis bersejarah itu.

"Lagipun, saya bukannya berkahwin dengan suami orang, sebaliknya saya berkahwin dengan orang bujang," katanya selepas persandingan mereka bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Selayang, Jumaat.


Bagaimanapun, Bienda berkongsi matlumat lain mengenai majlis pernikahannya dimana Kamarul atau dengan panggilan nama Boy sah bergelar suami kepada Bienda selepas dua kali lafaz dengan mas kahwin RM80.

Bienda turut menerima wang hantaran sejumlah RM11,111.11 daripada pihak lelaki.

Pada majlis bersejarah itu, pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.



Setelah berkawan dengan Boy lebih dari tiga tahun, saya bersyukur dan gembira kerana sudah lama saya menantikan detik indah bergelar isteri," ujarnya.

Bienda dan Boy yang tampak seperti merpati dua sejoli pada majlis itu berkata, mereka merancang untuk berbulan madu ke negara-negara Eropah pada awal tahun depan dan bersedia untuk memiliki anak pada bila-bila masa.

Bertanyakan mengenai perkenalan Bienda dan Boy, mereka bertemu di sebuah penggambaran drama dimana pada ketika itu Boy bekerja sebagai krew filem dengan Skop Productions.

"Boy dengan selambanya nak minta nombor telefon saya kononnya mahu berbincang mengenai produk penjagaan mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, pada 15 April 2007, Boy melamar saya terus untuk dijadikan isteri dan bukannya kekasih. Nak ikutkan memang kami mahu kahwin secepat mungkin. Tapi bila terdapatnya beberapa perkara yang harus ditempuh, baru kinilah kami dapat merealisasikan impian kami," ujarnya.


Selamat Pengantin Baru Moga Kekal Bahagia Hingga Akhir Hayat
Sama Cantik & Sama Padan

Kredit : Mstar Online


11 comments:

  1. memang cantik dan padan.. semoga kekal ke akhir hayat

    ReplyDelete
  2. suka tengok bienda...tahniah semoga bahagia dunia & akhirat amin

    ReplyDelete
  3. wah... cantiknyerrrrr...isk..isk...tak perasan angah yg dia pengantinnya ingatkan sapa la tadi cantikkkk

    ReplyDelete
  4. cantik...tang mata lagi cantik..bertuah suami dia

    ReplyDelete
  5. org kalo dh cantik mmg lagi cantiklah masa kahwin..

    ReplyDelete
  6. Bienda ni comel .Naik seri pulak bila kakwin ni.nampak lain.

    ReplyDelete
  7. wah ramai nye artis kawen..x sbr nk kawen gak..ngee~

    sama cantek sama padan..moga kekal hingga ke syurga =)

    ReplyDelete
  8. serius cantikkkan..ciklinn pun suka tgok muka dia nih....

    ReplyDelete
  9. saya lagu suke yang sorg lagi tu.iklan sunsilk kat library:P

    ReplyDelete
  10. salam..
    hi der..
    wahh cantek sungguh si bienda ini ("^___^)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss