Tuesday, January 18, 2011

Risaunya Aku..

Sabtu, 15 Januari 2010
Aku dapat panggillan telefon dari makcik aku dalam pukul 12 tengahari.  Dia bagi tahu yang Pak Teh aku berada dalam keadaan lemah sangat.. Aku dan emak dah nanges² dah.. Weols siap² pas tuh pergi ke rumah Pak Teh kat Setapak Jaya.  Pak Teh aku sebelum ini telah pun masuk wad di GHKL sebab masalah kesihatan dia selama 2 minggu.  Pas tuh GH bagi home leave dan kena balik semula ke GH.  Tapi sebab Pak Teh tak berapa nak suka cara GH.. dia tak nak gi hospital dan ini menyebabkan sakitnya bertambah teruk.  Aku dan makcik bila sampai kat umah dia.. weols pujuk dia pergi hospital.  Alhamdullillah dia setuju dan weols bawa dia ke PPUM plak.

Panggil ambulan datang bawa Pak Teh dalam pukul 2 petang dan terus ke A & E PPUM dan ditempatkan di wad kecemasan.  Nasib baik ada bawa dokumen² hospital GH.. boleh laaa direfer plak pada doktor kat PPUM.  Kat PPUM dia orang wat XRay, cek kencing (masa nie Pak Teh pakai tiub kencing).  

Bila dah dapat keputusan didapati kena infection yang kuat.  Jadi doktor masukkan antibiotik.  Kuman dah serang buah pinggang dia.. Aku tengok pun cam nak nanges jerk.. Kencing dia kotor sangat.  Doktor masukkan tiub cuci kencing dia..ngan ubat air kut.. tak pasti plak.. tapi pas tuh tengok kencing yang keluar jadi bersih jerk.

Aku berada di PPUM dari pukul 2.30 petang tuh.. sampai laa pukul 10.30 malam bila dia di tempat di wad sebab dia naik ke wad dari A & E pukul 9.30 malam.  Iye laa weols tak nak balik selagi dia tak masuk wad.  Di wad MakTeh tunggu kan dia.  

Setakat ini aku dapat info dia dah ada selera nak makan... Alhamdullillah.. Aku cuma berdoa agar dia cepat sembuh.  Balik dan sampai umah dalam pukul 11 lebih.. Aduhaiii penatnyaa laaa badan sebab banyak berdiri..

Keadaan di wad A & E


Paramedik baru jerk hantar pesakit..


Ini laa Pak Teh aku..masa nie dia lemah sangat..
Mak Cik aku riso sungguh..dengan keadaan
 Pak Teh masa tuh..


Sebelum balik tuh singgah makan.. sebab pewut lapar sangat..
Makan nasi lemaak kat kafe PPUM 


Makan plak ngan Ani Sup Utara.. (Ambil sup campur)

9 comments:

  1. Bila org yg kita syg jatuh sakit..sape laa yg tak keruan?? ermm

    ReplyDelete
  2. salam..

    Harap pak teh kak rina cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. rinna, tak pelah penat untuk orang yang tersayang. Penat tu, akhirnya dapat makan yg sedap.Semoga pak teh Rinna, cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. ieda doakan pak teh rinna kembali pulih dan ceria kembali .. sama2 berdoa ok rinna ..

    ReplyDelete
  5. alahai ciannye pak teh akak...harap pak teh akak cepat semboh yeak...risau kan kene infection nie...lagi2 dah berumur, mcm2 penyakit boleh dpt...same2 kite doakan kesejahteraan pak teh yeak kak....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan Pak Teh..

    ReplyDelete
  7. Semoga Pak Teh Rinna sembuh ya...dah tua2 cam ni mcm2 penyakit dtg menghampiri kan...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss