Thursday, April 07, 2011

Jom Kita Tulis Wasiat

Aduiyai.. lately nie.. cam tak de citer plak nak kongsi dalam blog ini.  Mood pun cam tak de jer.. tapi aku nak citer jugak sini.. pasal hubby aku.  Selain  dia bekerja kat UNIKL dia juga seorang Perancang Harta Pusaka Islam dengan As-Salihin Trustee Berhad. 

Jika ada antara uols yang berminat ingin membuat wasiat boleh laa berhubung dengannya.  Aku juga telah membuat wasiat.  Iye laa sekarang ajal tidak mengenal usia.  Mana tau esok lusa dipanggil Allah dan aku telah pun mewasiatkan harta yang aku ada.  Harta tak semestinya rumah, kereta tapi juga akaun simpanan, ASB, KWSP, insurans dan lain-lain.

Kenapa perlu tulis wasiat ...


Bila cakap soal wasiat, ramai kalangan masyarakat kita yang berpendapat, wasiat tu untuk orang yang nak hampir meninggal dunia, atau ayat yang lebih mudah, orang-orang yang dalam keadaan sakit dan tunggu masa nak mati, maknanya kata, dia tau dah masa dia kat dunia ni tak lama. Kenapa boleh jadi sedemikian? Ingat lagi tragedi kemalangan pada 10.10.10? Siapa antara kita yang terfikir pasal perkara tu? Sebanyak 12 orang telah terkorban, dan mungkin suatu hari nanti kita akan mati dalam keadaan yang kita tak bersedia.

Hakikatnya,saya bukanlah nak menakutkan sesiapa. Mari tulis wasiat! Kalau zaman Rasulullah dulu ramai orang tulis wasiat setiap kali nak masuk tidur, kalau ada apa-apa berlaku keesokan harinya, mungkin dia meninggal dunia, maka dokumen wasiat itu akan menjadi pengganti diri untuk pembahagian harta atau segala hal-hal yang penting mengenainya.

Ingatlah bahawa pada hari pembalasan setiap manusia akan disoal tentang lima perkara:
Masa hidupnya – bagaimana dia menggunakan hartanya?
Masa mudanya dan sihatnya- bagaimana dia menggunakannya?
Kekayaaannya – bagaimana dia mendapatkannya?
dan bagaimana dia menggunakannya?
Dan apakah dia telah amalkan pada perkara yang dia tahu

Diriwayatkan oleh At-Tirmithi
Kini telah wujud pihak professional yang bertanggungjawab untuk menulis wasiat ini untuk kemudahan masyarakat Islam di Malaysia ini iaitu seperti as-Salihin Trustee Berhad.
Sememangnya banyak badan yang menguruskan bab penulisan wasiat ni, tapi tak salah kalau nak tahu pasal wasiat dari as-Salihin ni.

Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar R.A “Adalah tidak dibenarkan mana-mana orang Islam yang mempunyai sesuatu diwasiatkan untuk tinggal dua malam tanpa memiliki Wasiat terakhir dan disimpan dengannya.”

Apa kata anda yang muda, tapi tidak punyai keluarga atau waris terdekat?
Jika anda tidak menulis Wasiat dan anda tidak mempunyai waris yang boleh mewarisi, kesemua harta akan diberi ke Baitul Mal. Anda boleh memberi harta anda kepada seseorang tertentu melalui Wasiat sebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta dan baki harta akan diserahkan ke Baitul Mal. Kedua-dua pihak akan mendapat bahagian.

Dan ini paling best dalam penulisan wasiat, boleh wasiatkan harta kepada sahabat atau orang selain waris terdekat.  Anda boleh mewasiatkan sehingga  1/3 daripada semua harta anda kepada bukan waris anda. Jika anda mewasiatkan lebih daripada 1/3, Wasiat yang melebihi daripada 1/3 tidak sah Kecuali mendapat persetujuan semua waris selepas kematian pewasiat.

Tapi ada benda yang haram untuk diwasiatkan.  Benda yang dianggap haram menurut Islam seperti alkohol, babi tidak boleh menjadi harta yang diwasiatkan. Pemberian kepada tempat-tempat peribadatan agama selain Islam tidak boleh melalui Wasiat. Tidak dibenarkan juga seseorang mewasiatkan senjata dan patung-patung sembahyang kepada orang bukan Islam.

Adakah penama KWSP atau EPF atau sebagainya adalah penerima wasiat?
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penama bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Wang Simpanan di bank dan Simpanan Kesatuan Kerjasama adalah merupakan orang yang melaksanakan Wasiat simati iaitu sebagai pemegang amanah. Penama tersebut tidak boleh mewarisi kesemua harta tersebut tetapi dia mestilah membahagikan harta tersebut mengikut wasiat si mati atau Faraid jika tiada wasiat..

Dan yang terakhir, kenapa pilih as-Salihin?
Adalah lebih baik melantik as-Salihin sebagai wasi. Jika anda fikirkan bahawa orang kesayangan anda mungkin tidak mampu berfungsi dan bertugas sebagai wasi, anda wajar melantik as-Salihin sebaga wasi utama atau wasi ganti. Kelebihan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda adalah seperti berikut :

(a) Warisan kekal dan berterusan
Sebagai sebuah syarikat, as-Salihin bersama kakitangan undang-undang akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir

(b) Bertanggungjawab dan Adil
Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin adalah badan pengawal di bawah obligasi undang-undang untuk memastikan wang sentiasa dijaga. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding Wasi atau pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan atau terikat dengan emosi.

(c) Profesional dan berkemampuan
Dengan melantik as-Salihin, anda akan dijamin dengan profesional dan berkemampuan dalam menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.

(d) Mempercepatkan proses undang-undang
Dengan Wasiat dan melantik as-Salihin sebagai Wasi, tidak akan berlaku pertelingkahan untuk memilih siapa yang wajar mentadbir harta pusaka hanya wasi yang dilantik di dalam Wasiat mempunyai hak mentadbir.

Tidak perlukan jaminan untuk memperolehi probet. as-Salihin sebagai Wasi tidak perlu mencari penjamin ketika memohon probet.

Jadi marilah menulis wasiat, sekiranya harta tu banyak, dan kalau teringin buat pahala walaupun sudah mati, boleh sedekahkan kepada anak-anak yatim  atau sebagainya. Jadi adakah anda telah menulis wasiat? Jika belum bolehlah menghubungi saya untuk bantuan khidmat pengurusan harta pusaka Islam segera.


Pada yang berminat atau nak tahu lebih lanjut boleh laa berhubung dengan 
En. Zainin (010-8350926).

p/s Nanti aku akan masukkan sikit² tentang kebaikan menulis wasiat ini di N3 yang lain yer.. :).  Bukan apa jangan esok bila kita dah meninggal, orang yang hidup ini berebutkan harta benda kita..nie.. :) Jadi fikir²kan laa.. 

14 comments:

  1. rinna, dok area maner? reply dalam komen n3 saya ye

    ReplyDelete
  2. ye ke perunding wasiat..

    kak sal ada kesedaran tentang buat wasiat tu, wlu x bnyk harta..tapi nanti kejab...krn ada benda2 lain nak sittle dulu..

    ReplyDelete
  3. ooo... cheras je... senang le nak jumpa kalu betul2 dah ready nak wat wasiat. hehehe...

    bayarannya camner ek?

    jap2... umur akak baper? maner tau kot2 kita sebaya

    ReplyDelete
  4. Wasiat ni..mmg perlu dibuat oleh mereka2 yg mempunyai harta yg berharga seperti tanah, insurans, saham, simpanan dlm bank, rumah..kan..

    Mcm sy ni..erm..rasanya tak perlu lg laa. Sbb tak keje. RM dlm kwsp sy yg tak seberapa tu pun..dh buat pun penama.
    yg lain2...erm..takde harga yg bernilai pun. Diharapkan..jangan laa kerana seurat gelang emas pun nk bergaduh adik beradik..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Sal ~ Iye hubby perunding harta pusaka Islam.. kalau berminat nanti boleh laa call dia..

    Nieza ~ Boleh aje kalau nak jumpa bila dah ready.. Bayaran plak kalau nak bayar 'whole life' pun boleh jadi apa2 hal As-Salihin yg akan handle semua mengenai harta pusaka.. Senang citer kalau nak tahu kena laa jumpa.. :). Umur..dah nak dekat 40 dah Nieza.. :)

    ReplyDelete
  6. wasiat ni penting kn..org zmn skrg ni gila harta..sebabkan harta hati jd gelap..sanggup gaduh adek bradek..adoii..

    bkn la sume mcm tu sbb famili belah mak sy oke je..adek bradek jenis senang tolak ansur...tp kena sentiasa beringat la kan...yg terseksa sok kita jugak duk dlm kubur x lepas² sbb urusan dunia anak² xsettlekan..wallahu'alam~ nice info kak! ^_^

    ReplyDelete
  7. Alona~hehe iye laa.. kalau pasal duit yang sikit pun nak bergaduh susah gak tuh..harap semuanya dpt bertolak ansur.. :)


    Yana ~ betul tuh kerana harta yang tak seberapa pun leh bergaduh.. sampai tak bertegor sapa.. Tu pasal kita yang hidup nie kena bersedia jgn esok dipersoalkan di akhirat.. :)

    ReplyDelete
  8. 2in1
    peringatan, ilmu dan nasihat.. serta promo =))

    tapi.. harta saya cuma la yg kat kwsp tu jer.. takdo harta lain lagi nak diwasiatkan.. huhu~

    ReplyDelete
  9. Doc Hanie~ berblog sambil2 memberi info dan juga promo. Iye laa at least leh bagi pengetahuan pada mereka yang tak tahu.. Kalau bukan buat wasiat utk diri kita tapi ibu bapa kita kalau dia org ada harta..perlu dibahagi2 pada anak2..jugak.. :) Perlu melantik wasi utk pembahagian harta pusaka.. :)

    Utk pengetahuan Wasi bukan my hubby yer..tapi orang dari As Salihin. Weols cuma bantu dari segi dokumentasi sahaja..

    ReplyDelete
  10. kita pun sama nga doc hanie, harta kat kwsp je,Wasiat tu memang penting, kalau tidak tak de lah yang hidup berebut harta selepas kita mati

    ReplyDelete
  11. memang patut sgt kena tulis wasiat, senang nanti sedara mara nak uruskan

    ReplyDelete
  12. tak ada berharta kita ni rinna

    ada anak2 saje :)

    ReplyDelete
  13. pentingkan menulis wasiat ni.. walaupun harta seciput je.. sebabkan harta seciput pun adik baeradik sangup bertikam lidah

    ReplyDelete
  14. wasiat apa yg angah ada yer.... tul la kan... tapi kalau wasiat kwsp dah di wariskan kalau rumah tue lom lagi...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss