Friday, March 04, 2011

Scha Al-Yahya Akui Bercinta Dengan Awal Ashaari

Rosshidayu Awang Teh (berbaju kuning) tuh salah sorang staf di
 Bahagian Teknologi Maklumat di ofis aku.. 
Bertuahnyaa dia..yer..

Kredit : Murai.com


KUALA LUMPUR, 4 MAC 2011: Tidak semua orang berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti kegemaran mereka dalam suasana yang penuh tenang dan intimasi. Namun, tuah ini nampaknya telah menyebelahi Muhammad Radzrein Azmi, Noor Nabila Huda Yaacob dan Rosshidayu Awang Teh apabila mereka terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan Peraduan Awan Dania 3 anjuran Era FM.

Dan, apa yang menarik, kemenangan tersebut telah memberikan mereka peluang untuk menikmati Makan Malam Bersama Scha Al-Yahya anjuran Era FM yang telah pun diadakan di Cruise, Putrajaya pada malam 18 Februari 2011 yang lalu.

Kata Muhammad Radzrein Azmi yang juga seorang pelajar Politek Mara, peluang ini bagaikan satu mimpi yang tidak diduga. Ia juga turut menepis sangkaannya terhadapa golongan artis yang sentiasa dianggap berlagak dan sombong.


"Pada mulanya, saya ingatkan Scha seorang yang berlagak. Namun, selepas berpeluang duduk semeja dengan Scha, sangkaan saya itu benar-benar meleset. Malah, saya terkejut sangat kerana Scha bukanlah seperti yang digembar-gemburkan kawan-kawan saya. Perangai Scha sama seperti karektornya dalam Awan Dania 3. Dia seorang yang kelakar dan peramah.

"Pada malam itu, saya juga rasa teruja kerana secara eksklusifnya Scha telah mengaku bahawa dia memang sedang bercinta dengan Awal Ashaari. Itupun selepas seorang lagi pemenang bertanyakan soalan tersebut kepada Scha.

"Sebagai peminat, saya setuju dan merestui sekiranya Scha berkahwin dengan Awal. Asalkan Scha bahagia. Lagipun, Awal tersangatlah sepadan dengan Scha. Yang penting, sebagai peminat kita perlulah mendoakan yang terbaik buat artis yang dijadikan idola," katanya kepada murai.com.my.

Selain Radzrein, Noor Nabila Huda Yaacob dan Rosshidayu Awang Teh turut berkongsi perasaan yang sama dengan Radzrein. Malah, mereka yang telah diberikan peluang untuk membawa rakan bersama bagaikan tidak mahu berpisah selepas melihat keramahan Scha.

Selain makan malam di Cruise, pelbagai aktiviti telah dijalankan yang mana mereka juga berpeluang mengetahui berita eksklusif yang keluar dari mulut Scha sendiri.


p/s : Moga percintaan korang berdua kekal hingga ke jinjang pelamin..

4 comments:

  1. alahai sweet....semoga jodoh dieorg kekal sampai ke jinjang pelamin kan...same cantik sama hensem....atas pelamin sure menyerlah...auww!!

    ReplyDelete
  2. moga smpi ke jinjang pelamin..amin..

    ReplyDelete
  3. boleh kekal ker mereka rinna ??
    dgn fahrin yg dianggap baik leh putus inikan awal .. huhuh tgk pic dia bercuti di bali ngan awal sungguh menyedihkan .. huhuh

    apa2 hanya allah yg tentukan .. :(

    ReplyDelete
  4. tak lama lagi bau la nasi minyakk hehehe

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss