Tuesday, November 23, 2010

14 Lagu Bakal Berentap di Juara Lagu 25

Kredit Murai.com


SHAH ALAM, 23 NOV 2010: Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) kini hampir menuju ke kemuncaknya apabila 14 buah lagu yang terpilih dalam 3 pusingan peringkat separuh akhir Muzik-muzik 25 telah pun diumumkan layak untuk bersaing ke peringkat akhir.

Kesemua 14 lagu itu adalah Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Ku Ada Kamu (Adira) Berlari (Tomok) , Sofea Jane (Black), E xtravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan).

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh pengacaranya, Faizal Ismail, Sheryl Samad dan Ally Iskandar selepas berakhirnya saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang berlangsung di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, malam semalam.

Apa yang menarik daripada kesemua 14 lagu yang terpilih itu, 4 daripadanya adalah dari kalangan penyanyi berkumpulan iaitu Extravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan).

Manakala 10 daripadanya adalah lagu daripada penyanyi solo, Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Ku Ada Kamu (Adira) Berlari (Tomok) dan Sofea Jane (Black). pula adalah penyanyi solo.
Apa yang pasti, saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut sejak 8 November lalu sebelum ini telah menyaksikan persaingan sengit antara 30 buah lagu yang bertanding di peringkat tersebut.

Pengurus Besar, Pembangunan Kandungan & Industri, Primeworks Studio, Azhar Borhan berkata dia yakin 14 buah lagu yang terpilih pada malam itu adalah merupakan lagu yang terbaik dan layak untuk dibawa ke peringkat AJL 25.


"Lagu-lagu yang dipertandingan adalah pilihan daripada pendengar, namun yang dipilih oleh pihak juri adalah lagu yang mempunyai kekuatan tersendiri dan layak untuk ke peringkat akhir.


"Apa yang kita lihat kini trend pendengar banyak beralih kepada muzik muzik indie. Perkembangan muzik sekarang juga telah mendorong anak muda mencipta lagu-lagu mereka sendiri. Jadi kita juga memberi peluang untuk mereka bertapak dalam industri memandangkan muzik mereka amat digemari ramai," ujarnya pada sidang media selepas selesai Separuh Akhir Muzik Muzik 25, malam semalam.


Kesemua 14 finalis ini dijangka bakal berentap di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 25 pada 
9 Januari 2010.

Berikut adalah senarai 14 lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke peringkat akhir, AJL 25:-
  1. Sofea Jane – Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  4. Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
  5. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  6. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
  7. Jahat – Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  8. Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  9. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  10. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
  11. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  12. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
  13. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai/ Shah Qalam
  14. Berlari – Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok


P/s : Yeaahhaaaa!!!. penyanyi feveret dpt masuk final.. hopefully leh wat yang terbaik..hehehe..
        

12 comments:

  1. sapa penyanyi faveret tu eh..

    ReplyDelete
  2. Rinna: Ada tajuk lagu Sofea jane ek? hik3.....tak tau plka, mmg ketinggalan le saya ni ek.....

    ReplyDelete
  3. semua pun bess2 tp saper juara wallahualam...FT kot hehe

    ReplyDelete
  4. semua best2 yg masuk ke final apa2 pun tunggu & terus menunggu jawapannya nanti hehehe

    ReplyDelete
  5. yeahh same2 kita lihat sape yg juara huhu

    ReplyDelete
  6. x sempat tgk ..
    saper menang mu update sini erkkk :)

    ReplyDelete
  7. semua yg dpt ke final best!! i like.. :)

    ReplyDelete
  8. Terlepas nak tengok hari senin tu.final mesti tengok. kenapa faizal sampai 3 lagu masuk?

    ReplyDelete
  9. mmg best kan kak...lagu sume best2 tu...tak sabar lak nak tgk ....ihihihihi....lagi2 dieorg akan nyanyi live siap ngan gimik lagi...tuyg syok tu kan kak

    ReplyDelete
  10. hehe...tak ikut pun muzik2 ni dh. lama betul tak ikut. Selalunya tgk juara lagu aje, hehe..
    byk lagu yg tak tau ni. yg tau lagu shahir, lagu stacy, lagu tomok...lagu adira..hehe..camno??

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss