Monday, February 28, 2011

Siti Sarah & Shuib Selamat Diijabkabulkan


Sweet jer Sarah


Kredit : Murai.com


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2011: Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah pun sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang telah berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.

Mempelai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat serta ditata rias oleh Deq Sha ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Perseketuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar.

Selain disaksikan oleh ramai tetamu dan media yang hadir, pernikahan mereka juga telah disaksikan oleh bapa Sarah sendiri iaitu Raissuddin Hamzah dan ibunya Nooriaini Mohamad yang merestui perkahiwinan satu-satunya puteri mereka.

Siti Sarah yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Shuib bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.

Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM1000 dan lima dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Siti Sarah seperti kitab Al-Quran Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh dan kek perkahwinan dari Blooming Cake.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak keluarga kedua-dua belah pihak.

Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Shuib yang lega selepas diijabkabulkan berkongsi bibit-bibit cintanya bersama Siti Sarah selama dia mengenali isterinya itu.

"Sarah merupakan orang yang pertama membuka hati saya untuk serius dalam perhubungan. Dialah satu-sataunya wanita yang dapat menambat hati saya untuk terus mahu bersama dengannya untuk selama-lamanya.
"Dia sangat istimewa dalam hidup saya. Selepas saya kenal dia, dia telah buat saya menjadi insane yang lebih baik dan mula fikir mengenai masa hadapan. Sikap manjanya membuatkan saya tak mampu untuk berjauhan dengannya," luah Shuib.

Sementara itu, Sarah yang tersenyum disamping sumainya ketika di temu bual bagaimanapun memberitahu Shuib dan dirinya mempunyia satu arah yang sama yang membuatkan dirinya yakin untuk bersama Shuib untuk selamanya.

"Saya susah untuk menerima cinta dalam hidup saya. Tak mudah untuk saya berikannya begitu sahaja tetapi bila saya benar-benar cintakan seseorang, orang itu akan saya genggam erat untuk selamanya.

"Saya kagum dengan kesungguhan Shuib untuk mendapatkan saya. Dia seorang yang penyabar, jujur dan sangat telus dalam perhubungan. Apa yang paling penting kami mempunyai satu jalan yang sama untuk kami tuju. 

Namun apakah persamaan itu biarlah kami berdua sahaja yang tahu,"jelas Sarah yang tersenyum manis.
Majlis nikah yang serba sederhana serta indah itu telah dihadiri oleh bapa hanya sanak saudara terdekat dari kedua -dua belah pihak dan cuma kelihatan beberapa tetamu selebiriti seperti Sharifah Shahira dan suami, Ijoy serta composer Aidit Alfian Mohd Dom.


p/s : Selamat Pengantin Baru buat Shuib dan Sarah.  Moga perkahwinan yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang soleh & solehah. Amin..



Kredit : Video dari budiey.com

3 comments:

  1. dulu ngan mat salleh...hehheheeheh...akhirnye dengan si shuib ni jugak...alhamdulillah...semoga bahagia selamanya...

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk dorang ni.semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss