Tuesday, October 26, 2010

Coke And Sundae

Gambar Kredit Google

Cuti hujung minggu aku habiskan dengan membaca novel ini.  Cerita yang mengisahkan tentang Azyan dan Syakir yang selalu jer bergaduh setiap kali kalau berjumpa.. Sebenarnya.. dalam hati dia orang ini ada cinta.. tapi sebab masing² ini ego tinggi tak nak mengaku perasaan masing² kena laa teman² rapat  dia orang ni yang tolong merapatkan dia orang.... Azyan suka sangat minum Coke dan Syakir suka sangat ngan Sundae.. tu pasal tajuknya gitu.. Kalau nak tahu kisah selanjutnya..boleh laa dapatkan novel nie di kedai buku yang berhampiran yer.. 

Sinopsis :


Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?

Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!


9 comments:

  1. syiok pulak bc sinopsis ni terinat muda2 dolu hehe

    ReplyDelete
  2. yelaaa tangkap syiookk lak baca sinopsi citer nie...huhu

    ReplyDelete
  3. wah..rajin baca novel eh..dee mmg xde msa langsung..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. minatnya ko baca novel .. huhuhu aku x minat langsung .. kalau org bagi hadiah aku baca sinopsis kat belakang jer .. huhuhuh dah nasibbb :)

    ReplyDelete
  5. Rinna rajin ye.Bab baca novel ni akak serahkan pada anak akak.akak dah pencen.dulu memang hantu buku, sampai berjaga malam.tu yang stop tu.

    ReplyDelete
  6. rinna, kita ni pemalas sikit nak baca novel tebal2..almaklulah anak2 kecik berderet lak tu..cerpen pendek ok

    ReplyDelete
  7. mcm best jer sinopsis tu.. ciklinn nih kalu beli mau setahun kot abis baca.. adess baru nak buka novel ada jer yg diminta 4 hero tu...adoii...

    masa bujang2 dulu ciklinn mmg hantu novel nih

    ReplyDelete
  8. akak suka bc novel ek...dulu sy suka gk...tp skrg sgt2 mls nk bc..kakaka..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss