Wednesday, April 13, 2011

Ameng Kena Penjara dan Sebatan.. 10x




MELAKA: Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, Februari lalu.  Isteri Ameng, Sabariah Zakariah, 41, yang menghadapi dua tuduhan bersama suaminya, bagaimanapun dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Mengikut pertuduhan, Ameng dan isterinya didapati memiliki kanabis seberat 105.90 gram di bilik nombor 1, Hotel Senyum Mesra, nombor 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.


Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan membabitkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu dituduh memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Ameng turut menghadapi pertuduhan tambahan iaitu memasukkan dadah dalam badan kira-kira jam 6 petang hari sama di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.




Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) (b) dibaca bersama Seksyen 38 ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, dua tahun penjara bagi pertuduhan kedua, manakala untuk pertuduhan ketiga, Ameng dijatuhkan hukuman penjara setahun berserta pengawasan selama dua tahun.


Abu Bakar, bagaimanapun mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan itu secara serentak bermula tarikh ditangkap iaitu 1 Februari lalu. Berikutan itu, Ameng hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lapan tahun berserta sebatan.

Ameng yang mengenakan kemeja-T berwarna biru dan berseluar jeans kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya.


Dia sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah ketika dihadapkan ke mahkamah pada 14 Februari lalu, manakala isterinya mengaku tidak bersalah.


Terdahulu, peguam bela Azrul Zulkifli Strok yang mewakili Ameng dan isterinya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum terhadap anak guamnya memandangkan itu kesalahan pertamanya memiliki dadah.


“Saya merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana tertuduh dalam kes ini adalah penanggung keluarga yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak berusia antara tiga hingga 15 tahun selain ibunya yang sakit tua.


Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin, bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukannya serius.


Menurutnya, masalah dadah menjadi punca perpecahan dalam masyarakat sekarang dan beliau meminta mahkamah mengutamakan kepentingan awam ketika menjatuhkan hukuman.

Kredit : Metro Online

P/s :  Nak cepat kaya sanggup mengedar dadah.. Dah tertangkap kan dah kena lokap.. tak leh bayangkan kena sebatan 10x..adesss..  teringat dulu tgk gambar dan video masa gi melawat ke pejara pudu cara org merotan pesalah.. aduhaii..


10 comments:

  1. cepat sangat nak kaya yee sehingga lupa pada risiko yg perlu ditanggung..

    ReplyDelete
  2. hermm x pasal2 kena sebatan dan penjara .. huhuhu bukan ke kerjaya menyanyi tu dah lumayan ... dadah jugak yg dia nakkan huhuh

    ReplyDelete
  3. Dadah ni mmg perosak masyarakat, peruntuh organisasi kekeluargaan..

    ReplyDelete
  4. ameng kene penjara ek>kiela br taw cite nie kak

    ReplyDelete
  5. Tak serik-serik dia ni. hendaknya dah keluar nanti dia insaf bolehlah jaga anak bini.

    ReplyDelete
  6. tu laaa, kan dah kena hukuman...
    say No to dadah....

    ReplyDelete
  7. nasib tak ke tali gantung!

    artis malaysia..

    kontorversi aja lebih..

    bakat nan hado

    ReplyDelete
  8. semoga menjadi ikhtibar
    buat semua kan...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss