Wednesday, November 03, 2010

Inilah Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 25




KUALA LUMPUR, 3 NOV 2010: Memasuki tahun ke-25, program hiburan terulung di TV3, Muzik Muzik 25 sekali lagi tampil bagi memartabatkan industri muzik tanah air sekaligus memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik tanah air khususnya golongan komposer dan penulis lirik.

Mengetengahkan konsep yang berbentuk konsert, separuh akhir Muzik Muzik 25 bakal menyaksikan persaingan 30 buah lagu daripada pelbagai genre dalam tiga pusingan akhir pada setiap hari Isnin bermula pada 8 November 2010 hingga 22 November 2010, jam 10 malam.

Masih mengekalkan format yang sama seperti tahun lalu, Muzik Muzik 25 menampilkan banyak lagu yang popular dan segar daripada pelbagai genre tanpa dibahagikan kepada setiap kategori muzik.

Penerbit separuh akhir Muzik Muzik 25, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata , semua pencalonan dibuat berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan, bagi menekankan citarasa para pendengar yang gemarkan genre berlainan.

"Tahun ini, separuh akhir Muzik Muzik 25 sangat meriah kerana ia bakal menampilkan lagu-lagu yang hebat daripada pelbagai jenis genre. Tambahan pula, kesemua lagu-lagu yang terpilih itu semuanya datang dari pemilihan penonton sendiri, di mana sebelum ini kami ada membuat undian secara online.

"Jadi semua lagu yang terpilih merupakan lagu-lagu pilihan serta lagu mesra pendengar kebanyakan orang awam. Cuma untuk peringkat separuh akhir dan akhir sahaja nanti semua lagu akan diadili oleh juri profesional," jelasnya.

Menurut Shaifulizam lagi, konsep konsert yang diketengahkannya untuk separuh akhir Muzik Muzik 25 kali ini, bakal mengundang penyanyi undangan untuk beraksi setiap minggu seperti Ramlah Ram, Rahmat Mega dan Kumpulan Spider.

"Bagi menghargai pemuzik-pemuzik yang telah mewarnai Anugerah Juara Lagu dari tahun-tahun dulu dan sebelumnya kami akan turut menjemput penyanyi yang pernah mewujudkan fenomena baru dalam industri muzik tanah air.

"Istimewanya apabila kami dapat menampilkan vokalis Mega, Rahmat yang sekian lama menyepi untuk muncul sebagai penyanyi undangan. Selain itu tujuan kami ketengahkan konsep konsert pula kerana ingin memberi kepuasan kepada penonton untuk melihat sendiri setiap penyanyi atau kumpulan beraksi secara live," katanya.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Isnin jam 10 malam, hanya 12 buah lagu daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan ini saja yang akan layak dipilih untuk bertanding ke peringkat Anugerah Juara Lagu.

Pemilihan 12 lagu ini akan diadili oleh barisan juri profesional dan kesemua lagu yang terpilih ini nanti akan diumumkan sejurus tamatnya separuh akhir Muzik Muzik 25 bagi minggu yang terakhir (ketiga)..
Berikut adalah senarai 30 lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke peringkat separuh akhir:

Inilah Cinta – Akim / Akim / Akim
Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan
Sofea Jane – Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
Kau Harus Ada- Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana / Akmal Mirwana & Noh Hujan
Gerak Hati – Azlan & The Typwriter / Lake & Light / Lake & Light
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Kau Ada Kamu – Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kunci Demak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Jahat – Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Cinta – Mohd / Isawandy / Iswandy
Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense/ 6ixth Sense
Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Susun Silang Kata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
Cinta Kosmik – The Fabulous Cat / Alibi Hustler / Alibi Hustler
Realiti Dewi – Alyah / Omar K/ Zel Firdhaus
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai/ Shah Qalam
Berlari – Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok
Bersamamu – Joe Flizzow / Jihan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko & Syaheed



Kredit : Murai.com

p/s :  Adess artis feveret den ada masok semi final laa..:))

11 comments:

  1. dulu nilah rancagn yg kita tunggu2 kan.... hihih berkobar2 rasa kalu dah dekt.. tapi skrg sengatan juara lagu dah kurang kan? kenapa yerk?

    ReplyDelete
  2. congrats dpt BE tuu .. ieda lom merasa layie .. hehehe

    waa minat tgk muzik2 nie .. dah lama ieda x berkesempatan tgk huhuh

    ReplyDelete
  3. akak suka tgk muzik2 ek? sapa artis fev kak tu?

    ReplyDelete
  4. selalu tak tengok pun muzik2..kalo tengok pun separuh akhir dgn final..hehehe..

    ReplyDelete
  5. wah dah nak separuh akhir dah kak.....wah syok nie....sure layan punya..sebab sume akan nyanyi live...tu yg syok tu.....

    lagu2 pun sume debomb2 yg masuk....

    ReplyDelete
  6. tak follow pun tak harus tengok untuk finale nanti ...suka lagu sofia jane tu

    ReplyDelete
  7. Weekly punya tak tengok, selalu tengok finale je.mintak-mintak black menang.

    ReplyDelete
  8. tak flw MM ni tapi kalau final tu harus tengok

    ReplyDelete
  9. sapalah yg akan ke peringgat akhir kan kak???

    ReplyDelete
  10. sy suka faizal tahir!! awww~ ^_^

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss