Monday, January 24, 2011

GURU BUAS DI JEL 12 TAHUN

Apa laa nak jadi.. Harapkan Pagar.. Pagar Makan Padi.. 
Ingatkan guru boleh laa menlindungi tapi dia sendiri yang wat t**k...
Ikss... tak cukup tuh 2 sebatan.. bagi laa lebih!!


Kredit Metro Online

KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.

Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.


Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.



12 comments:

  1. mmg tak cukup 2 sebatan.. tak leh harap betullah.. bukan nak mendidik tapi nak memuaskan hawa nafsu pulak

    ReplyDelete
  2. Memang tak boleh pakai punye cikgu...

    ReplyDelete
  3. betui2..hrpkan pagar..pagar mkn padi kan...

    ReplyDelete
  4. yang tak tahan, ada tunjuk muka.habislah, lepas ni dia keluar, kena pukul ramai-ramai. marah pulak tu.

    ReplyDelete
  5. Dasar napsu serakah...merosak kan masa depan budak tu jer...elok nyer ko ditembak dgn senapang gajah...

    ReplyDelete
  6. adoii mcm mana nie ?? huhuu sedih lahh mcm nie ..
    apalahh nak jadi dunia nie .. huwaaaaa

    ReplyDelete
  7. patut kene sebat lebih lagik tu huh!

    ReplyDelete
  8. macam2 ragam orang kt dunia ya..dijauhkan

    ReplyDelete
  9. eee.. hampeh tul cikgu ni
    campak kat kandang rimau lagi bagus.. kenyang rimau tu seminggu!!

    ReplyDelete
  10. salam ziarah...
    mcm la boleh jd mcm ni...

    ReplyDelete
  11. nauzubillah..kesian kat mangsa ..merana seumur hidup

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss