Wednesday, March 09, 2011

Jimmy Tuntut Isteri Taat

Napa laa tak terurus jer.. rupa Jimmy nie skrg.. 
Dulu kan main ensem jerk.. 
Nie mesti frust fikir pasal bini dia nie..



Kredit : Metro Online

SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.  Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna. 

Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan. “Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu,” katanya.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.  Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini. 


Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.  Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.


“Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi,” katanya.  Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai. 


Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga.  Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.  Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu.


Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya.  Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka.


p/s : Kesian plak aku tengok si Jimmy nie baru je kahwin dah ada masalah.. Dah laa tuh isteri plak tengah mengandung.. Moga perkahwinan Jimmy dapat diselamatkan.. Kesiankan laa anak yang bakal lahir tuh.. 

14 comments:

  1. yelah..sian dgr kisah jimmy ni..smoga slmt semuanya and smga kekal bahagia dgn isteri tercinta =)

    ReplyDelete
  2. moga rumahtangga dia dapat diselamatkan..

    ReplyDelete
  3. selalu bila kahwin anak org kaya
    mesti berakhir mcm tu..

    ReplyDelete
  4. kesian... ape la nasib dia. moga mereka berdamai demi kepentingan bersama, yang paling penting anak yang bakal dilahirkan.

    ReplyDelete
  5. Tak tau nak kata apa..

    Ni lah risiko kawin dgn artis..

    Dan kawin dgn anak tunggal jutawan..

    Kawin tak sampai 3 minggu, dah ada problem...

    Ngalahkan artis Hollywood

    ReplyDelete
  6. bila dah membabitkan perasaan ni, susah nak cakap ape..semoga pasangan ini berjaya menyelesaikan kemelut yg melanda..

    ReplyDelete
  7. psycho kot pompuan tu
    takpun spoil.. sbb anak manja

    ReplyDelete
  8. lagi serabai lagi ensem dia ka...kikikiki

    ReplyDelete
  9. masalah dalaman dorang, mana kita tahu.sebagai sesama islam kita doakan yg terbaiklah buat hubungan dia suami isteri.

    ReplyDelete
  10. herm... macam2 masalah sekrang ni.. harap diselesaikan dgn cara baik

    ReplyDelete
  11. enth apa lah masalahnya kan..sampai tinggal berasingan..

    moga hubungn mereka ni kembali pulih..kesian pada anak tu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW : GORENGBAIK

    ReplyDelete
  12. biasa macam tue la artis..kalau ada jer..berita sensasi mesti kata tidak.. tapi hakikatnya ia.. hanya diorang jer tahu..apa pun.. fikir2 & terus berfikir

    ye la dah tak encem..

    ReplyDelete
  13. tulah pelik sgt .. baru sgt dia kawin .. kenapa sblm kawin x fikir masak2 .. nie yg dinamakan perbuatan ikut perasaan tapi bukan ikut akal fikiran ..
    apa2 pun kita doakan yg terbaik bagi mereka .. atau ini adalah trend artis2 skrg huhuh sedih ...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss