Monday, March 07, 2011

Sah Aznil Jadi Pengacara AF9


Kredit : Murai.com

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2011: Bagaikan sirih pulang ke gagang. Itulah peribahasa yang paling sesuai diberikan buat pengacara Aznil Hj Nawawi yang telah kembali menggalas tugas sebagai hos Akademi Fantasia 9 (AF9).

Kembalinya Aznil ke gelanggang AF telah pun diumumkan secara rasmi oleh pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi sewaktu sidang media pengacara AF9 berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut Azlin, memandangkan AF adalah musim AF yang terakhir, maka pihaknya cuba untuk mengotakan janji untuk mengembalikan kegemillangan AF sepanjang 8 tahun penganjurannya diadakan selama ini.

"Kami juga dapati, kegemilangan AF bukan saja terletak pada kewibawaan pengetua dan tenaga pengajar saja. Hos juga turut memainkan peranan penting dalam menunaikan impian ini. Ia umpama magnet untuk menarik minat penonton untuk terus melekat menonton AF.

"Untuk itu, buat kali yang terakhir, pihak Astro Ria amat berbesar hati apabila dapat membawa kembali Aznil yang pernah mewarnai AF sekaligus mencipta fenomena sejak musim yang pertama mula diperkenalkan pada tahun 2002 hinggalah berakhirnya penglibatannya sebagai hos AF dalam musim yang kelima. Ternyata, penglibatan Aznil menerusi kelima-lima musim ini berjaya memberikan impak yang cukup besar serta cukup meyakinkan buat peminat program realiti ini," kata Azlin.

Azlin turut menjelaskan, kredibiliti dan keupayaan Aznil dalam bidang pengacaraan sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang telah diterimanya. Bukan hanya setakat di Malaysia saja bahkan di peringkat Asia juga.

"Kesemua program kendalian Aznil ini berjaya mengungguli senarai program-program terbaik tempatan. Malah, ia menerima jumlah rating yang cukup tinggi seperti AF, Jangan Lupa Lirik, Macam-Macam Aznil, Serasi Bersama, Tom Tom Bak, Merisik Khabar dan Clever! Edisi Malaysia.

"Kami percaya beliau mampu mengembalikan memori kegemilangan AF sekaligus mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri untuk memikat hati para penonton agar terus setia untuk bertumpu di kaca televisyen," jelas Azlin.

Akademi Fantasia Musim 9 yang akan dikemudikan sepenuhnya oleh pegacara hebat Aznil Haji Nawawi ini ini bakal bersiaran secara langsung di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) setiap hari Sabtu, bermula 2 April 2011 jam 9.00 malam.

Portal murai.com.my sekali lagi menjadi portal hiburan rasmi AF9 manakala majalah Aksi merupakan majalah rasmi AF9. Era FM pula adalah radio rasmi AF9.

p/s :  Bagus laa Aznil is back untuk mengacarakan program yang terakhir AF9 ini.. Memang Aznil adalah pengacara yang terbaik sepanjang AF berlangsung selama 8 tahun ini.. 

10 comments:

  1. mesti best kalau Aznil jadi pengacara nanti kan,
    kita semua dah tahu kehebatan si Aznil kan:)

    ReplyDelete
  2. tahniah pak nil .. x sabar nak tunggu dia kembali bersama AF9 .. tapi nie katanya yg last kan ..

    ReplyDelete
  3. ai loike!!!!!

    tak sabar nak tunggu kemunculan pak nil. harus malatop

    ReplyDelete
  4. Barulah berseri balik akedemi fantasia. Aznil kan pengacara yang bagi popular akademi fantasia dari dulu.

    ReplyDelete
  5. lieya suke!!! pak nil jek sesuai jadi pengacara AF nie.....ni tak sabar sape laa pengetuanye...kalo laa ahmad dani...mmg i bantah u!!!

    ReplyDelete
  6. Kakak suka Aznil jadi pengacara. Kalau di radio rancangan pagi-pagi dgn budak-budak lagilah kakak tak boleh tinggal.

    p/s: kakak suka budak-budak yg keletah....

    ReplyDelete
  7. bermulalah semula
    episod...airmata berjurai2

    huhu....^_____~

    ReplyDelete
  8. paknil mmg terbaekkk..sok mlm sy tgk konsert paknil..yeayy! ^_^

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss