Thursday, January 06, 2011

Apa Sebab Abby Terkejut Memey Jawab Panggilan Norman?

Cerita yang panas lagi sensasi..
Kredit ~ Murai.com


KL, 5 JAN 2011: Kesian pulak Murai Batu bila mengenangkan keluhan aktres Abby Abadi tentang perihal sikap Memey dan bekas suaminya, Normah Hakin seperti yang dinyatakan di dalam akaun facebooknya.

Mungkin ada yang menganggap keluhan Abby itu sama sekali tidak berasas. Mengapa pulak Abby nak rasa bengang bila Memey yang jawab telefon Norman pada waktu pagi hari pertama persekolahan sesi tahun 2011 dimulakan.
Dah Memey tunang dia. So what? Biarlah, diaorang nak buat apa pun. Yang nyata Abby dah takde hak lagi ke atas Norman.

Itu adalah antara kritikan yang dilemparkan terhadap Abby yang Murai Batu dengar daripada beberapa pihak. Tapi, secara jujurnya Murai Batu tak wajar sungguh bila Abby dilemparkan dengan kritikan yang sebegitu.

Bukan Murai Batu ni nak menangkan Abby. Tapi, apa yang Abby perkatakan itu sedikit-sebanyak pun ada benarnya. Si Abby telefon Norman pasal kes sekolah anak-anak soal, yang si Memey sibuk nak jawab panggilan tu, kenapa?

Tidak ada sebab bagi Memey nak jawab panggilan tu pun. Memang wajiblah kalau si Abby tu naik darah. Apa taknya, dahlah Norman lewat hantar anak-anak pergi sekolah pada hari pertama sesi persekolahan tiba-tiba Memey pulak angkat telefon beritahu: "kejap-kejap Abang tengah siap".

Murai Batu tak tahu apa yang ada dalam fikiran Abby waktu mendengar suara Memey tu. Tapi, jawapan yang diberikan oleh Abby: "Pergi gatal, tak malu ke angkat jawab panggilan aku? Bangga sangat ke menunjuk-nunjuk duduk serumah?"

Memey pula membalas, "Biarlah, sibuk je" lalu dia pula letak (batalkan panggilan) telefon itu.

Anak-anak Abby yang dapat mengecam suara Memey pulak cakap: "Eh, apa hal dia angkat?

Kalau Murai Batu di tempat Abby, dah tentulah Murai Batu akan terus berprangsak buruk. Apa yang Memey buat dengan Norman kat rumah? Adakah sebab dia di situ punca Norman lambat ambil anak-anak?

Korang, fahamkan apa maksud Murai Batu. Dalam hal ini, bukan kita nak tuduh yang bukan-bukan tentang Norman dan Memey. Tapi, cara mereka boleh mengundang banyak takfsiran. Betul atau tidak tafsiran tersebut, wallahualam.

So, kat sini Murai Batu nak nasihatkan Memey. Janganlah sibuk-sibuk nak masuk campur tentang hubungan Abby dan Norman dengan anak-anaknya. Tak cukup lagikah dengan gelaran perampas yang Memey miliki tu? Janganlah bagi orang semua makin meluat lagi dengan Memey.

Norman pun, kalau ya sayang sangat kat tunang, tapi tak payahlah sakitkan hati bekas isteri dan anak-anak sampai macam tu sekali. Mungkin, perkara itu bukan disengajakan Norman tetapi sebagai lelaki, kita tidak boleh ambil mudah sesuatu perkara. Sebab, esok-esok banyak yang ditanya bila di akhirat nanti.

Murai Batu harap Memey dan Norman janganlah terasa hati dengan kenyataan Murai Batu ni. Semua ini adalah satu pandangan yang berguna buat kita semua. Bukan apa, tak seronoklah bila dengar cerita-cerita macam ni keluar.


15 comments:

  1. hurm..baru bertunang dah menyibuk (tp moskil cemana pepagi lg dah jawabkan tepon tunang dia? ke sekolah petang? tapi kalau pg- hurrmmmm...paham2 sendiri la kan )

    ReplyDelete
  2. camtu la kalau culture shock..hish meluat la dgn si memey tuh..cam gedik

    ReplyDelete
  3. Tima kasih kongsi berita hiburan..
    lama betul sy tak ikut perkembangan dunia hiburan terutama gosip2 hangat ni..aduii..
    pdhal dulu...tengahari ahad je dh tercongok dpn tv nak tgk rancangan melodi..erm..
    byk dh citer yg tertinggal...hehe

    ReplyDelete
  4. diorang nie tak serik-serik ke..sian abby sabar je la..

    ReplyDelete
  5. memey ngan si norman tu patut kawin jek kan kak....ni tak abis2 buat kontroversi....gelabah die bile abby kuar kan cite ni kat fb die hahaaha

    ReplyDelete
  6. sejak abby berpisah ngan norman terus weols tak suke norman & memey haha

    ReplyDelete
  7. cerita artis malaysia...dah mcm artis obersee pulak sekrang ni...duk serumah bagai...hmmmm...

    ReplyDelete
  8. akak pun geram bila baca kisah ni..pagi-pagi kat rumah tunang?buat apa..fikirkanlah sendiri.

    ReplyDelete
  9. dari dulu smpai skg mmg kite xsuke memey tuh..erghh.. :)

    ReplyDelete
  10. Salam singgah dan kenal.



    Kesian Abby.


    Orang kata Memey tu memang sememeh .. hehe..

    ReplyDelete
  11. Eye Nee jum kita kahwinkan dorang ni. Alah kalau tak cukup duit, nikah je dulu. apa nak malu, itu yg wajib. itulah retis, nak kahwin grand je.

    ReplyDelete
  12. kan dah kena sejibik menyibuk lagi..kalau dah kawen tu lain citerla

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss