Friday, January 07, 2011

KAU Milikku



Ini adalah salah satu lagi novel yang menarik untuk dibaca.  
Ada part sedih dan yang penting happy ending laa.. 
Aku sempat habiskan baca novel 2 minggu lepas

Sekarang nie ada lagi novel yang aku sedang baca tapi
tak leh nak concentrate sangat.. iye laa tak de masa
tunggu weekend aje kut.. 
 Iye laa balik keja dah penat nak urus hal 
keperluan anak lagik.. adess..

Korang layan laa Sinopsis citer nie yer.. 


Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.


8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

Aku bagi 5/5 bintang


4 comments:

  1. sanagt teringin ciklinn nak baca novel.. tapi masa mmg betul ade... kalu ada pun mesti umar nak baca sama... huhuhuhu

    cerpen dlm majalah mingguan wanita tu pun kan.. masa terberiii baru baca.... hahah

    ReplyDelete
  2. rajinnya Rinna melayan novel. Dulu kita suka, tapi yang bestnya bila baca tak boleh berhenti.

    ReplyDelete
  3. selamat membaca..

    jangan sampai lupa masak ye.huhu..gurau.

    terkadang klu baca novel, selagi tak habis..mesti nak sudahkan apatah lagi klu cerita menarik..

    ReplyDelete
  4. dah lama akak tak baca novel, beli aje letak kat kepala katil, baru baca 2 muka surat, dah zzzzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss