Thursday, April 28, 2011

Bayi Baru Lahir Di Bawah Pokok

Comelnyaa baby..niee...



GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.  Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.

Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan  sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.  Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.


Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan  berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.  “Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu k dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.  Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.  Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.



p/s : Tergamak betul laa si ibu meninggalkan baby secomel ini.. Aduhaii.. kesiannyaa.. Geram betul tgk pipi gebu.. Ada orang susah nak dapat anak.. Nie dah dapat dibuang laa pulak..

13 comments:

  1. kesiannya la budak ni

    sedih tengok

    ReplyDelete
  2. aduiii zalimnya...bg kat kita pun takper

    ReplyDelete
  3. anak tak halal la ni kot akak...kalo anak sah taraf takkan buang kot...

    oleh keranan tak halal, maka dia perlu di buang supaya si ibunya tidak dibuang pula oleh keluarganya dan rakan-rakanya...

    waahhhh senang idup macam tu kan...

    ReplyDelete
  4. sib baik la bb ni masih hidup & selamat

    ReplyDelete
  5. as salam & salam perkenalan dr BSB. saya kalau baca kisah2 macam nie mula ler nak menangis. Kalau tak nak baby tu berikan pada org lain..jgn ler dibuang2 kan.

    ReplyDelete
  6. hmm..kesian budak ni kan..patut carilah orang yang nak..sekurang-kurangnya nasib anak ni terbela..

    ReplyDelete
  7. ya allah...tak faham betul..

    cuba lah mereka(yg membuang ni) tgk betul2 wajah baby tu..sanggup ke..tergamak ke nak buang...

    ReplyDelete
  8. Alaaa haii.. comel sgt tu.. sampai hati nyer manusia tu

    ReplyDelete
  9. Bila baca kisah2 mcm ni hati saya sakitttt yg amat sgt Rinna....lihat lah wajah mulus baby tu...Yg telah Allah amanahkan ibu dan bapanya...Azab Allah tidak tehingga Peritnya..

    ReplyDelete
  10. geram tgk baby nie..tapi lagi geram tgk org yg membuangnyerr...kita bakor kiter bakor kiter bakorrrrrrr..hehehhehe salam perkenalan dari saya,,,saya polo..nanti polo banck yea...

    ReplyDelete
  11. ala...ala...ala... cutenyer...baik bagi angah bb tue hehehe

    ReplyDelete
  12. huhuhuhu sedihnya ..
    cumeiii tull pipi dia x tahan tgk tuu ... cam pipi ko tau rinna ( ngosekkkkk .. :))

    tulah dunia skrg nie dah nak kiamat .. ibu x sayang anak .. anak sanggup bunuh ibu ! ...
    sibb baik x mati bayi tuuu , kalau tidak lagilah kita sedih kan

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss