Tuesday, January 11, 2011

Pasal Isu Luahan Facebook Abby, Apa Jawab Memey?

Kredit to Murai.com


10 JAN 2011: Rasa Murai Batu ramai yang dah tahu pasal luahan hati aktres Abbby Abadi terhadap Memey dengan bekas suaminya, Norman Hakim seperti yang dinyatakan dalam akaun Facebook. Tapi, apakah pula kenyataan maklum balas daripada Memey.

Dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Memey khabarnya memberitahu kalau boleh tak mahu komen apa-apa langsung tentang hal tersebut. Namun, dia akui yang dia memang tak tahu bahawa panggilan menerusi telefon bimbit Norman itu datangnya daripada Abby.

Sebab, itulah dia jawab panggilan tersebut. Ia bukanlah sesuatu yang disengajakan olehnya. Maksudnya, takde niatlah agaknya untuk Memey buat macam tu (jawab panggilan Abby menerusi telefon Norman).
Seperkara lagi, nombor telefon Abby pun memang tak tertera di dalam telefon bimbit tu. Malah, Memey juga tak rasa bahawa ianya adalah satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Lagipun tak salah baginya untuk menjawab panggilan telefon tunangnya, Norman.

Murai Batu setuju dengan apa kata Memey. Memang, tidak ada salahnya pun dia buat macam tu. Tapi, kalau Memey mengelak diri daripada melakukannya, mungkin benda ni takkan jadi sebesar ini.
Mungkin Memey akan persoalkan, kenapa dia perlu mengelak diri daripada melakukannya sedangkan dia dah pun jadi tunang Norman, manakala Abby pula hanyalah sekadar bekas isteri saja.

Kalau hendak diikutkan secara rasionalnya, memang Abby dah takde apa-apa hak lagi ke atas Norman. Tapi, Memey pun kena ingat bahawa sebagai bekas isteri bukan mudah untuk Abby lupakan hal yang dah lepas-lepas.
Semua ni perlukan masa. Bukan boleh lupakan macam tu saja. Memey mungkin tak rasa sangat kesannya sebab dalam soal ini, dia tidak berada di tempat Abby. Tekanan yang dirasai Memey mungkin tak seberat yang dirasai oleh Abby.

Jadi, dalam soal ni, Memey kena beri masa pada Abby supaya Abby dapat memulihkan emosi dan perasannya. Elakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitivitinya.
Lagi satu Murai Batu pun nak komen sikit pasal kenyataan Memey yang kononnya dia tidak tahu panggilan itu dibuat oleh Abby. Sebab nombor Abby takde tertera di telefon bimbit Norman.
Mungkin betul apa yang Memey cakap. Tapi, kalau dianalisa daripada kenyataan Memey ni, Murai Batu terasa macam masih ada kepincangannya. Sebab, pagi itu Norman tengah bersiap-siap untuk menghantar anaknya bersama Abby ke sekolah. Tapi, Norman terlewat.

Sebagai tunang yang ketika itu bersama Norman (Murai Batu sendiri pun tak faham dan tak mengerti kenapa Memey ada kat situ), bila dah tahu Norman terlewat mesti Memey dah boleh dapat agak yang Abby akan call Norman. Mesti Abby nak tahu Norman kat mana dan kenapa tak sampai lagi.

Murai Batu rasa Memey pun dah cukup bijak untuk memahami keadaan ini. Yelah, kalau Memey licik jawab soalan wartawan pasal hubungannya dengan Norman masa rumahtangga Norman-Abby berada dalam keadaan yang getir, tentu dia pun boleh faham dengan benda-benda macam ni.


9 comments:

  1. hurm nyampah la pompuan cemni..low iq..jwpn dia nmpk sgt tipu, rekaan semata..ayt yg akak highlight merah tu mmg sgt jelas..sudah terang lg nk bersuluh gitu kn si memey nih...huish mtk simpang la dr keturunan cemni..dem! >_<

    ReplyDelete
  2. tak suke citer pasal memey ni, menyampah

    ReplyDelete
  3. masing2 ada nak pertahankan pendapat masing2...

    ReplyDelete
  4. betui apa yg murai batu ckpkan tue..hehe

    ReplyDelete
  5. nyampah tul ngan memey ni huhuhu

    ReplyDelete
  6. Ada orang 'cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar'... hmmmm.. cemana tu???

    ReplyDelete
  7. cerita nie angah baca masa abby kuarkan statement kat fb nya last week angah ada gak terbaca

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss