Thursday, February 25, 2010

Makan Di Sri Suria

Jumaat, 19 Februari 2010

Rehat yang panjang pada hari Jumaat hari tuh .. Meli ngajak aku ke Armcorp Mall di PJ. Ana pun ikut sekali.. so weols 3 orang jalan² laa kat AM tuh sambil² cuci² mata tengok baju dan tudung².

Dah penat berjalan.. weols ke Restoren Sri Suria. Weols semua makan Mee Kari.. besar mangkuknya lebih kurang besar mangkuk kat SR. Meli oder wafel aiskrim dan Ana oder ABC. Aku oder air epal.. Hmm sedap jugak makan kat sini.. Kenyang sungguh..

Logo restoren Sri Suria..macam loga KLCC Sri Suria plak kan..
Tengahari tuh ramai betul..kebanyakkan semua pompuan...
maklum laa hari Jumaat..kan..


Wafel Meli yang setengah telah dimakan.. tak sempat nak ambik
gambo sebelum dingap..heheheh


Hmm.. air epal aku..


Nie laa Mee Kari yang weols oder..sedapppp


ABC yang Ana oder.. 3 orang makan pun tak dapat nak abis..kan.. sedap jugak..


Ana...sempat pose makan...hehehe


Tuan blog nak enterprem jugak..heheheh


Meli sambil menjamu wefel..nya..


Amboi Ana.. manjanya..dia siap disuap lagik..



Monday, February 22, 2010

Balik Kampung


13 Februari 2010, Sabtu

Sempena cuti Tahun Baru Cina, aku sekeluarga balik ke kampung hubby aku di Perak.

Pukul 10.30 aku keluar dari rumah dan ke Keramat untuk mengambil Kak Yang yang balik bersama aku. Dalam pukul 11.30 pagi weols pun gerak dari Keramat ke Gombak utk makan tengahari dulu. Hubby bawak weols makan kat satu gerai di Taman Melati.

Hubby order nasi putih, ikan masin dan sup daging. Aku plak order nasi putih ngan ayam masak merah share sup daging ngan hubby aku dan Kak Yang oder KueyTeow Sup. Kat gerai nie memang ramai orang sebab famous ngan bermacam2 jenis sup. Memang sedap giler.. Nie kira 1st taim ler hubby bawak makan kat sini.. Dia dah biasa sebab selalu lunch kat sini.. Landmark dia berdekatan ngan padang dan flat langkawi Taman Melati.

Lepas makan, weols pun bertolak balik.. sempat laa singgah kat Hentian untuk berehat kejap sebab hubby ngantuk plak.. so bagi dia tido kejap..ada laa setengah jam.. baru bertolak gerak semula. Seperti biasa jalan highway jem.. so weols masuk ikut Trolak..ikut jalan dalam. Alhamdullillah jalan tak jem.. Weols sampai di kampung dalam pukul 6 petang dan singgah di pasar malam pekan Teluk Intan. Adalah beli barang buah² sikit sebagai buah tangan dan lepas tuh terus ke rumah Kak Imah dulu. Lepas solat Maghrib baru weols gerak ke rumah Apak. Iye la tak nak menyusahkan Apak dan Makcik sebenarnya.. Apak plak terkejut tengok weols balik.. tapi dia happy jerk iye laaa tengok anak menantu dan cucu balik kan. Apak pun tak berapa nak sihat.. sakit pinggang katanya.. Weols bermalam di rumah Apak semalam ajek.

Esok paginya Ahad lepas bersarapan, weols gi balik ke rumah Kak Imah. Kat rumah Kak Imah, siap plak masak nasi lemak.. hehehe makan lagik.. tgk sambal ikan bilis tuh terliur plak. Weols plan nak ke Lumut sebab Kak Nyah ada disana rumah anaknya. Iye laa saja nak melawat dia sambil berjalan2 ke sana.

Gerak ke Lumut dalam pukul 10.30 pagi. Pergi 2 kereta jerk.. satu kereta lagik Along anak Kak Imah yang bawa dan Kak Idah tumpang dlm kereta Kak Imah. Sampai di rumah anak Kak Nyah..dalam pukul 12 tengahari... Kak Nyah plak tengah sibuk masak kat dapur. Tengahari tuh weols dihidangkan dengan lauk kari ayam, sambal belacan, salad, ikan masin.. Hmm.sungguh menyelerakan.. iye laa makan ramai² kan.

Dalam pukul 5 lebih weols pergi ke Lumut plak.. nak gi carik ATM nak keluarkan duit. Dah pusing town.. weols ke Teluk Batik. Jalan punya laa jem.. Jalan masuk dan jalan keluar berderet² kereta.. Weols tak sangka plak.. sejem begini.. Lain kali tau laa..jangan laa pergi ke Teluk Batik masa² cuti perayaan gini..

Ingatkan nak bagi laa anak mandi.. tapi bila tengok keadaan air dan ramai nye orang² tengah mandi.. tak jadi nak bagi anak aku mandi.. so tengok² aje laa sambil jalan² kat pantai dan ke gerai² berdekatan.

Lepas maghrib baru laa beransur balik tuh pun beratur punya laa panjang..nak kuar ke jalan besar. Weols singgah makan dulu.. pas tuh baru laa balik ke rumah dan sampai dalam pukul 12.30 malam.

Esok pagi..nya.. aku ngan Kak Yang ke pasar Langkap beli sayur dan ikan utk masak tengahari plak.. Juadah weols tengahari tuh.. Asam Pedas, Ikan Rebus Goreng, Ikan Masin, Sayur Campur.. hmm..memang berselera.. Lepas solat Asar tuh.. siap² berkemas kain baju.. Weols ke rumah Kak Idah.. singgah umah dia kejap.. borak² dengan Abg Hadi.. dan weols solat Maghrib/Isyak dulu.. iye laa nanti senang tak payah laa.. nak berenti solat kat highway..

Bertolak dari kampung dalam pukul 8 malam.. singgah di Hentian Ulu Bernam beli ayo panas.. dan hantar Kak Yang balik ke Keramat. Weols selamat sampai di rumah dalam pukul 11 malam..


Pemandangan rumah Apak..


Aku ngan anak tersayang.. sempat laa bergambar
di pintu rumah Kak Imah


Hubby aku tengah makan buah teratai..
aku pun 1st taim gak rasa...


Tengok tuh.. nasik lemak..dan lauk²nya dihidangkan...

Nana, Along dan hubbyku

Antara hidangan makan tengahari..


Kak Yang & Kak Imah... dua orang akak ipar ku..


Kak Idah.. tengah rilex jerk kat belakang tuh..


Haiqal (pak cik) & Haziq (anak buah).. lebih kurang jerk umur..


Aku dan kakak² ipar aku.. dan hubby


Bersama anakku dan cucu² ku


Pekan Lumut.. masa nie.. banyak betul kereta parking.. iyelaa
ramai yg ke Pulau Pangkor..


Hmm.. perjalanan yang jem ke Teluk Batik...beratur panjang..


Muka boring sempat lagik posingg.. cuaca sungguh panas petang itu..


Berposinggg...di tepi pantai..


Ramai sungguh orangg...penuh ngan orang² yang berkelah..
dan berehat..




Memerhati.. keadaan sekeliling dan tengok ke laut.. masa ni anak
aku sibuk nak mandi laut tapi tak boleh sebab air pun tak bersih...


Sempat lagik aku capture buah limau kasturi ngan limau nipis yang
Kak Idah bagi sebab aku suka leh buat air masa
cuaca panas² nie..Hmm..sedapppp


p/s : Lambat nak keluarkan N3.. nie.. iye laa ada citer tapi malas hehehe.. so layan je laa yer.. nie baru ada idea.. nak mengarang citer.. hehehe

Thursday, February 18, 2010

Selamat Hari Jadi...





Hari ini.. 18 Februari merupakan hari hubby aku
dilahirkan ke dunia ini.

"HAPPY BIRTHDAY ABANG"

"Ayang doakan moga Abang dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan
yang sihat sepanjang masa... amin"

"Ayang sayang Abang.. dan
terima kasih di atas segalanya..."

***********************************************************************

Rabu, 16 Februari 2010

Hari ini aku EL sebab hubby aku pun cuti jugak..kiranya..hari nie aku dating ngan hubby aku seharian.. hehehehe..

Pagi lepas hantar anak aku ke Sekolah Agama, weols singgah sarapan pagi.. Aku makan mee kari dan hubby makan roti canai telor ngan 2 teh tarik.

Lepas sarapan, weols ke Menara Maybank sebab nak pulang dua kad kredit aku. Iye laa aku cuma pakai satu jerk.. untuk keperluan di masa² kecemasan..Dari Maybank aku ke Selayang laa pulak ke CIMB tempat hubby aku ambik loan kereta.. sebab nak mintak penyata yg dah lama dia org tak hantar. Saje je nak semak.. hehehe mana laa tau kut2 dah dekat nak abis ker..atau terlebih bayor ker.. iyo laa tuh.. Hmm ada setengah tahun lagik nak kena bayo rupanya.. sabo je laa..

Lepas itu pulak aku ke PPUM hantarkan slip ubat. Aku selalunya malas nak tunggu bila dah hantar slip ubat tuh.. esoknya baru aku gi ambik.. iye laa kalau tunggu kang lama bebenor nak dpt ubatnya..

Dari PPUM.. aku ke Care4 Subang Jaya..hubby aku bagi tau kawan dia Nik nak jumpa.. ada business talk sambil² makan tengahari. Nik belanja makan..kat Restoren Naina.. Terima kasih Nik. Makan² dan borak² sampai kul 2.. aku dan hubby pun mintak diri nak balik.. iye laa Nik pun dah nak masuk keje semula. Aku dan hubby ke Masjid depan Care4 tuh.. solat Zohor..

Sesudah solat jam masa tuh.. kul 2.30 petang..hehehe malas laa nak balik.. weols pun ke Mid Valley laa pulak.. Jalan² kat situ singgah kat Pharmacy beli vitamin dan pas tuh ke Harvey Norman nak jalan² cuci mata kat situ tgk barangan elektrik. Dalam pada jalan² saje² tuh 2 barang elektrik sudah pun dibeli..heheheh..aduiyai.. sabo jelaaa..

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.. weols pun balik laa.. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya.. iye syukur laa jugak sebab masa cuti hari raya cina cuaca amatlaa panas sekali..

Sampai di rumah pukul 5.30 petang.. badan tak usah laa cakap punya laa penat bayangkan seharian berjalan..ades.. tapi kiranya banyak benda laa jugak dapat diselesaikan semalam..



Friday, February 12, 2010

Sambutan Hari Jadi Ofismate

Hari nie tengahari dalam pukul 12.30, aku dan ofismate ke Redbox Garden. Iyelah ofismate aku Azrina dan Izzah wat sambutan besday dia orang kat situ.. Iyelah sambil² makan tuh leh laa karaoke.. sambil² release tension kan..hehehe

Temanya warna oren... dah laa malam tadi harus tuh carik gak baju warna oren nak ikut tema laa jugak..sebelum tuh tak tau pun yg dia orang ada tema.. Malam tadi Azrina ada bagi tau masa chat ngan dia kat FB..yg dia orgnya tema warna oren..

Kat Redbox makanannya tak berapa nak sedap laa.. Aku oder nasi goreng ngan air asamboi.. Airnya sedap..laa pulak.. Sempat laa aku request satu lagu yg aku suka nyanyi.. lagu nyanyian Wann.. Aku, Dia & Lagu.. iye laa lagu tu simple tak byk nak jerit².

Member² yang lain ada jugak laa request lagi Inul, Amalina.. Bunkface.. seronok tgk.. ada yang sempat plak tuh berjoget hehehe..iye laaa dah semuanya perempuan kan apa nak dimalukan.. hentam aje laa.. layan kan aje...

Aku letak beberapa keping gambar yang guna kamera aku.. geng² lain pun ada gak ambil gambar.. nanti leh laa tgk kat FB aku..yer.. :)

Okey..laaa.. aku esok insyallah akan balik ke kg kat Perak.. so blog akan sunyi laa.. Pada yang balik ke kg jugak sama² laa kita berhati² di jalan raya...


Besday Kek ini dibuat oleh Cik Meli.. cantik kan...


Sempat lagik..berposinggg...ngan member²


Penuh perasaan...Diana..nyanyi ngan Faz..


Kek coklat Secret Reciepe


Nasi Goreng...kurenggg sedapppp


Air Asamboi..yang sedaaappp sgt... laaa.. cam tak cukup jerkk..hehehe


Besday Gal.. Julia, Azrina..dan Izzah..


Ahakss..sempat tuh posing kat depan..sebelum balik...


Adess.. suma posingg.. sajerk jek pandang ke lain..


Aku dan Diana...

Ahakss.. aku dan Meli.. gambar wajib..tuh..heheheh



Thursday, February 11, 2010

"Mak Apan ilang"

Aku baca cerita ini kat email dan penah jugak baca.. kat blog org lain tapi tak ingat plak sapa..just nak ceria2kan petang2 nie..aku tepekkan kat sini...

*****************************************

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.


Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.


"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.


"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.


***********************
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama-rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara



Wednesday, February 10, 2010

Nasi Ayam..Hmm... Sedapnyaa...

Nak citer pasal makan lagik..heheh iye laa kang tak de citer laa pulak..

Semalam tengahari.. Meli ajak gi makan kat Pantai Dalam.. katanya..Nasi Ayam kat situ sedap.. iye laa aku tak penah lagi makan kat situ..so aku join laaa Meli dan Izah.. Sedap gak laa nasi ayamnya.. dan yang buatkan lebih sedap lagik supnya..tuh.. Tengok ada customer tuh siap mintak supnya..dalam mangkuk besar lagik..

So pada sesapa yang berdekatan ngan Pantai Dalam sila laaa ke gerai yg terletak berdekatan ngan kawasan lapang tempat letak kereta.. kalau hari Ahad rasanya tapak tempat pasar tani...


Ni Nasi Ayam aku...hmm..sedap.. :)


Nie laa Izah...


Izah dan Meli baru selesai makan...


Gambar wajib aku dan meli...




Balik sampai ofis..dalam pukul.. 2.15...hmm..kekenyangan.. mula laaa mata ngantuk..heheheh

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss