Thursday, April 14, 2011

Jodoh Atau Cinta



Novel ini aku pinjam dari Cik Mell..kiranya weols tukar² laa.  
Dia pinjam novel Aku laa Cinderalla..hehhe.. 
Aku baca novel nie hari Jumaat malam.. baca² punya baca
sampai tak sedar dah nak kul 3 pagi.. adess.. punya laa asyiknya..
Aku kalau dapat novel yang sedap..memang tak ingat dunia dah..
Mata plak tak de ngantuk..nasib baik esoknya Sabtu..hehehe
Aku selesai baca.. buku ini kiranyaa hari Ahad petang.. abis..dah..
Memang layan laa buku.. nie.

So pada peminat novel.. Memang aku galakan laa korang baca 
novel nie.. Best giler..


Aku bagi :  5/5 bintang

Sinopsis :


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.


Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

5 comments:

  1. Amboi novel baru lagi.Rinna mesti rak rumah rinna penuh ngan buku.baca buku boleh isi masa lapangkan.

    ReplyDelete
  2. alamak... cam best je... pinjammmmmmm......

    ReplyDelete
  3. suka baca sinopsis tp nak baca kem slm jelah hehe

    ReplyDelete
  4. suka baca sinopsis tp kalau baca tak dapet nak nolongnya..hehehe apa kata pengarah2 yg ada diluar sana sudi2 la buat drama..mcm trilogi cinta..hehehee

    ReplyDelete
  5. saya dah lama tak baca novel..mood belum mari..hehe!

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss