Wednesday, May 04, 2011

Pilihan Mama



Okey ini adalah novel terkini yang aku telah 
habiskan  masa cuti minggu lepas.
Cerita ini pun best jugak.. ada sedey.. dan akhirnyaa 
happy ending laa.. Kira betul laa kan pilihan ibu itu adalah 
yang terbaik untuk anaknyaa..
Itu kalau kita tak de pilihah sendiri laa.. Pada peminat 
novel.. tak rugi mendapatkannya di pasaran. 
jom layan sinopsisnyaa yer....zzzzzssssss


Aku bagi : 4/5 bintang


Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.
Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji  yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?


7 comments:

  1. aduhhhhh tingin nak baca
    tapi alahai, cam tak cukup masa nak baca novel nie sis...

    ReplyDelete
  2. dulu2 selalu dengar anak2 bahagia dengan pilihan ibu ye..sekarang macam payah juga..tapi klu ada, alhmdulillah..berkat hidup sb sentiasa mendapat doa emak ayah

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  4. rajinnya sis khatam satu2 buku..dee takde masa langsung skrg ni..

    ReplyDelete
  5. bess baca sinopsis nak ngabehkan satu buku alahai

    ReplyDelete
  6. wow, bestnya mesti byk koleksi novel kat umah

    ReplyDelete
  7. Aduhai..baca sinopsis jer la..byk dah dgr novel2 yg bagus2 ni dari Rinna...namun nak beli dan nak membacanya seperti tiada masa la...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss