Monday, August 30, 2010

Shopping Raya Utk Anakku

Jumaat, 27 Ogos 2010
Hari ini cuti Nuzul Quran bagi beberapa negeri termasuk laa Selangor. Jadinya.. hubby aku  yang keje kat Gombak anda anak aku yang bersekolah kat Cheras pun cuti laa.. Cuma aku aje yang kerja hari nie.. tapi boss aku pun cuti gak.. so kerja pun tak de laa bz sangat.. kiranya rilex sikit laa keje hari nie.. Pagi ni pergi kerja hubby anta aku jugak laa.. dengan kereta  angkut anak aku sekali..sebab petangnya cadang nak kuar gi KL..

Petang kul 5.30 hubby sampai.. masa tuh hujan rintik².. Memang tau kalau Selangor cuti KL akan jem teruk.. tapi weols nie degil nak harung jugak..haa.. memang terperangkap laa kat jalan dekat 1 jam sebab weols plan nak berbuka puasa kat Kg. Baru.  Sempat gak laa sampai ke Kg. Baru cari tempat makan.. lepas aje berbuka solat maghrib kat Masjid Kg. Baru.

Weols ke Mydin Cahaya Suria.. wahh..tekezut jugak.. ingatkan dah tutup.. sebab kawasan sekitar lenggang sungguh.. iye laa cam tak de orang.. plak.... tapi tengok masih bukak lagik.. cuma pintu depan je yang bukak.. so sebelum masuk tuh tanya laa kul berapa tutup.. So guard tuh kata dalam pukul 11 malam..  Dengan keadaan yang lenggang tuh.. seronok gak laa.. membeli belah.. Weols cari barang² kelengkapan untuk anak aku tuh.. iye laa senang bila dia ada..kan.. Nanti kita pilih tak berkenan pulak... budak² skrg nie dah pandai dah nak bergaya.

Dapat laa beli sepasang baju raya dan beberapa helai t'shirt ngan seluar untuk dia..serta songkok.. Barang untuk weols kemudian hari laa beli.. Dah selesai membeli belah.. tuh weols pun balik laa.. sampai kat rumah dalam pukul 11.30 malam.. nasib baik jalan tak berapa nak jem sangat..

Beberapa jenis barang yang dibeli...

Beli 2 songkok untuk anak aku satu tuk raya 
satu lagi utk gi sekolah.. 


Berbuka Puasa Lagi..

Rabu, 25 Ogos 2010
Lambat plak nak kuarkan N3 yang ini..sebab hari tuh tertinggal lak kamera.. nak upload gambar.. Aku jarang update blog kalau dari rumah.. kat rumah kalau on9 cuma blogwalking jer..

Hari ini ada jemputan berbuka puasa lagi.. Kali ini weols ke Hotel Armada, PJ.  Dekat jer dari ofis....
Tapi keadaan sangat laa 'cramp' tempat yang weols duduk tuh.. tapi nak wat cam na kan.. dah ramai sangat plak orang yang datang berbuka puasa kat situ.. Makanan yang dihidangkan seperti gak tahun² lepas.. macam² adaaa.. 

Ini adalah makanan yang aku ambil pada hari tuh.. ada lagi.. 
banyak makanan tapi tak lalu dah nak makan.. byk minum air jerk..

Tak banyak gambar yang aku ambil..pada hari tuh.. maklum laa keadaan yang tak berapa selesa...

p/s :  Keesokkan harinya.. 4 orang ofismate aku keracunan makanan.. nasib baik aku tak kena.. alhamdullillah..


Thursday, August 26, 2010

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Dapat dari email ku kongsi di sini..untuk renungan kita bersama.. :

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak
 malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut 
diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, 
sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama syaitan


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS


6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'


Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!


7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.


8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA....dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Monday, August 23, 2010

Tropicana Golf & Country Resort

Sabtu, 21 Ogos 2010
Alhamdullillah..rezeki untuk berbuka puasa  datang lagi.. Kali ini weols dapat jemputan ke Tropicana Golf & Country Resort, PJ.. Aku tak pernah lagi sampai ke sini.. lepas je solat Asar siap² dan weols gerak dari rumah dalam pukul 5.30 petang.. Iye laa tak penah sampai dan tak berapa reti sangat jalan ke sana.. tuh yang keluar awal tuh.. Berpandu kan map juga laa.. weols pun redah jer.. cari jalan.. dan jumpa pun simpang ke Tropicana.. Melintasi security.. dapat visitor pas.. pas tuh weols pun park laa keta.. masa tuh dalam pukul 6.15 petang..  Rupanya ada plak disediakan 'buggy' datang ambil weols kat parking lot nie.. Best plak..  

Sampai di lobby aku tunggu ofismate aku Kak Bitah & family sampai.. sambil² ambik gambor laa apa lagi.. Bila Kak Bitah sampai.. weols pun tanya laa tempat yang telah dibooking.. tuh.. rupanya weolsnya table kat ballroom kat sebelah atas.. Kat Tropicana nie.. banyak section dia orang buka untuk majlis berbuka puasa nie.. Kalau tak salah kat sini harganya.. RM65++ untuk buffet.. kiranya..tak de laa mahal sangat... berbanding di hotel.  Antara makanan yang dihidangkan.. ada.. Nasi Minyak, Nasi Ayam, Spegatti, Nasi Lemak.. Yong Tau Fu.. KueyTeow Goreng, Udang Galah Sambal.. Satay, Kambing Golek, Laksa, Sup Kambing/Lembu pun ada.., Air Tebu, Air Teh Panas..dan banyak lagi.. laa.. tak ingat dah..

Sempat aku snap gambar ini..

Sekitar Tropicana.. dan buggy yang weols naik...

Posing dulu sebelum masuk..

Gambar dalam ballroomnyaa..

Gambar yang wajib di ambil..hehehe..
 semestinya makanan yang aku ambil

Hmm.. Laksa pun aku ambik gak.. 

Buah²an dan kuih muih..

Posing² kat Lobby..

Kat sebelah bawah ada plak nyanyian



Bersama teman²

Orang ramai sedang menunggu buggy datang ambil..

Sampai di rumah dalam pukul.. 10 malam... hmm..kenyang betul.. syukur alhamdullillah.. Insyllah ada lagi tempat nak pi berbuka pose.. tunggu aje N3 seterusnya..

Friday, August 20, 2010

Bora Asmara

Rabu, 18 Ogos 2010
Hari ini aku mendapat jemputan dari x-boss aku.. Dia jemput woels semua pergi berbuka puasa di Bora Asmara di Sg. Penchala.  Sebelum sampai tuh aku agak tersesat sikit.. nasib baik naik motor jer.. senang nak pusing kalau dah tersalah masuk simpang..  Sampai di sana dalam pukul 7.10 malam.. Restoren nie.. kiranya cam adik beradik dengan Bora Ombak yang kat Gombak tuh.. nie pun 1st taim aku sampai ke sini.. Restoren ni terletak kiranya betul² dalam Kg. Sg. Penchala..  Style ala-ala Bali sikit laa..

Entrance.. nak masuk ke Bora Asmara

Keadaan sekitar Bora Asmara siap ada live akustik muzik.. 
gi meja ke meja.. tapi kat tempat aku tak sempat 
sebab dah nak balik..

Antara makanan di meja hidangan utama

Sebelum makan.. pose laa dulu..

Antara makanan yang aku ambil.. ada pucuk paku, lala, 
ikan goreng sambal, sipu sedut..

Lepas solat Maghrib.. aku makan laksa plak..

Ini plak sup ayam, satay dan sata..

Aku dengan Yati x-ofismate aku, Kak Hasnah dan Abg Arifin..


Aku balik dalam pukul 9 lebih.. pas tuh ujan plak..harung laa hujan.. sampai kat Cheras kering laa plak..


Thursday, August 19, 2010

AD + IZ


Novel ini aku dapat  abiskan sebelum mula puasa hari tuh..Jalan cerita nya.. memang  best sgt.. Pas tuh gaya tulisannya plak.. sempoi jerk.. ikut gak laa bahasa org zaman skrg nie.. Kalau sapa² peminat novel.. dptkan di pasaran.. tak rugi membacanya..

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.  Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.  Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.  Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.  Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.  Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.  Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.  Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.


Tuesday, August 17, 2010

Berbuka Puasa di Keramat

Sabtu, 14 Ogos 2010
Hari nie aku berbuka di Keramat.  Seperti tahun² yang lepas² jugak laa... kiranya perkara wajib mesti berbuka puasa ngan keluarga kakak ipar aku.  Sebelum gi ke Keramat singgah kejap ke bengkel kereta sebab kereta cam 'jerking' plak.. pas tuh tengok plak minyak break cam dah tinggal 1/2 jerk.. so gi tambah laa..sampai penuh balik.. pas tuh baru ke Keramat.  Sampai dalam pukul 4.30 petang.. masa tuh Angah tak de kat rumah.. Yang kata dia orang ke Care4.. beli barang tapi tak lama tuh Angah pun balik..  So aku pun ada laa tolong² Angah dan Kak Yang menyediakan juadah berbuka puasa.. Kak Yong plak sampai dalam pukul 6.30 petang..

Tuu diaa.. Angah tengah menunjukan skill nya 
membuat mee gorang..

Kak Yang sedang membuat Ikan Siakap Kukus

Antara juadah weols .. Sambal Udang Petai, Mee Goreng, Tomyam 
Campur, Sayur Sawi, Ikan Siakap Kukus dan Kuih Kurma

Tengok laa anak bujang Angah dan anak dara Kak Yong..
dah ready.. duduk depan makanan...

Sedang menanti waktu berbuka pose...



Weols balik dari Keramat dalam pukul 9 malam.. tapau mee goreng ngan sambal udang untuk sahur.. Hmm..sedapnyaa...teringatkan makanan tuh semua...

Monday, August 16, 2010

Berbuka Puasa di Singgahsana

Jumaat, 13 Ogos 2010
Seperti tahun yang lepas² aku akan pergi ke Hotel Singgahsana untuk berbuka puasa atas jemputan.  Iye laa kalau tak de apa² hal memang aku akan pergi laa.. iye laa dah orang belanja.. pergi aje laa.. kan.. 

Bertolak dari ofis dalam pukul 6.30 petang.. kebetulan plak petang tuh hujan le ... aku naik moto jer ngan hubby.. kena laa pakai baju hujan le plak.. hehehe.. tapi tak per nak makan punya pasal.. aku gagahkan juga ke sana.. Sampai dalam pukul 7.00 malam.. dan cari laa meja weols.. rupa²nya dah direservedkan.. sebuah meja yang untuk 2 orang jer..hehe dpt meja 'kapel' cam bercinta plak..heheh  yang lain ada yang berkeluarga.. dan yang bujang².  Banyak laa pilihan seperti dulu²  dan nampak cam sesak jugak...laa..

Ini meja makanan utama.. untuk hidangan nasi dan lauk pauknya..

Ini aku punya.. 

Sedia menunggu azan..

Kebetulan plak hari tuh.. kat Singgahsana, kumpulan Rabbani 
buat persembahan.. sedih plak teringatkan Uztaz Asri.. 
kiranya dah setahun beliau meninggalkan dunia yang fana ini.. 

Lepas solat Maghrib layan plak laa mee kari..

Sebelum balik posing laa kat banner nie..

Balik plak dalam pukul.. 9 malam..

Thursday, August 12, 2010

Tiada Yang Kedua


Buku ini aku dah lama dah abis baca.. tapi tak sempat nak share kat sini.. lepas pada buku nie ada lagi yang aku dah selesaikan pun..nanti dalam next N3 plak yer.. Jalan cerita dia pun best.. nie ada sinopsis tentang novel ini...

NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?



Wednesday, August 11, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

Dua minggu lepas.. ada plak sorang penjual buku tetiba jer tersembul kat depan aku kat ofis ni..ditunjukkan buku nie.. Memula tuh..aku cam tak minat jer.. iye laa.. kalau benda² yang tak berfaedah tuh tak nak laa aku beli.. Budak penjual tuh tunjuk laa kat aku..dan belek² laa buku ini.. tengok..isi kat dalam nie.. padat  so aku pun oder laa.. Buku yang merangkumi  Modul Fardu Ain.. siap ngan gambar yang cantik...  Tak rugi laa kalau sesiapa nak mendapatkannya.. 

Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT 
oleh Dato' Ismail Kamus..




Cara² solat berbaring..

Syarat² Jamak Qasar


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss