Friday, July 30, 2010

Majlis Tahlil Arwah & Sambutan Bulan Ramadan

Pukul 9.00 pagi.. weols ke IPS sebab ada sambutan Awal Ramadan dan majlis tahlil.. Aku sebagai AJK dah standby sebab menguruskan dalam penyediaan makanan.

Majlis nie weols wat dalam dewan kat IPS aje. Aku pun tak sempat nak join dia orang semua baca Yasin. Lepas bacaan Yasin.. ada penyampaian sumbangan pada kakitangan yang kurang berkemampuan. Selain dari itu.. ada gak penyampaian sumbangan pada kakitangan yang baru aje kehilangan ibu dan bapa.

Sementara tunggu yang lain baca doa weols beposing dulu ler..

Ada dadih.. dan Kuah durian yang dermakan.. oleh staf..

Kecoh..semua beratur nak ambik makanan.. tapi seronok..

Antara kakitangan yang hadir..sambil menjamu selera


Hmm...dari kiri TNC, Pengarah, Penghulu & Bendahari NADI, 
boss aku..  dan KPP dari pejabat TNC

Aku dan Cik Mel dan Nur

Dah penat bekerja..makan taim.. 
"Makan.. semua.. hmmm..sedapp tul nasi ayam nie.."

Ada lebih..makanan .. sempat laa tapau bawak balik..hehehe.. Aduss sakitnya..kaki ini..banyak berdiri dan berjalan² sana sini... Dah selesai majlis baru laa terasa penatnya..laa badan.. tapi seronok majlis berjalan dengan lancar.. dan jayanyaa..

Thursday, July 29, 2010

Majlis Perpisahan di Restoren Nelayan Titiwangsa

Tengahari tadi..dalam pukul 12 tengahari, aku dan sebahagian dari kakitangan kat ofis aku nie akan pergi ke Restoren Nelayan Titiwangsa.  Ada majlis untuk meraikan persaraan ofismate aku... Weols nie berdoyun² menunggu bas kat tepi jalan depan ofis weols.. Seramai 70 orang semuanya.. menaiki bas UM ke Restoren Nelayan.. Weols sampai dalam pukul 12.30.. rasanya.. 

Ada sedikit ucapan.. dan penyampain cederamata..oleh Pengarah dan lepas tuh upacara makan...yeeaahaa..


Dalam bas sedang menuju ke destinasi..

Sempat berposing ngan Kak Bitah.. Aku.. dan Fizah.. sebelum 
makan..Kalau tak salah masa tuh Pengarah sedang 
memberi ucapan.. weols ini sempat plak.. bergambo..

Pengarah menyampaikan cenderahati kepada En. Hamid.. 
yang telah berkhidmat di UM rasanya dalam 30 tahun..

Ini makanan yang aku sempat ambik.. nampak penuh sebab 
pinggannya kocik plak..

Muka² yang kekenyangan

Antara... ofismate dari Bahagian Pentadbiran & Kewangan..

Aku sampai di ofis dalam pukul 2.10 petang..

Wednesday, July 28, 2010

Penstrukturan Semula..

Hmm..pagi lagi aku dah sampai ke ofis.. aku clock-in pukul 7.20 pagi. Hari ini aku awal sikit sebab dah hubby aku kena pegi keja awal sebab dia kena pergi ke Pekan, Pahang.. tapi balik petang laa.. 

Sampai ofis.. bukak PC... tgk email, tgk FB.. pas tuh blogwalking laa kejap.. sebelum masuk keje nie.. hehehe.. dan wat N3 baru.. nie haa.. 

Isnin, 26 Julai 2010
Pukul 2.30 petang aku ada meeting Bahagian.  Patutnya meeting ini pukul 10 pagi.. tapi bos aku ada last minit punya site visit... jadi tukar laa petang..  Meeting ini adalah meeting pertama sebab aku kembali semula ke Bahagian Kejuruteraan Elektrik & Elektrikal..  Jabatan aku telah wat penstrukturan semula jabatan..  Dulu aku kat Bahagian Pembangunan Projek..  Boss plak.. masih lagi yang boss aku yang lama sebab boss aku pun kembali ke Bahagian ini jugak.. hehehe kiranya..boss bawak aku sekali laa.. ahakss pembantu dia yang setia ini ler.. cewaahh.. tak laa.. dah dulu sebelum ke Pembangunan Projek, aku di Elektrik.. skrg balik lagi ke Elektrik...bekerjasama balik ngan budak² elektrik..nie..

Antara staf ada Penolong Jurutera dan Juruteknik Elektrik.. 
Gambar ini curi² ambik sebelum mula meeting..  Ini aje sempat 
di capture  iye laa kan aku bizi ambik minit..

Dah abis meeting apa lagik..menjamu selera laaa..

Kalau masuk meeting.. yang aku tak suka.. adalah ambik minit mesyuarat.. eeeii..tak suka! tak suka..!.. iye laa bila ambik minit sumanya wat point² bila nak taip balik kena wat ayat² eeeeii.... tapi nak wat cam na..kan.. dah tugas..kena laaa laksana kan.. 

Untuk 1st meeting ni.. aku oder makan sedap sikit laa.. Aku oder Nasi Goreng Kampung, Ayam Goreng Berempah, Karipap, Kuih Bakar dan Air Teh.... Licin.. 

Meeting selesai pukul 4.30 petang.. 


Tuesday, July 27, 2010

Sup Meletup..

Sabtu, 24 Julai 2010
Aku menemankan mak aku ke Taman Desa Tasik.. kat Sg. Besi. Ada hal sikit kat situ. Dalam pada tuh sempat laa singgah makan breakfast cum lunch terus.. kat gerai Sup Meletup.. Aku pun 1st taim makan kat sini.. teruja tengok periuk sup yang beso² kat situ.. Aku oder Meehoon Sup Campur Ayam dan Daging.. mak aku plak mee sup campur gak.. Rasanya memang meletupsss... Supnya leh tahan gak pedasnya..



Dalam aku sedang menikmati meehoon sup aku.. terpandang laa plate JJCM tergantung kat situ.. rupanya Serina dah sampai ke situ 26/6 hari tuh.. Kalau korang nak tgk tayangan JJCM tuh rasanya akan keluar TV pada Ahad nie sebab aku tengok gazetnya masa Ahad lepas..

On the way balik dari Desa Tasik, hubby aku telefon.. kata yang Abg Uda ada kat umah tengah repair paip dan lampu.. so sebelum balik tuh aku singgah laa beli rojak dan mee goreng mamak.. utk orang kat umah...


Uda tengah dok tukar housing lampu tuh.. rasanya hari tuh Abg Uda tukarkan kepala paip, pas tuh tukarkan plug waterheater yang fius.. seminggu ler.. kesejukan mandi air sojuk... Alhamdullillah sib baik laa Abg Uda aku nie expert dlm kerja² begini.. 



Monday, July 26, 2010

Novel....MAKNA CINTA


Hmm..aku baru aje selesai menghabiskan..novel ini.. dan pada aku cerita ini memang best.. Memula tuh sedih..citer nie.. but at the end.. happy ending.. :)

Sinopsis Cerita Ini...

Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup. Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ. Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas.Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf. Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.


Thursday, July 22, 2010

Jalan & Makan..

Gambar² ini masa weols gi makan² kat Restoren Opah Rendang kat Jaya Jusco Balakong.  Kiranya masa tuh sambut besday anak aku.. Masa aku tengok² gambar terjumpa plak gambar ini.. So aku up kan laa kat sini..



Oder set Nasi Putih, Ayam Percik, Telung Goreng, 
Keropok, Sup Daging.. Kerabu. & Otak². Ini utk anak aku share ngan hubby..

Yang ini aku punya laa.. 
Nasi Putih, Ayam Cili Api, Kerabu, Telur Goreng, Sup Daging & Otak2

Tuesday, July 20, 2010

Kisah Hujung Minggu

Sabtu, 17 Julai 2010
Tak de aktiviti yang menarik hari ni.. cuma aku masak sarapansekali ngan lunch.. senangkan.. Aku masak nasi, wat gulai cili api sardin (feveret den), wat sambal belacan dan goreng ikan pekasam. Pas tu dah petang sikit.. dalam kul 6.30 tuh aku wat nasi goreng plak.. untuk wat makan malam.. 

Ikan Pekasam yang hubby aku beli semasa dia 
pi bawa student gi Lenggong, Perak


Ahad, 18 Julai 2010
Hari ini weols ke sekolah agama anak aku.  Kiranya hari ni Report Card Day  laa.. Jumpa  Ustazah Khadijah..guru kelas anak aku..  Sain Report Card kat situ jerk dan Ustazah bagi laa salinan keputusan peperiksaan itu..Pas tuh Ustazah bagi tau anak aku dah dilantik jadi Ketua Darjah plak.. sebab Ketua Darjah yang lama dah tukar ke  kelas lain..  Pada hari nie ada juga jualan makanan.. Disebabkan beli kupon harga 5 hengget jerk..cuma dpt beli meehoon Sup ngan air je laa.. pas tuh weols gi sarapan kat warung yang berdekatan jerk laaa...




Nasi lemak yang aku punya..

Dalam pukul 6.30 petang mak aku telefon..katanya pewut sakit.. jadi aku bawa dia gi Klinik..Nasib baik klinik nie bukak hari Ahad kalau tak susah jugak Dapat laa 3 jenis ubat untuk sakit pewut dia..tuh..

Kat klinik nie laa aku bawak mak aku
untuk dapatkan rawatan..


Isnin, 19 Julai 2010
Pukul 3.30 pagi aku dapat panggilan telefon.. tengok² kat skrin.. mak aku telefon bagi tau yang sakit pewutnya..tak baik² jugak.. aku suruh dia makan panadol untuk tahan sakit dia..tuh.. Jadi hari nie aku EL..  laa nak bawa mak aku ke A & E kat PPUM.. kebetulan hubby aku pun cuti sebab dapat ganti hari tuh dia keje.. jadi hubby aku laa drive weols ke PPUM..  Sampai kat PPUM dalam pukul 10 pagi..jalan punya laa jem dari Cheras..isshh sabo je laa orang nak cepat jem laa plak jalan.. Sampai kat A&E gi laa jumpa Misi yang bertugas bagi taau laa tentang sakit  pewut mak aku tuh.. iye laa dia komplen sakit pewut tuh tak  baik² kan.. pas tuh byk sakit belah kanan..risau laa plak kut² appendik. Jumpa doktor ambik darah semua.. pas tu tunggu  keputusan  darah pas tuh cek air kencing.. semua.. dalam pukul 3.00 petang baru dapat result.. Syukur bukan appedik.. kalau tak iye laa  kan ke kena operation emergency plak. Doktor kata dalam urine ada infection..so dia bagi laa ubat  antibiotik, ubat pandol dan ubat cuci perut tuh jer. Dah setel ambik ubat weols pun balik laa..

Masa ini doktor tengah nak ambik darah..susah nak 
cari urat.. cucuk sana sini

Friday, July 16, 2010

Jalan² Survey Tempat

Tengahari tadi..dalam pukul 12.20, Aku, Meli, Izah dan Wani.. 
weols keluar untuk menjalankan tugas khas..cewah.. 
tak de laa.. Kan weols nie AJK NADI.. 
jadi weols keluar untuk gi survey tempat untuk 
wat tournament bowling.  Jadi
weols ke The Curve di Kota Damansara.

Wani yang drive keta.. aku dok belakang
ngan Meli

Di depan entrance Pin Bowling di The Curve

Muka² yang suka bergambar..

Tengah berbincang tentang harga dan booking tempat

Weols punya cadangan nak wat booking pada 1 Ogos ni..
 tapi tempat tuh dah ada orang booking plak dalam pukul 
12.30 tengahari.. Mungkin weols akan awalkan game tuh
 pagi dalam pukul 9 kut.. tengok laa masih dalam
perbincangan lagi..

Atas : Izah & Wani
Posing² dulu sebelum makanan sampai

Makanan tengahari Nasi Ayam dan 
Air AsamBoi Limau Kasturi..sedapp..
masam²

Lepas balik dari The Curve.. Wani bawa weols ke 
kedai Nasi Ayam di Seksyen 7, Kota Damansara. 
 Kedai tuh kepunyaan kak ipar dia.  Aku
sebagai AJK makanan bagi Majlis Tahlil nanti nak 
gi laa rasa Nasi Ayam tuh sebab weols plan nak tapau 
Nasi Ayam jerk.  Memang sedap laa
Nasi Ayam dia.. Harga dalam RM3.50 jerk..

Dah makan² weols balik dan sampai ofis dalam pukul 3 petang..

Thursday, July 15, 2010

CL PilihanKu


Hari Sabtu lepas..weols ke Giant.. sebab nak gi beli
CD game untuk anak aku.  Kat sini boleh
 beli CD game tuh ngan 3 keping 10 hengget.

Dalam dia org sibuk pilih CD aku gi laa jenjalan..
Singgah laa kedai cermin mata sebab aku nak beli
Contact Lens. Iye laa stok utk mata aku tinggal
satu jek lagi.. Takut kalau terlupa beli.. naya
jerk.. aku dah laa rabun..

Aku suka beli CL brand Bausch & Lomb Softlen 59
sebab quantity air dia ada 58%. Dulu aku pakai
B&L 38 tapi tu laa quantiti airnya 38% jerk
dan mata cepat kering kalau cam aku nie duk
dalam aircond lagi ler.. Dalam satu kotak ni
ada 3 pasang boleh tahan utk 3 bulan.. dan 
harganya.. RM50 jerk.. kira boleh laa..kan

Credit En. Google
(yang ini bukan kaler nye yer..)

Pernah cuba jugak brand lain tapi rasa cam tak selesa
jerk.. CL 59 nie jugak laa the best untuk aku..

Apa nak buat dah nak rabun..kan.. Aku kalau
pakai cermin mata nie..bukannya tak boleh tapi
rasa pemandangan kita tuh cam tak puas jerk..
Kalau nak buat lasik plak.. adess..harga utk
pembedahan tuh mahal..laa pulak..dan takut pun
iye jugak laa.. Kalau rasa nak melawa beli laa
CL yang kaler² punya.. beli jerk online 
ramai yang jual.. nie nak raya aku dah order
online..untuk stok raya nanti..hehehe


Wednesday, July 14, 2010

Tayar Motor Bertukar Baru..

Semalam aku pergi kerja bawa keta.. Aku sebenarnya.. dah kesedapan bila dihantar gi kerja ngan moto.. heheh iye laa jalan nak ofis aku nie.. akan menempuh jem yang kadang² menyakitkan hati jerk.

Puncanya aku gi keje naik keta sebab tayar moto hubby aku tuh cam koyak..jadi tayar dah lembik. Nasib baik tayar motor tuh jenis 'tubeless' jadi kalau pancit masih lagi boleh bawak moto pergi kedai motor laa.. kalau bukan jenis tubeless maknanya.. menolak ler jawabnya atau tunggu orang² yang kita selalu perati tolong tukarkan tuib tayar motor dan nasib baik jugak perasan tayar tuh lembik masa kat umah lagik..Jadi fikir punya fikir so aku bawak keta aje laaa..hubby plak lepas hantar anak terus ke Sentul.. sebab kat sana banyak choice tayar..

Hubby tukar tayar tubeless juga tapi heavyduty punya.. heheh maklumlaa nak bawak aku nie yg dah terlebih comei nie.. kesian lak kat tayar kang penyet ler pulak..heheheh..  Hari nie.. aku naik motor bertayar baru laa..hehe sedap sikit rasa cam tinggi sikit heheh cam duduk motor besor jer..padahal kapcai jerk..hehehe.. Jadi laa motor ni dah banyak berjasa buat weols. 

Tayar motor baru dan berbunga...
abaikan rim yg itam tuh yer..


Tuesday, July 13, 2010

NADI

Pukul 2.30 tadi aku ada mesyuarat NADI.. Hmm..mesti korang tertanya apa itu NADI.  Mesti korang ingat NADI tuh denyutan kan.. hehehe sebenarnyaa tak laa..  NADI tuh sebenarnya cam satu ahli jawatankuasa yang dilantik di setiap PTj (pusat tanggungjawab).

Aku nie kiranya dah dilantik jadi AJK NADI nie sejak dari tahun 2003  lagi.. Setiap tahun mesti jadi AJK.. hehehe iye laa cam orang penting laa jugak..  Setiap tahun akan ada lantikan baru  dibuat.. tapi ramai yang tak nak ambik tanggungjawab ini untuk menjadi AJK.. iye laa kiranya ini kerja sukarela kan.. tapi aku tak kisah laa.. dah orang lantik aku  okey ajer.. Tahun ini aku jadi AJK Biro Kebajikan dan Kerohanian.. Dolu² aku penah jadi AJK Biro Rekreasi (yang nie setiap tahun aku jadi AJK) sebab selalu jadi AJK nie akan keluar utk survey tempat utk familyday.. lain² tuh yang bestnya..heheh... Setiausaha pun pernah.. tahun 2006..

AJK NADI dipertanggungjawab untuk merangka aktiviti sepanjang tahun.. seperti antaranya.. Sukan Staf (antara staf di jabatan aku nie), coming soon nie.. ada tournament bowling, nie sebelum nak puasa nie ada majlis tahlil dan lepas raya ada jamuan raya plak dan yang besar sekali planning nye nak wat Hari Keluarga.. 

Meeting tadi weols dah plan nak wat Majlis Tahlil/Arwah pada 6 Ogos ini.. So, aku dari Biro K & K menguruskan dari segi makanan.. Dah decide untuk makanan pada majlis ini, weols akan sediakan nasi ayam dan air mineral jer.. maklum laa badjet tak byk pas tuh aktiviti masih ada lagi nak guna duit.. Iye laa pas puasa kan raya.. Masa jamuan raya nanti baru laa wat makanan sedap² sikit..kan.. 


Kebetulan plak baju Izah dan Haris sama.. 
malu2 plak dia org berdua nie..dah plak 
dilabelkan kapel of the year.
Gambar yang bawah tuh Pengerusi sedang 
mendengar pendapat Cik Mell ..

Antara AJK yang hadir.. 
ada juga tak dapat menghadirkan diri

Aku sempat laa pose kejap..heheh

Hidangan minum petang weols.. ini je laa..
dulu² mewah jugak skrg nie..badjet kena kontrol plak


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss