Wednesday, March 23, 2011

ReUnion S.M Convent Sentul

Ahad, 20 Mac 2011 seperti yang pernah aku ceritakan tentang hendak mengadakan Reunion sekolah weols.. akhirnya tiba laa harinya.  Majlis Reunion ini telah di adakan di Bilik 4, Hotel International Kuala Lumpur.  Aku sampai di sana dalam pukul 12.30.. iye laa dah jadi AJK kena laa datang awal.  Nasib baik tak terperangkap dalam jem.. mana taknyaa.. masa hari tuh banyak jalan ditutup dan tak pasti sebab apa.  Aku dihantar oleh hubby sebab dia plak nak ke kenduri bossnya di Bangi.

Pendaftaran dibuka pada pukul 1.45 tengahari.  Ramai yang lambat sebab terperangkap dalam jem dan hari plak hujan lebat.  Sapa yang mendaftar dapat goodie bag dari PDRM dan juga bag kat dalam ada majalah dan pencuci muka yang telah disponsor oleh Cik Azura, MC weols pada hari tuh.

Seramai 46 orang telah menyertai reunion kali ini.  Tahniah pada Puan Siti Zarina yang telah berjaya menganjurkan program ini.  Alhamdullillah apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar.  Iyelaa lepas nie tah bila laa dapat berjumpa kembali.

Bermacam acara di adakan.  Ada muzikal chair, poco², jawab soklan lagu sekolah dan macam² lagi.  Ada juga cabutan betuah. Hadiah ini sebenar adalah dari weols yang hadir sebab sapa² yang datang hendaklaa membawa hadiah.. kiranya betukar² hadiah laa..

Makanan pun banyak dan kiranya berbaloi sangat sebab bayar RM40. Majlis berakhir dengan bergambar beramai² dan weols balik dalam pukul 6 petang.  

Aku rasa seronok sangat dapat jumpa kembali kawan² lama... Dalam bilik tuh havoc dengan perangai masing² yang giler².  Happy sangat.. Moga dapat di anjurkan lagi majlis macam ni masa akan datang.. Insyallah.



Bilik yang telah ditempah untuk majlis


Atucara 


Ini Gift yang aku bagi


Aku sponsor dua lagik hadiah utk acara game


Bergambar kenangan


Aku dan Puan Pengerusi Progam.. 
Cayalaa laa dengan dia.. sebab berjaya 
organise majlis ini


Meja untuk vegetarian


Aku dengan BFF.. Ody..


Ini hamper aku kongsi dengan Ody.. menang dapat jawab soalan
Weols kena nyanyi lagu rumah.. tapi lagu yang kalah..hehehe


Antara makanan yang ada.. semuanyaa sedap




Tengok laa aksi dia orang nie.. maklum laa ramai 
pompuan so ikut pala dia orang ler..


Sumbangan hamper ini di beri pada sorang rakan 
weols yang telah mengalami 
sakit tapi sudi jugak nak join


Goodie bag dan barangan di dalamnya


Ini plak hasil dari cabutan bertuah aku 
dapat selimut..No. 17


10 comments:

  1. sekolah convent, mesti rina pelajar pandai ni. bestlan sesekali dapat berjimba-jimba ngan rakan sekolah dulu. mesti boak-borak kisah lama time sekolah.best dapat plak selimut.cantik .

    ReplyDelete
  2. Sure hepi sgt kan masa tu..ye la dapat jumpa kembali rakan2 sekolah...macam2 nak diceritakan...tak sedar rasa cepat sgt masa berlalu....

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnyer tengok meriah..apa pun tahniah kak...

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt reunion mcm nie .. ieda x pernah lagi kawan2 buat huhu miss the time ..
    ekekek lucu tgk bila dah seusia kita nie suke sgt kann :)
    cantik selimut tu rinna .. bertuah tau :)

    ReplyDelete
  5. Wow bestnya. mmg makanan pun sedap2....dpt hadiah lagi. Mmg best!

    ReplyDelete
  6. meriah dan nmpk mahai saje

    kita tak pernah join reunion lagi

    ReplyDelete
  7. tahniah, kamu sangat bertuah kann ;) bestkan dapat jumpa kawan lama :)

    ReplyDelete
  8. cantik selimut tu...

    majlis yang nampak sangat meriah

    ReplyDelete
  9. wah!!! happening sbb sume pmpuan..takyah segan2 nak menari..

    len kali nak join lah..eh!

    ReplyDelete
  10. best laa dh selamat ber reunion..
    sy punya lak..coming soon..hehe

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss