Tuesday, April 26, 2011

M.A.I.D



Hujung minggu lepas kiranyaa aku habiskan novel ini.  
Apa yang boleh aku katakan.. Sangat Best! Best! dan Best!.
Pada peminat novel.. memang aku galakkan korang
dapatkan laa.. di pasaran sekarang. 
Kalau tak salah sekarang pun ada pesta buku kan..
leh laa dapat diskaun..  :)


Aku beri : 5/5 bintang

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?



p/s : Adoiyai.. lepas nie nak kena break kejap laa baca novel.. heheh bleh ker.. ekk.. takut tirguda.. ngan citer baru lebih² lagi kalau dari Kaki Novel.  

8 comments:

  1. macam best jer..
    baca sinopsis pun mcm menarik

    ReplyDelete
  2. bess pulak bila baca citer ni...nak membaca maless

    ReplyDelete
  3. rina, akak nak ingatkan nama buku yang anak akak bawak minggu lepas, penulisnya sama.kaler buku pun sama.nanti dah ingat akak beritahu ye. ko ngan dia sama je ulat buku.ekekek

    ReplyDelete
  4. Dah beli...dan dan abes baca punn...best citer ni. Tak melalut2 sgt..hehehe..
    tp tak sesuai sgt utk budak pempuan sdg remaja..huhu..kang dorang terlebih berangan..susah..

    ReplyDelete
  5. enjoy membaca novel yee.....
    menarik memang ceritanya..

    selamat membaca..

    ReplyDelete
  6. Walaupon bukan pengemar novel...bc sinopsis ni buat tertarik pulak...nak beli ke tak..nak beli ke tak..nak beli ke tak....hehehe

    ReplyDelete
  7. Assalam Rinna..
    Saya dah baca cite nie mmg best dan lawak..Cuma sekarang x sabo tunggu cite nasz kuar..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss