Monday, March 28, 2011

Zul Huzaimy Bercerai Talak Dua



PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.

"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.

Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.




Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.


Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.


"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.


"Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual," tuturnya.


Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.


"Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.


Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.


Sementara itu, Zul gagal dihubungi mStar untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya tentang penceraiannya itu.


Gosip keretakan rumah tangga Zul Huzaimy sudah kedengaran sejak tahun lalu tapi pelakon itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah kisah peribadi yang tak perlu dihebohkan.


Kredit Mstar Online

p/s: Aku suka dengan lakonan Zul nie..seorang pelakon yang berkaliber..tapi iye laa jodoh tak panjang.. Moga dia dpt bertemu kebahagian yang dia cari selama ini.. Insyallah.. tapi kalau dpt kembali dengan bekas isteri..utk kebaikan anak lagi baguskan.. 

14 comments:

  1. bercerai tetapi tidak bertelagah psl anak dan harta..baguslah..anak pun tak terganggu emosi..

    ReplyDelete
  2. Bercerai cara baik cam tu tak pelah.tak delah anak terabai.biasalah orang dah femes, mula lupa diri.

    ReplyDelete
  3. Tiada Jodoh lagi...bagus juga pasangan tak mahu bertelagah hak penjagaan...anak2 juga yg susah nnt..

    ReplyDelete
  4. kesian kan..kesian kat anak..x yah pi jauh2 la..dalam fmly sendiri pun ada mcm ni..

    ReplyDelete
  5. sejujurnya, dah tak heran tgk perangai artis yang kawin cerai makan salin baju ni.

    ReplyDelete
  6. lieya pun suke jugak kak lakonan die...mmg mantap....

    alahai bercerai lagi hah....harap2 jadi mcm sein ngan nana...abis tempoh iddah terus rujuk semula sebab masing2 masih memerlukan antara satu sama lain...same2 kite doakan...

    ReplyDelete
  7. loor bercerai ker dia .. huhuhuh sedihnya .. skrg nie dah ramai artis yg bercerai beraikan .. bila dah bercerai org cakap dah x der jodoh .. huhuh salahkan jodoh ker ?? ermm entahlah ..

    dia nie best suke sgt lakonan dia .. kan rinna :)

    ReplyDelete
  8. Nampak sangat saya tak tahu menahu. Saya ingatkan dia belum kahwin pun lagi.

    huhu..

    ReplyDelete
  9. cara diorang tue bagus bercerai tapi tak bercanggah pun pasal tuntutan2 yg pasti ngan cara macam nie la.. tapi dah tak ada jodohh

    ReplyDelete
  10. bila bab cerai ni
    tak kira artis atau tak..

    hanya kesian pada anak saje

    ReplyDelete
  11. alahai sygkan..tengok dia nice couple jer...

    ReplyDelete
  12. alahai sygkan..tengok dia nice couple jer...

    ReplyDelete
  13. hehe.. no komen.. sbb x-wife dia tu kawan saya ;)

    ReplyDelete
  14. sedih dgr citer cerai berai ni..tp jodoh pertemuan ni bkn kita yg tentukan..
    Cuma sebagai manusia...tanganilah ia sebaik2nya..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss