Sunday, November 21, 2010

Elyana & Khairul Selamat Diijabkabulkan...

Kredit Murai.com

Sorang lagi artis muda yang mengakhiri zaman bujangnya..


KUALA LUMPUR 20 NOV: Setelah lebih setahun bertunang akhirnya penyanyi dan pelakon, Elyana,23 selamat melangsungkan pernikahan bersama tunangnya, Khairul Anuar Hussin, 35 hari ini.

Dengan sekali lafaz, Elyana dan Khairul selamat diijabkabulkan oleh ayah pengantin perempuan, Emrizal Shamsuddin di hadapan Imam Masjid al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, Azizan Othman ,dengan mas kawin RM 80 di banglo Duchess Place, Jalan Ampang pukul 9.40 malam tadi.

Pada majlis yang indah itu pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini menerima wang hantaran sebanyak RM 22,000 sebagai tanda simbolik dirinya dilamar pada usia tersebut, serta bertukar barang hantaran yang mana kedua-dua mempelai sepakat memberi tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, sirih junjung, jam tangan dan set haruman.

Menyulam cinta selama lima tahun kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 11 Julai tahun lalu.  Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal terharu dan bersyukur impiannya untuk bergelar isteri di usia yang muda terlaksana.

"Saya sangat gembira dan tak berdebar pada mula saat menantikan detik ini. Apabila duduk menunggu saat dinikahkan barulah saya sedar kini tanggungjawab yang dipikul akan lebih berat. Tapi saya yakin dengan keputusan ini dan saya sendiri dah bersedia untuk bergelar isteri" katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahannya tadi.

Manis mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat, anak kelahiran Klang, Selangor ini mengharapkan kebahagiaan mengiringi istana cinta mereka.  "Dia mampu mengawal perangai saya dan mengambil berat tentang diri dan keluarga. Jadi saya yakin pilihan saya tepat dan Khairul mampu memberi kebahagiaan kepada saya,"jelasnya selebriti berusia 23 tahun ini.
Bakal berbulan madu sekitar tahun hadapan pasangan tersebut memilih lokasi tempat membeli belah atau bersejarah untuk dilawati.

"Kami suka pulau tapi kalau duduk lama-lama kat pulau nanti bosan pula. Jadi biarlah tempat kami pergi itu boleh membeli belah atau melawat tempat-tempat bersejarah. Dalam fikiran saya kalau tempat bersejarah macam Egypt sebab dah lama saya mengimpikan untuk ke sana," katanya

Diusik mengenai anak pula, baik Elyana mahu pun Khairul tidak merancang sebaliknya menyerahkan kepada takdir sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat.  "Kami tak merancang kerana orang tua-tua cakap tak elokkan. Jadi sekiranya ada rezeki, kami terima dengan tangan terbuka. Lagipun umur suami saya pun dah 35 tahun, rasanya elok juga kami dapat anak awal supaya kami dapat bersama-sama membesarkan anak-anak," ucapnya sambilo tersenyum manis.

Sementara itu, bagi Khairul, kejutan dinikahkan sendiri oleh bapa mertuanya merupakan satu momen yang tidak akan dilupakan dalam sejarah hidupnya.  "Ikut perancangan sepatutnya imam masjid yang akan nikahkan kami. Alih-alih dapat tahu ayah Elyana yang nak nikahkan jadi bagi saya ini satu kejutan yang sangat manis. Sebab sebelum ini kakak dia pun yang nikahkan imam dan dia sendiri patutnya imam tapi apabila ayah tiba-tiba mahu menikahkan kami pastinya ia satu kenangan indah buat saya dan Elyana," katanya yang berjanji akan menjaga isterinya sebaik mungkin.

Pasangan tersebut akan bersanding pada esok hari (20 November) di lokasi yang sama sementara itu bagi pihak lelaki akan diadakan pada minggu hadapan di Pahang.


p/s:  Tahniah Elyana & Khirul.. Selamat Pengantin Baru... Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat. Amin.  Suka lakonan Elyana dalam citer Renjis.  

4 comments:

  1. wah ramai btol artis kawen ni..hehe..muda lg elyana ni kn..semoga dia jd isteri solehah dan hbgn mereka kekal hingga ke syurga..amin~ ^_^

    ReplyDelete
  2. semoga kekal abadi...

    suami dia tu kwn sekolah dgn hubby kita..sebaya tapi bujang sian dah tua baru kahwin

    ReplyDelete
  3. tu le, sweet sgt pengantin nie....harap2 kekal bahagia..tak sabar lak nak tgu elyana ni ngandong heeheheh

    ReplyDelete
  4. Selamat Penganten Baru...tahniah!!!cantek baju dia

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss