Thursday, May 05, 2011

Segerakan Urusan Pembahagian Harta Pusaka

Sekadar berkongsi info...

Perbalahan keluarga rebut harta hingga ke mahkamah jejas nama baik ummah.

KEBELAKANGAN ini banyak kes tuntutan pusaka dibawa ke mahkamah kerana kegagalan waris menyelesaikannya secara baik hingga membawa kepada perbalahan keluarga.  Perkembangan sebegini bukan sesuatu yang baik kerana ia boleh memberi kesan kepada nama baik masyarakat Islam keseluruhannya.

Umumnya, pengetahuan masyarakat mengenai harta pusaka dan pengurusan harta pusaka selepas kematian  pemiliknya belum meluas.  Perbincangan mengenai harta pusaka akan timbul selepas seseorang meninggal dunia, sama ada membabitkan harta tidak alih seperti rumah dan tanah, atau harta alih seperti wang simpanan dan saham.  Ada kalangan kita tidak membahagikan harta yang ditinggalkan dengan anggapan biarlah harta itu digunakan balu arwah untuk kepentingan anak.

Ada juga yang menangguhkan pembahagian harta hingga berpuluh-puluh tahun atas alasan tidak mahu keluarga berebut harta dan ada yang menangguhkan dengan alasan tidak mahu dikata orang dia berusaha membahagi harta kerana tamakkan harta si mati.  Semua ini tidak tepat dan ia sebenarnya mengundang masalah sehingga menyebabkan urusan pembahagian itu menjadi bertambah rumit.  

Contohnya, seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan empat ahli waris iaitu ibu, isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Harta ditinggalkan ialah sebuah rumah.  Mengikut hukum pusaka atau faraid, ibu akan mendapat 1/6 bahagian, isteri mendapat 1/8 dan baki harta akan diberi kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua dan anak perempuan satu.  Jika waris bersegera menguruskan harta pusaka rumah itu di Pejabat Pusaka Kecil, kemungkinan besar pembahagian dapat diselesaikan melalui rundingan dan selesai dengan baik. Katakan ibu bersetuju memberikan bahagiannya kepada isteri dan anak, maka mungkin akan didaftarkan dengan meletakkan nama isteri dan dua anak arwah dalam geran rumah itu.

Jika ahli waris melengah-lengahkan, tidak bertindak dengan segera dan si ibu pula meninggal dunia sebelum  urusan harta pusaka arwah selesai, ia akan menyebabkan berlaku pertambahan bilangan waris. Jika tadi jumlah waris cuma empat orang, maka selepas kematian si ibu, bilangan waris akan bertambah.  Pada peringkat awal, bahagian ibu adalah 1/6 ke atas rumah pusaka itu tetapi sebab tidak diselesaikan sebelum dia meninggal, bahagian itu akan termasuk dalam pusaka peninggalan si ibu pula.  Jika ibu mempunyai lapan anak, termasuk si mati, maknanya ada tujuh ahli waris yang ditinggalkan ibu tadi. Tujuh anak arwah ini akan menjadi ahli waris kepada harta rumah pusaka yang asal ditinggalkan oleh si mati di atas hak ibu sebanyak 1/6 bahagian.  Ia tentu lebih menyulitkan untuk mendapat kata persetujuan daripada tujuh waris tadi untuk tidak menuntut atau memberi bahagian mereka.

Akibatnya, nama mereka akan didaftarkan di dalam geran rumah, sebagai sebahagian daripada pemilik rumah atau isteri arwah perlu membayar bahagian mereka dengan wang tunai.  Berbalik kepada contoh di atas, jika urusan dibuat dengan segera, ia tidak membabitkan orang lain, tetapi jika dilambatkan dan berlaku kematian waris asal, maka ahli waris akan menjadi berlapis serta jumlahnya bertambah ramai.  Keadaan itu sudah pasti akan menyukarkan usaha rundingan. Mungkin isteri si mati yang asal akan menafikan hak tujuh orang tadi dengan mengatakan ketika hayat ibu pernah mengatakan beliau tidak mahu bahagiannya ke atas rumah berkenaan.

Masalahnya, kenyataan ibu arwah itu mungkin tidak dibuat secara bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah atau tiada saksi yang mendengar lantas menyukarkan isteri si mati membuktikan perkara terbabit.  Menyegerakan urusan pembahagian pusaka sebenarnya adalah sebahagian daripada tuntutan agama.  Islam menganjurkan supaya pembahagian harta pusaka dilakukan secepat mungkin setaraf tuntutan menyegerakan pembayaran hutang arwah dan pelaksanaan wasiat jika ada.  Atas dasar itu, jika diperhatikan dalam surah An-Nisa ayat 11 dan 12 berkaitan pembahagian harta secara faraid, diselitkan suruhan membayar hutang arwah dan melaksanakan wasiat sebelum pembahagian secara faraid dibuat.  Masyarakat Malaysia juga ramai yang terkeliru dengan istilah berkaitan harta pusaka iaitu antara wasiat dan faraid.

Ada beranggapan orang Islam perlu mengikut wasiat dalam pembahagian harta pusaka dan ada juga beranggapan orang Islam wajib mengikut hukum faraid untuk membahagi harta pusaka.  Malah, ada juga beranggapan jika si mati tidak meninggalkan wasiat, harta tidak boleh dibahagi dan perlu pergi ke Amanah Raya untuk menyelesaikan urusan pembahagiannya.  Ia semua anggapan dan pendapat yang kurang tepat berkaitan urusan pembahagian harta pusaka.  Bahkan ada juga di kalangan kita apabila disebut hukum faraid, terus terbayang cara pembahagian iaitu lelaki mendapat dua bahagian dan perempuan pula mendapat satu bahagian. Ini tanggapan salah.  Hukum faraid adalah satu kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan Allah.

Ia disebut secara terperinci dalam ayat 11, 12 dan 176 surah An-NisaΓ’. Ia meliputi pembahagian harta kepada suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik beradik dan saudara yang lain.  Sebagai contoh, ayat 11, Allah menetapkan ibu dan bapa si mati memperoleh 1/6 bahagian daripada harta yang ditinggalkan arwah anaknya. Sementara dalam ayat 12, Allah menetapkan suami mendapat ¼ bahagian daripada harta peninggalan isteri, manakala wasiat adalah hasrat atau kehendak si mati yang dibuat ketika hidup, sama ada dibuat secara bertulis atau secara lisan untuk dilaksanakan waris selepas kematiannya. Wasiat orang Islam dan wasiat orang bukan Islam mempunyai perbezaan besar daripada segi hukum dan kesan menurut undang-undang.  

Wasiat orang bukan Islam akan mengikat ahli waris untuk membuat pembahagian harta peninggalan si mati, manakala wasiat orang Islam tidak mengikat sepenuhnya waris untuk membuat pembahagian sebagaimana di dalam wasiat itu.  

Persoalannya bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada ahli waris yang akan menerima pusaka dan berapakah kadar wasiat yang dibenarkan agama? 

Note: Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Sumber Berita Harian.

Kredit juga pada : Wasiwasiat.com


5 comments:

  1. penting ni kalau tak mesti gaduh...

    ReplyDelete
  2. baru-baru ni kat opis aye ada 1 company datang bagi ceramah pasai 'wasiat'. bagus lah jugak beri panduan utk org-org kita ni, tak de la nanti pemilik dah meninggal, waris bergaduh berebut harta...

    ReplyDelete
  3. ada harta pun susah kan..

    senang sedekah kan saje..

    ReplyDelete
  4. tu laa..baru ni ada terbaca psl sorang bapa dan anak lelaki dia berebutkan moto peninggalan arwah anak/abg dia..ish..
    Bkn moto mahal pun..moto C70 aje..dunia..dunia

    ReplyDelete
  5. keluarga saya sudah 10 tahun tidak membahagi harta pusaka. mohon nasihat.
    Perintah Faraid sudah keluar tetapi saudara enggan mengikut hukum

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss