Tuesday, October 05, 2010

Sepupuku Suamiku

Kredit En. Google

Hmm..kita berhenti kejap citer pasal raya.. Aku baru je menghabiskan novel yang aku pinjam dari Cik Mell.. kira tukar² laa buku ngan Cik Mell.  Citer nie memang best.. mula² gembira.. sedih.. dan last sekali happy ending laa.. Kalau baca citer nie mesti kadang² tu senyum sorang.. Bahasa yang digunakan pun tak de laa.. berat sangat.. cam bahasa yang kita guna untuk percakapan.. jer.. Kalau pada peminat novel tuh.. aku cadang kat korang cari laa novel nie.. memang tak rugi laa kalau membelinya..

SINOPSIS :

Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi meraka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tidak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.

Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walaupun sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaasuban cinta hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, Makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selahi itulah dia akan terus berusaha.

"Abang, hati nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti"

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang?
Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.

Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walaupun terpisah seribu tahun.

Aku bagi 4/5 bintang

p/s : Next N3 aku sambung lagi citer pasal raya..ekk....

8 comments:

  1. Dulu ye Rinna, akak pembaca novel yang tegar. penulis pilihan, aisya sofea, sharifah abu salem ngan fauziah ashari.tapi sekarang dah insaf.khe khe.takut , tak tidur malam dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. dl sukeeeeeeee sngt bce novel...snggup x tdo sbb nk habiskn bce 1 novel yg teballll gile...tp tu dl la ms bujang...dh kawin ni pnah gak pnjm n bli novel tp last2 ank aku yg koyak2kn...lom smpt aku bce...kdng smpi berhabuk....huuuuu sedehhhh

    ReplyDelete
  3. akak suka bc novel ye....hehe..dl kita tjebak gk ngan novel..skrg hampehh..haha

    ReplyDelete
  4. wah rajin ko kak bace novel...lieya anak dare2 gitu rajin...lepas kawin ade anak terus pencen kak....koleksi novel2 pun sume bagi kat anak buah dah heeheheheh

    ReplyDelete
  5. I dah baca buku ni .. my kids suruh beli coz tajuknya mengena kitaorg.

    ReplyDelete
  6. Ina Mail~ heheheh mmg betul kalau dpt plak citer yg best tuh mmg tak tido malam dok leka jerk.. :)

    mrs.encem~ alaaa sayangnya sampai berabuk yer.. tak per bila anak dah besar leh laa continue baca balik yer..

    Zura~ Mmg akak sejak dulu lagik suka baca novel nie.. pas tuh bila ada anak kecik berenti kejap..now anak dah besor tv plak tak de citer yg best2 ngadap novel laa.. :)

    Cek Lala~ Bestkan citer nie..

    Lieya~ Kalau minat leh sambungkan..mungkin skrg nie..bz tak de masa.. bila dah tak bz nanti boleh laa baca novel..isi masa lapang kan.. :)

    Me~ wah..hubby Me sepupu sendiri ker..?

    ReplyDelete
  7. wah kak sempat lagi ye nak continues pasal raya ye dah abis la kak hehehe

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss